Subscribe

Perkhidmatan Pengacaraan Majlis Perkahwinan

29 Mei 2010

Bengkel Bisnes Internet & Blogshop

29052010680

Banyak sangat ilmu baru yang saya perolehi dalam program ini! Bengkel yang dikendalikan oleh Tuan Zamri Mohamad ini sangat praktikal dalam mengajar cara-cara menjana pendapatan melalui perniagaan internet dengan cara yang mudah dan senang difahami. Tak perlu pengetahuan teknikal yang terlalu rumit untuk memulakan sebuah laman web. Tak perlu juga modal untuk memulakan tapak perniagaan. Sekadar gunakan segala kemudahan dalam aplikasi google yang boleh didapati secara percuma.

Sesi bengkel ini akan disambung lagi esok dengan kupasan menarik mengenai pemasaran di internet yang akan disampaikan oleh Tuan Azree Hanifiah (bukan Azree Ariffin ya!) Beliau yang juga merupakan mantan MPR dan kenalan saya,  telah berjaya merebut domain azree.com sebelum sempat saya mendaftarkannya. Alahai tak ada rezekilah nak guna domain itu. Sayangnya, saya tak berkesempatan untuk menghadiri sesi hari esok kerana ada urusan di tempat lain. Moga-moga sudilah Tuan Azree memperuntukkan sesi peribadi untuk saya. Di kafe Mahallah Ali UIA mungkin?

Ada beberapa idea bisnes internet yang sedang saya fikirkan. Tapi semuanya perlu perancangan yang teliti. Saya akan bereksperimen dulu melalui blog ini untuk melihat bagaimana sambutan yang diberikan. Kalau memberangsangkan, insyaAllah akan menapak lebih jauh. Kamu berikan sokongan kepada saya ya!

Oh, jangan risau, saya tak akan jadikan blog ini seperti pasar borong. Percayalah…

Wassalam!

P/s : Bengkel ini dianjurkan oleh Persatuan Pelajar ICT UIAM, Kelab Ma’ruf UIAM, dan Kelab Permata Selangor.

28 Mei 2010

Projek Bela Ikan

22052010639

Dah lama rasanya tak tulis tentang keluarga saya. Waktu cuti semester lepas, saya ada blog pasal kerenah kucing-kucing saya. Memang seluruh keluarga sangat suka dan sayang kepada kucing. Tapi, saya nak beritahu adik bongsu saya ada satu lagi minat dia – iaitu bela ikan. Projek ini memang antara adik (Ucu) dengan Papa. Sebenarnya, dah lama juga mereka bela ikan ni, tapi tak ada sapa pun heran sebab tak ada yang minat – termasuklah saya!

22052010645

Baik nak beri ikan makan, baik nak bersihkan akuarium, memang itu tanggungjawab Acu seorang sebab dia yang beria-ria benar. Saya sendiri tak pernah ambil peduli. Malah, kadang-kadang saya pun tak sedar di rumah ini ada bela ikan. Hahah. Bela ikan ni antara banyak projek-projek dia yang jadi “rakan kongsi” dengan Papa. Anak kesayangan yang dimanja-manjakan lah kononnya.

Terbaru, ikan yang dah dibela lama tu, dah dibuang. Saya pun tak tahulah dibuang ke mana. Saya pun tak pernah terfikir nak tanya. Tapi, sebabnya si Acu nak cuba bela ikan laut pulak. Hohoho. Itulah sebabnya mungkin dua tiga hari sebelum ni, saya nampak akuarium tu kosong saja, dan ada mesin pelik di situ. Rupanya mesin tu untuk “memasinkan” air akuarium – supaya sesuai dengan habitat ikan laut.

22052010642

Inilah rupa ikan yang baru dibeli Acu tadi. Ikan macam dalam Finding Nemo kan? Beli dua ekor dulu. Kalau beli banyak-banyak, dibuatnya ikan tu tak sesuai dengan persekitaran, habis mati pula semua ikan-ikan tu nanti. Ikan ini pun kecil. Jadi, kalau semua dah okey, baru boleh beli lagi supaya meriah sikit akuarium tu.

 22052010641

Tak ada apa sangat sebenarnya nak cerita mengenai ikan ni. Saja nak tulis entri yang santai sedikit hari ini. Saya tinggalkan kamu dengan serangkap pantun ya. Sapa pandai, sila-silalah beli…

Renang-renang ikan di laut,

lalu ditangkap letak di kolek;

Senang-senang mulut menyebut,

Mengapa bercakap kata tak molek?

26 Mei 2010

Jangan Jadi Monolinguist

Terima kasih kepada Saudara Hafizan Hasan yang telah mengutarakan pandangan bernas beliau di entri Mewajibkan BI dalam SPM? yang telah saya utuskan kira-kira setahun lepas. Saya percaya, apabila membincangkan isu ini, maka persoalan mengenai pemansuhan PPSMI juga akan timbul. Saya tak mahu mengulas lebih lanjut, kerana menganggap bahawa isu ini telah selesai.

Pandangan beliau mengenai syarat wajib lulus BI untuk SPM dan STPM amat saya hormati dan persetujui – dengan mengambil kira faktor-faktor yang telah saya jelaskan dalam entri tersebut. Bagaimanapun, saya ingin membetulkan sedikit salah tanggapan sesetengah pihak (bukan hanya saudara Hafizan) berkenaan konsep PPSMI.

Pandangan saya berkenaan isu ini telah saya zahirkan dalam entri Not A Language Freak yang sengaja saya tulis dalam BI bagi membuktikan bahawa pendirian saya bukanlah kerana saya seorang anti-BI. Malah, saya percaya Bahasa Inggeris itu sangat penting untuk kita terus bergerak maju dalam arus globalisasi. Bagaimana pun, usaha meningkatkan tahap kefasihan BI harus dilakukan kena pada caranya. Dalam kata lain, ia perlu bertempat.

Pada pendapat saya, menentang PPSMI bukan bermakna menyokong penggunaan Bahasa Melayu secara 100% dari peringkat rendah hingga pengajian tinggi. Ia bermaksud memberi pendidikan asas, rendah, dan menengah dalam bahasa ibunda; dan kemudian membuka ruang dan pilihan kepada mereka untuk meneruskan pengajian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Hal ini selaras dengan resolusi pendidikan yang diluluskan UNESCO iaitu:

On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.

(1951:691)

Maknanya, kita perlu kekalkan kedua-dua aliran bahasa ini di peringkat pengajian tinggi supaya perkembangan ilmu dapat dimanfaatkan ke tahap maksima. Kalau tak salah saya, sistem ini berfungsi baik untuk aliran bukan sains, jadi tak salah kalau kita gunakan sistem yang sudah sedia ada ini untuk bidang sains dan teknologi juga (mengikut kesesuaian).

Seperkara lagi, bukan semua pelajar sekolah akan menjurus ke bidang sains dan teknologi. Ada yang akan mengkhusus bidang sains sosial, kesenian, perniagaan, keagamaan dan bermacam lagi. Menjadikan kegusaran terhadap keupayaan pelajar S&T ini semasa di universiti sebagai alasan mewajarkan PPSMI di sekolah rendah dan menengah adalah tidak adil untuk pelajar-pelajar lain.

Adalah satu kerugian besar (dan mungkin juga tidak logik) jika kita bertegas menggunakan 100% Bahasa Inggeris atau pun 100% Bahasa Melayu di peringkat pengajian tinggi (secara keseluruhannya). Kita memerlukan kedua-dua bahasa ini untuk terus ke hadapan.

Dalam lain perkataan, kita janganlah menjadi negara yang monoliguist. Ia bermaksud orang yang hanya tahu bertutur dalam satu bahasa sahaja. Kelebihan negara kita adalah kepelbagaian budaya yang menyebabkan kita lebih mudah untuk menerima lebih banyak ilmu - kerana kita bilinguist – orang yang boleh bertutur dalam 2 bahasa (mungkin juga lebih).

Justeru, keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI di sekolah rendah dan menengah saya anggap tepat. Terima kasih kepada Saudara Hafizan yang telah membuka pintu perbincangan. Saya kira, perbincangan mengenai PPSMI di blog ini sudah tamat. Kalau tidak tamat pun, keputusan telah dibuat dan kita tidak boleh berpatah balik lagi.

Wassalam!.

Hari Jadi Nenda, Hari Lahir Bonda

Recently Updated

Hari ini hari lahir dua orang wanita yang sangat istimewa dalam hidup saya iaitu Mama dan Tok Yan – nenda saya. Mereke berkongsi tarikh kelahiran yang sama – 26 Mei, tapi sudah semestinya tahun yang berlainan. Jadi, tiap tahun sambutannya akan jadi berganda sebab dua anak beranak ini akan jadi birthday girl! Tahun ini kami ada mengadakan sedikit makan-makan untuk sanak saudara di rumah Tok Yan.

Mama menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 45. Muda, bukan? Kadang-kadang saya rasa sayalah yang ada ibu yang paling muda di antara teman-teman sebaya. Faktor saya ini anak sulung dan ramai kawan saya anak bongsu pun menyumbang juga. Oh, baru awal bulan ini kita sambut hari ibu kan? Haha. Bulan Mei saya memang pokai sikit. :)

Tok Yan pula menginjak ke umur 86 tahun ini. Tapi kalau tengok gambar di atas tu, tak nampak macam 86 kan? Syukur, alhamdullillah Tok Yan masih sihat dan boleh lagi ke sana sini melawat sanak-saudaranya. Sakit sikit-sikit tu, biasalah. Tapi untuk umur 86, fikirannya masih tajam dan ingatannya juga kuat. Nak tahu rahsia? Nanti saya risik-risik sama Tok Yan.

26052010658Ini birthday cake untuk Mama dan Tok Yan. Semasa majlis ini, ada doa selamat diadakan – ia dipimpin oleh ustaz keluarga kami, Ustaz Noor. Ramai yang datang sebenarnya, tapi banyaknya anak-anak saudara Tok Yan. Saya kenal-kenal macam tu saja. Biasalah, kalau jumpa pun waktu raya saja, itu pun tak ada peluang dan berkenalan. Oh, saya sempat berkenalan dengan dua pupu saya – Stefaan. Dia ni campur – Melayu dan Belanda. Dia seorang saja yang sebaya saya tadi. Jadi, makcik-makcik saya pun perkenalkanlah kami. Dapatlah bertukar alamat facebook.

26052010656

Macam-macam yang dihidangkan tadi untuk makan tengahari. Saya sempat makan sate sahaja, sebelum berkejar ke UIAM balik untuk kelas EAP pada pukul 2 petang. Habis saja kelas, meluru balik ke rumah Tok Yan di PJ. Sambung makan lagi. Makan spaghetti, kek coklat, dan beberapa lagi. Kenyang sungguh.

Begitulah kisah harijadi kedua wanita istimewa ini. Saya doakan supaya Mama dan Tok Yan terus panjang umur dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Tak lupa juga moga bahagia disamping keluarga kita yang tercinta ini.

Amin!

25 Mei 2010

Ebiet G. Ade – Datanglah Ke Malaysia…

images2 

Bagi sesiapa yang mengenali saya secara rapat, pasti akan tahu bahawa saya ialah seorang peminat kipas-susah-mati Ebiet G. Ade.  Boleh dikatakan sudah hampir 6 tahun saya bergelumang dengan keasyikan karya beliau – sejak meninggalkan bangku sekolah. Pak Ebiet merupakan seorang penyanyi lagu puisi dari Indonesia yang sangat terkenal pada era 70-an sehinggalah kini. Di Indonesia, beliau sudah dianggap sebagai seorang lagenda.

Di antara rakan sebaya saya, tak ramai yang mengenali beliau. Biasanya orang yang lebih berusia sedikit yang melayan lagu-lagu Pak Ebiet. Yang pasti, siapa yang tak menikmati karya beliau, ternyata kehilangan besar. Kekuatan karya Pak Ebiet terletak pada lirik-lirik yang sangat puitis dan indah . Beliau mampu mengangkat tema-tema yang biasa kita dengar, dengan begitu terkesan dan berseni. Saya sendiri mendengar lagu beliau sebagai satu terapi untuk mententeramkan hati dan perasaan tatkala dilanda rawan.

 

Lagu-lagu beliau bukan sahaja berkisar mengenai kisah cinta semata-mata. Malah, ia menjangkaui tema penderitaan, keagamaan, bencana, kemerdekaan, gejala sosial, kekeluargaan dan banyak lagi. Setiap lagu itu sangat istimewa kerana mendapat sentuhan Pak Ebiet sendiri. Malah, kalau kita tonton persembahan beliau, pasti gitar tak akan lekang bersama Pak Ebiet. Itulah yang menjadi identiti beliau. Sekadar kerusi dan gitar, sudah cukup untuk membuat kita tenggelam dalam keindahan. Tak lupa juga, suara beliau yang sedap.

Kalau ditanya lagu apa yang menjadi kegemaran, saya tak mampu menjawab soalan berkenaan sebab semuanya saya suka. Contohnya, lagu yang sentiasa saya dengar berulang kali adalah – Kupu-Kupu Kertas, Nyanyian Rindu, Ingin Kupetik Bintang Kejora, Demikianlah Cinta, Aku Ingin Pulang, Titip Rindu Buat Ayah, Masih Ada Waktu, Dengarkanlah Kata-Kataku, Hidupku Milikmu, Untuk Kita Renungkan, Berita Kepada Kawan, Biarkanlah Hati Yang Bicara, Lagu Untuk Sebuah Nama dan banyak lagi!

Oh, anda tahu lagu Camelia yang dipopularkan oleh Sweet Charity, bukan? Ramai di Malaysia yang tak tahu bahawa penyanyi dan pencipta asalnya adalah Pak Ebiet G. Ade dengan tajuk Camelia 2. Lagu itu adalah sebahagian daripada siri lagu Camelia 1, Camelia 2, Camelia 3, dan Camelia 4. Jika digabungkan semua lagu tersebut, akan terciptalah sebuah kisah cinta.

Malah, Pak Ebiet sendiri pernah berduet dengan M. Nasir melalui lagu Berita Kepada Kawan tatkala ketika Konsert M. Nasir di Kuala Lumpur lama dulu. Video Youtubenya saya perturunkan di bawah ini :

 

Saya sebenarnya sangat-sangat berharap agak Pak Ebiet dapat datang lagi ke Malaysia dan membuat konsert solonya di sini. Pernah saya suarakan permintaan ini kepada beliau di Twitter; dan beliau menjawab “InsyaAllah, jika ada yang menjemput…”. Oh, kalau ada sesiapa yang nak buat konsert di luar sana, jemputlah Pak Ebiet ya. Saya pasti akan ramai yang berebut-rebut hendak beli tiket, termasuklah saya.

Anda boleh baca lebih lanjut mengenai Pak Ebiet di sini. Kalau nak dengar seleksi lagu-lagunya pula, boleh ke sini. Laman web rasmi beliau di sini pula.

Anda peminat Ebiet G. Ade? Ayuh kongsi pendapat di ruangan comment!

Wassalam.

24 Mei 2010

Makan-Makan Di Uptown Damansara

Sekadar nak berkongsi gambar-gambar makanan yang dipesan sewaktu menjamu selera di Uptown Damansara, baru-baru ini. Saya dah jadi pengunjung setia tempat tu lebih 10 tahun rasanya. Memang seronok makan di situ. Dulu suka makan rojak buah di situ. Sekarang ni tengah gila makanan barat. Tiap kali datang, mesti nak pesan.

Alang-alang nak waktu tengahari ni, mari kita liurkan tekak kita dengan makanan ni, berselera sikit nak lunch lepas ni. Selamat makan tengahari ya!

16052010614 Lamb Chop16052010612Chicken Chop 16052010613Fish & Chips

23 Mei 2010

Kasih Sayang Juga Rezeki

Ya Razak, Ya Razak, Ya Razak.

Itulah zikir yang diajarkan oleh seorang kenalan saya seandainya mengalami patah hati ataupun kesepian dalam kehidupan. Beliau berpandangan, meskipun zikir tersebut adalah salah satu daripada Asmaul Husna yang bermaksud Maha Pemberi Rezeki, ia bukanlah sahaja dikhususkan untuk meminta rezeki berbentuk harta duniawi. Rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Rumah itu rezeki, anak itu rezeki, pengiktirafan itu rezeki; malah, kasih sayang itu juga rezeki.

Ya, mungkin ada yang berselisih pendapat, tetapi saya setuju dengan pandangan beliau. Kasih sayang itu satu rezeki kerana ia datang daripada Allah SWT dan dengan kebenaranNya sahajalah, kita dapat beroleh nikmat dan keberkatan. Kasih sayang sememangnya didambakan oleh setiap insan, tapi ada yang mendapat, ada yang tidak.

Seandainya kamu menyintai seseorang, namun usaha yang kamu lakukan seakan-akan bertepuk sebelah tangan, ketahuilah sesungguhnya rezeki itu belum tiba. Bersabarlah dan berdoa banyak-banyak kepada tuhan agak dikurniakan rezeki yang berpanjangan, bukan sahaja dari segi harta, tetapi juga jodoh dan kasih sayang.

Seperti juga rezeki harta, ada harta yang memang tertulis milik kamu, ada juga yang tersurat itu bukan milik kamu. Walau diusahakan dengan bermacam-macam cara, andai sudah tertulis bahawa harta tersebut bukan milik kamu, sampai bila-bila pun kamu tak akan memilikinya.

Itulah dinamakan rezeki. Ia akan datang juga, tapi mungkin bukan dalam bentuk yang kita mahu. Tuhan itu maha bijaksana, Dia punya rahsia dalam mengagihkan rezeki kepada hamba yang dikehendaki-Nya – dalam bentuk apa yang Dia mahukan. Kita sebagai manusia harus yakin akan perkara ini – kerana di situlah terletaknya rasa redha dan taqwa sebagai insan yang kerdil.

Seperti harta duniawi yang mampu mengaburi mata manusia, begitulah juga cinta dan kasih sayang boleh membutakan dan memabukkan. Rezeki boleh jadi satu rahmat, boleh juga jadi satu musibah – andai kita tak pandai menanganinya.

Semoga hari-hari kita dipenuhi dengan rezeki kasih sayang yang dirahmati dan diberkati-Nya.

Wassalam.

22 Mei 2010

Citrawarna 1Malaysia 2010

Setiap tahun saya hendak menghadiri perarakan Citrawarna Malaysia, tapi setiap kali itulah mesti ada aral melintang. Macam tahun ini, saya baru dapat tahu semalam bahawa Citrawarna akan diadakan malam ini. Jadi, untuk mengubati kekecewaan saya, marilah kamu baca catatan blog yang saya buat live sambil duduk bersila di depan telesyen menonton TV2 sambil makan keropok. Hahaha.

Citrawarna Malaysia ataupun Colours of Malaysia adalah sebuah perarakan kebudayaan dan pelancongan yang diadakan setiap tahun sejak tahun 1999. Ia biasanya diadakan di Dataran Merdeka KL tetapi pernah juga diadakan di Putrajaya. Saya fikir, eloklah kalau ia terus dikekalkan di Kuala Lumpur sebagai satu ikon acara kebudayaan terulung di rantau Asia.

Citrawarna 1Malaysia 2010 telah diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Datuk Seri Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia. Sejurus selepas itu, diadakan istiadat penyerahan watikah kepada YDP. Gimik yang dibuat adalah dengan perbarisan pasangan-pasangan 1Malaysia memakai pakaian tradisional masing-masing. Sambil itu, muzik nobat turut berkumandang sebagai pengiring kepada ucapan perasmian oleh YDPA.

Persembahan bermula dengan paluan gendang-gendang dari etnik pelbagai kaum di Malaysia. Segmen tersebut dinamakan “Gegaran Gendang 1Malaysia”. Ada 10 jidor, 20 gendang Cina, 20 gendang India, 10 gendang Sarawak, 10 gendang Sabah, 10 rebana ubi, dan 20 buah kompang. Ia diikuti nyanyian lagu Citrawarna Malaysia oleh Zarina, Karen Tan, dan Cogie.

SEGMEN PANTAI TIMUR

Zon ini mengambil konsep homestay sebagai tema persembahan. Lagu yang dipilih mengiringi persembahan adalah Joget Jambu Merah yang dipersembahkan oleh Haziq AF dan Sabihah. Tak boleh nak komen banyak, sebab ada iklan, jadi dapat tengok sikit saja.

SEGMEN SEWANG

Menurut juruacara, ia disertai oleh pelajar-pelajar sekolah, kebanyakannya dari Kinrara. Jadi, saya tak pasti samada ada Orang Asli atau tak. Tapi, dari segi rupa, macam kurang Orang Asli. Oh, saya sebenarnya tertanya-tanya kenapa mereka diperkenalkan sebagai “Orang Kita” ya? Saya tahu memang ada penukaran istilah, tapi rasa macam ia tak perlu ditukar. Keseluruhannya, boleh tahan.

SEGMEN ZON UTARA

Menonton segmen ini, saya jadi lapar. Mana taknya, tema makanan dipilih untuk memeriahkan acara. Ada gerai-gerai dibina untuk menunjukkan konsep makanan di Malaysia. Ada mee goreng, teh tarik, sup daging, satay, kue teow, dan macam-macam lagilah. Yang menarik, ada juga lagu ditujukan khas untuk teh tarik ye!

SEGMEN MASYARAKAT CINA

Elemen utama yang diketengahkan adalah tarian naga dan tarian harimau. Tak lupa juga tarian kipas yang dipersembahkan oleh adik-adik sekolah. Saya lihat budak-budak tu tebal sungguh make-up mereka. Kalau yang cerah tak apa, tapi yang gelap tu bila ditepek bedak dah tak rupa macam manusia. :p Tapi tak mengapa, persembahan mereka best. :)

SEGMEN ZON TENGAH

Agak urban sikit segmen ini. Dengan tema shopping paradise, mereka mengambil unsur-unsur breakdance dan rapping di dalam persembahan. Tak ketinggalan, ada juga penari yang menjadi kaku – seperti mengajuk aktiviti Freez yang semakin popular sekarang ini. Lagu Ibu Kota Permai telah diremixkan. Not bad. Bolehlah diterima. :)

SEGMEN ZON SELATAN

Lagu Bercanda Di Pasiran Pantai menjadi latarbelakang – dinyanyikan oleh Bob dan Winnie Kok. Sesuai dengan tema pulau-pulau dan pantai-pantai. Batik Malaysia digunakan untuk mewujudkan suasana bersantai di tepi pantai. Prop-prop tepian pantai juga ada diletakkan. Dapatlah rasa feel di tepi pantai-pantai tu. Aduh, dah lama juga saya tak ke pulau dan pantai ye!

SEGMEN KOMUNITI INDIA

Saaya suka! Macam sedang menonton filem Bollywood pula. Ada penari yang menari tarian klasik India, tapi tumpuan lebih kepada elemen tarian Merak. Kesenian dan kebudayaan India sebenarnya memang unik. Dari muzik, tarian, filem, dan sebagainya, semuanya sangat berwarna-warni. InsyaAllah satu hari nanti teringin saya mendalami kebudayaan mereka. 

SEGMEN ZON SABAH & SARAWAK

Eco-tourism – itulah tema yang telah dipilih. Segmen ini boleh dikatakan antara yang paling tradisional berbanding dengann segmen-segmen zon lain. Yang lain nampak agak kontemporari kerana mengikut tema yang diberikan. Tetapi untuk zon ini, masih ada tarian tradisional mereka dipersembahkan. Tema eco-tourism itu pula yang tidak nampak sangat.

FACES OF 1MALAYSIA

Persembahan ini pernah dipersembahkan di Washington D.C. sewaktu Perdana Menteri kita ke sana. Ia melibatkan kesemua tarian Malaysia. Yang menarik adalah bulatan perpaduan, yang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dalam kepelbagaian. Memang patutlah bagus, sebab dah dipersembahkan di luar negara. :)

TARIAN CUTI-CUTI 1MALAYSIA 

Ini segmen paling menarik! Penari-penarinya bukan profesional – tapi terdiri daripada masyarakat Malaysia yang kita temu setiap hari. Yang saya tengok ramai makcik-makcik yang menarikan tarian pelbagai kaum. Comel sungguh. Mula-mula dengan joget, kemudian tarian cina, tarian india, tarian sewang, tarian sabah, dan tarian sarawak.

PERSEMBAHAN DIKIR BARAT TERBESAR MALAYSIA!

Dikir Barat ini disertai oleh kesemua peserta-peserta perarakan Citrawarna. Jadi, kita dapat lihat bukan orang Kelantan saja berdikir, malah rakyat pelbagai kaum juga turut serta. Tajuk lagunya – DIKIR CITRAWARNA. Saya suka sangat lagunya. Harap ia boleh dirakamkan untuk simpanan

Seperti biasa, acara gilang gemilang ini telah diakhiri dengan nyanyian lagu Malaysia Truly Asia oleh Datuk Khatijah Ibrahim.  Teringin persembahan saya menggunakan lagu ini di sini. Tak ketinggalan, acara wajib joget lambak yang digemari oleh semua seluruh rakyat Malaysia.

Keseluruhannya, program ini sangat berjaya. Cuma, saya rasakan promosi untuk Citrawarna ini sangat-sangat kurang. Saya sendiri baru tahu mengenai acara ini semalam. Mungkin promosi ada di TV, tapi di internet sangat kurang. Saya nak dapatkan maklumat berkenaan acara ini di internet pun agak sukar. Jadi, harap kelemahan ini dapat diperbaiki tahun depan.

Sekian!

Lagi Perubahan Blog

Saya wajar memberi kredit kepada http://maribinablog.blogspot.com/ kerana melalui blog tersebut, saya telah mendapat tip-tip yang berguna untuk menambah-baik blog ini dengan widget-widget yang berguna dan menarik. Seperti yang kamu perasan, dalam sebulan ini ada banyak perubahan yang saya lakukan seperti menukar template dan susunan layout dalam blog ini dengan penambahan dan pengurangan di sisi tepi blog ini.

Saya mendapati blog ini agak ‘berat’ untuk dimuat-turun menggunakan wifi kampus. Adakah kamu menghadapi masalah yang sama?  Kalau kamu dapati ada apa-apa masalah dari segi loading blog ini, harap dapatlah memberitahu saya segera ya, kerana saya hanya berkelapangan semester pendek ini untuk membuat segala perubahan layout atau apa-apa saja berkenaan design blog. Selepas ini, saya akan sibuk dan hanya boleh peruntukkan masa untuk menulis entri sahaja.

Berkenaan perubahan yang baru saya buat, saya telah menyembunyikan ruangan shoutbox di sisi kanan blog ini. Jadi, harap tidak tercari-cari shoutbox itu. Kamu boleh tekan sahaja butang berwarna hijau pucuk pisang di sebelah kanan ini. Selain tu, saya ada letak tandatangan nama di bawah setiap post entri, tapi saya menghadapi sedikit masalah kerana tak mahu ada border di sekitarnya.

Ada beberapa lagi perancangan sebenarnya, tapi kita tunggu satu-satu. Saya takut kalau saya ubah secara mendadak, tak berfungsi pula blog ini sebab koding HTML yang tak serasi.

Selamat berhujung minggu!

21 Mei 2010

EAP : Mid Term Test

21052010630

I have just sat for EAP mid-term test. It amounted to 20 marks from the total assessment marks. Wasn’t really that tough, but it made me realised that the last time I’ve sat for an English exam paper was four years back in MMU Melaka. The EPT and MUET exam that I took during my matriculation days did not count because i did not undertook any classes to prepare for it.

The test asked us to write an argumentative essay  aroung 450 words with the topic – the society should be more responsible towards the problem of pregnant teenagers. Points are given out in the paper, but we can use our own arguments also. So far, not bad. I managed to answer within the time frame. Let’s just hope for the best and focus on writing my term paper.

Just a short entry for today. Enjoy your weekend, folks!

20 Mei 2010

Bercakap Dalam Bahasa Inggeris, Berfikir Dalam Bahasa Melayu

Baru tadi saya selesai membuat pembentangan lisan untuk subjek ‘English for Academic Purposes’. Masa yang diberikan sekitar 10 minit. Saya merupakan pembentang ke 10. Kami dikehendaki untuk membentangkan tajuk term paper kami yang akan dihantar hujung semester ini sekitar dalam 2500 patah perkataan. Sebelum saya membuat pembentangan, saya dapati ada 3 orang rakan sekelas saya yang membuat topik yang hampir sama dengan tajuk saya iaitu berkenaan warisan – tapak warisan, bangunan warisan, dan warisan semulajadi.

Terkejut sungguh saya. Popular juga tajuk ini. Saya sangka tak akan ada yang akan ambil tajuk itu sebagai topik penulisan. Tapi, berbeza dengan mereka, saya menulis berkenaan warisan kebudayaan dari sudut pandang perlindungan undang-undang. Nanti bila berkelapangan, InsyaAllah saya akan menulis berkenaan tajuk ini dengan lebih lanjut.

Melalui pemerhatian saya, setiap kali membuat pembentangan – terutamanya dalam Bahasa Inggeris, ada pelbagai tahap kemampuan berbahasa pelajar-pelajar terutamanya dari kalangan anak Melayu. Kalau yang bagus, akan nampak mereka sangat berkeyakinan dan punya pengisian yang baik. Tetapi bagi mereka yang kurang bagus, kita akan nampak betapa kurang keyakinan diri mereka dan sekaligus akan mempengaruhi pengisian pembentangan mereka.

Apabila bercakap dalam Bahasa Inggeris, tak kiralah sama ada dalam pembentangan atau pun percakapan harian, masalah yang selalu dihadapi oleh orang-orang kita ni adalah masalah mencari perkataan yang sesuai dengan apa yang kita maksudkan. Selalunya, kita akan berfikir dalam Bahasa Melayu dan kemudian akan melalui proses penterjemahan dan kemudian barulah kita akan bercakap menggunakan bahasa Inggeris. Di sini, kita lihat ada 2 proses berlaku iaitu berfikir dan menterjemah.

Sebab itu saya perhatikan ada orang apabila mereka bercakap dalam Bahasa Inggeris, akan mula rasa penat disebabkan minda mereka berfikir dua kali ganda untuk berkomunikasi. Perkara ini boleh terjadi kepada semua, termasuk orang yang fasih berbahasa Inggeris. Saya pun ada kalanya rasa penat dan letih bila perlu gunakan Bahasa Inggeris dalam tempoh yang panjang. Ini bukanlah salah kita. Ini masalah biasa bagi mereka yang menutur bahasa kedua.

Itu apa yang saya nampak masa pembentangan tadi. Ada pembentang yang wajahnya kelihatan sangat ketara mencari terjemahan Bahasa Inggeris untuk apa yang difikirkan. Kasihan saya melihatnya, sebab isi sudah bagus.

Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu melatih diri untuk berfikir dalam Bahasa Inggeris. Saya yakin, dengan latihan yang cukup, semua orang pasti boleh. Antara caranya adalah dengan membaca banyak bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris. Bila membaca, pastikan hati kita juga membaca. Biasakan hati kita dengan Bahasa Inggeris supaya ia tak terkejut bila kita bercakap Bahasa Inggeris.

Kedua, selalu-selalulah membelek kamus dwibahasa.  Saya berpendapat, kita semua mesti melengkapkan diri dengan kemahiran menterjemah kerana kita menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan bahasa pertama. Latih diri untuk menterjemah ungkapan-ungkapan yang selalu kita gunakan supaya semasa bercakap, proses terjemahan itu dapat dipercepatkan.

Malah, lebih bagus kalau anda juga merujuk Kamus Inggeris-Inggeris seperti Kamus Oxford untuk mendapatkan pendefinisian secara lebih tepat. Ia membantu kita untuk terus berfikir dalam Bahasa Inggeris dan memperkayakan kosa kata. [Tambahan oleh Saudara Hafizan Hassan]

Ketiga, bertenang. Apabila bercakap bahasa asing, tak kiralah Bahasa Inggeris atau bahasa apa pun, sentiasalah bertenang, sebab kalau kita kelam kabut, kita tak dapat berfikir dengan betul, dan akhirnya akan jadi huru-hara. Bahasa Inggeris ke mana, Bahasa Melayu juga entah ke mana-mana.

Begitulah lebih kurang cara yang saya fikir untuk mengelakkan masalah ini. Kalau anda ada tambahan, sudilah menulis di ruangan komen. Kalau ada soalan juga, boleh kemukakan. Mungkin kita boleh sama-sama berkongsi pandangan.

Oh, berkenaan pembentangan saya tadi, syukur saya dapat markah penuh! Alhamdullillah. :)

Wassalam!

P/S : Esok saya ada ujian pertengahan semester EAP. Doakan kejayaan saya ya!

19 Mei 2010

Belajar Bahasa Mandarin

Bagi yang belum tahu, saya sedang mengikuti kelas asas Bahasa Mandarin.

19052010629Setakat ini, kelas baru dijalankan selama empat kali. Saya tak hadir kelas ketiga pada hari Isnin lepas. Jadi, tadi sewaktu kelas keempat, agak merangkak-rangkak juga lah sebab tak sempat nak mengulangkaji sangat. Banyak sungguh perkataan yang saya belajar dan belum dihafal lagi.

Kami sudah belajar sebutan huruf-huruf, nombor, dan beberapa perkataan asas untuk membina sebuah ayat perbualan. Makin lama, makin banyak perkataan baru yang diperkenalkan, jadi perlu sentiasa ulangkaji supaya nanti bila masuk kelas, tak akan terkial-kial bila cikgu mula cakap dalam Bahasa Mandarin.

Apa yang saya rasa mencabar belajar Bahasa Mandarin ini adalah sebutannya yang ada banyak nada. Kalau salah nada, makna boleh berubah. Sama juga konsepnya dalam Bahasa Arab, di mana kalau panjang pendeknya tak dijaga, makna sudah tak sama.

Dalam Bahasa Mandarin, ada 4 nada yang perlu kita bezakan. Sebagai penutur baru, saya rasa ini perkara yang paling mencabar sebab telinga masih belum serasi dan kenal dengan 4 nada itu. Kadang-kadang, ada nada itu yang saya dengar sama saja, tapi sebenarnya berbeza. Ish, saya kena banyak berlatih lagi. Kalau tak, susah lah  hendak bercakap nanti.

Apa yang saya suka mengenai kelas ini, adalah cikgunya seorang Cina Muslim dari China. Setiap kali masuk kelas saja dia akan sebut Assalamualaikum. Kalau tak silap, beliau juga pelajar UIA dalam bidang sains kemanusiaan. Tadi beliau sempat juga berkongsi sedikit tentang keadaan orang Islam di China. Kata beliau, orang Islam di China sangat ramai, malah melebihi penduduk Malaysia. Walaupun mereka minoriti, tapi iman mereka sangat kuat.

Lebih kurang begitulah cerita kelas bahasa Mandarin saya. Nanti saya cerita lagi ya.

Wassalam!

Terima Kasih Daun Keladi!

anak

Kenapa pula saya nak ucapkan terima kasih kepada daun keladi ye? Sepatutnya kepada Encik Ben Ashaari lah yang telah sudi menerjah blog saya di sini. Terkejut juga bila tiba-tiba ramai yang meninggalkan jejak di shoutbox saya dan mengatakan mereka dari blog Encik Ben. Sejak blog saya diterjah, ramai juga kawan-kawan baru yang datang berkunjung. Tapi, saya masih menunggu 24 jam dahulu untuk melihat sejauh mana trafik ke blog saya ini naik.

Encik Ben juga telah meletakkan pautan blog saya di blog beliau. Dalam kategori baru – iaitu “Helang”. Wah, menarik tu, sebab saya diasingkan dengan kategori lain iaitu “Merak” dan “Murai”. Apa agaknya maksudnya ya? Dah lah saya seorang saja dalam kategori tu, setakat ini. Nampaknya makin bersemangat saya nak menulis entri di blog lepas ini. Terima kasih, Ben Ashaari!

Juga, terima kasih kepada semua yang telah meninggalkan jejak di shoutbox mahupun di ruangan komen. InsyaAllah saya akan balas kunjungan anda dalam masa terdekat ini.

Wassalam!

Kelebihan Menulis Dalam Bahasa Melayu Standard

18052010625

Gambar : Sedang berbincang dengan Syid dan Zaza untuk PPM’10. Sekadar hiasan, tak ada kene mengena langsung dengan entri ini. :)

Saya tahu, ramai yang mengatakan tulisan di blog saya agak skema. Ada yang cakap macam ayat karangan, ada yang cakap bahasa berbunga sangat. Terima kasih kepada yang beri komen. Walaupun anda tak cakap secara terus kepada saya, tapi apabila saya singgah ke blog-blog lain, saya dapat rasa yang memang agak lain gaya bahasa digunakan – terutamanya blogger-blogger yang sebaya dan seusia.

Tak mengapalah itu, saya hargai sangat setiap komen dan maklum balas. Semua itu menjadikan saya lebih bersemangat dan teruja untuk menulis entri yang baik, lebih baik, dan terbaik. Saya ada sebab yang tersendiri untuk menulis dengan cara saya. Rasanya, kalau kamu dari latar belakang penulis, tentu akan faham.

Saya memegang prinsip bahawa apabila kita menulis, kita perlu tulis dalam bahasa yang baik dan sopan. Sekali lagi, mungkin sebab saya dari latar belakang penulisan, maka ramai mata-mata yang membaca.  Di dalam blog, ejaan perlu ditulis penuh. Tidak ada alasan untuk memendekkan ejaan kerana ruangnya banyak tak seperti dalam SMS atau Twitter.

Apabila kita menggunakan bahasa, kita tertakluk kepada hukum dalam bahasa itu. Itu pendapat saya. Ya, sesekali hukum itu boleh dilanggar seandainya jika penulisan itu membataskan hubungan antara penulis dan pembaca. Lagipun, ini kan blog, bukan tesis PhD! Berpada-padalah dalam menggunakan bahasa. Kalau hendak serius, ada tempatnya. Kalau hendak santai, ada tempatnya.

Menulis dalam Bahasa Melayu standard itu ada kelebihan sendiri. Mungkin ia nampak sedikit bosan dan skema, tetapi itu adalah pendapat orang yang tidak biasa. TIDAK BIASA. Kenapa apabila kita menulis dalam Bahasa Inggeris standard, tak ada siapa mengatakan ia membosankan? Soalnya, orang sudah biasa dengan penulisan dalam Bahasa Inggeris yang standard. Sudah tiba masa kita biasakan menggunakan Bahasa Melayu yang standard dan betul.

Berikut kelebihan menulis dalam Bahasa Melayu standard :

1. Mempromosikan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa – Menulis dalam Bahasa Melayu standard bermaksud kita sebenarnya menjaga maruah dan integriti Bahasa Melayu untuk digunakan dalam pelbagai bidang – terutamanya untuk tujuan-tujuan ilmiah. Bayangkan kalau kesemua kita menggunakan Bahasa Melayu yang kucar-kacir, bukankah itu sedikit sebanyak akan mencalarkan potensi Bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa?

2. Membolehkan penutur Bahasa Melayu dari pelbagai dialek dan negara memahami – Kita harus ingat, penutur Bahasa Melayu bukan sahaja terdiri daripada orang Malaysia sahaja. Orang Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Kemboja dan lain-lain juga merupakan pengguna Bahasa Melayu. Keseluruhannya, Bahasa Melayu adalah bahasa keempat paling banyak digunakan oleh penduduk dunia. Jadi, bukan semua akan faham jika kita gunakan Bahasa Melayu tempatan. Bertambah teruk, kalau kita gunakan singkatan-singkatan yang terkadang orang kita sendiri pun tak faham!

3. Memudahkan proses terjemahan – Kalau anda perasan, saya menggunakan perisian Google Translate di blog ini. Dengan menulis menggunakan Bahasa Melayu standard, pembaca yang tak faham Bahasa Melayu boleh dengan senang menekan sahaja butang “translate” di atas, dan dengan serta merta mereka boleh baca blog ini dalam hampir 60 bahasa utama dunia! Menarik bukan? Memang benar, kualiti terjemahannya tidaklah begitu bagus, tetapi sekurang-kurangnya mereka boleh mendapat gambaran yang lebih jelas akan apa yang dituliskan.

Ada banyak lagi sebenarnya kelebihannya, tapi saya kira 3 di atas ini antara yang saya fikir penting. Mungkin anda boleh menambah di ruangan ‘comment’ di atas.

Saya bukanlah menyuruh-nyuruh anda untuk menulis dalam Bahasa Melayu standard. Setiap orang ada gaya penulisan masing-masing. Kalau anda rasa selesa dengan gaya penulisan sekarang ini, teruskanlah. Blog adalah ruang peribadi untuk kita luahkan perasaan dan pendapat dalam cara yang paling akrab dengan jiwa kita.

Namun, sekali sekala ayuhlah kita fikir kembali, apa sumbangan kita terhadap kemajuan dan perkembangan bahasa kita. Kita semua boleh sama-sama menyumbang. Mulakan dengan apa yang kita mampu. Saya rasa, sebagai permulaan, kita cuba tulis dengan ejaan yang penuh dan betul. Tak susah kan?

Selamat berbahasa!

Tempat Letak Kereta Bertingkat

Siapa pernah tengok tempat letak kereta bertingkat macam ni? (Betul ke istilah ni?)17052010616

Setakat ini, saya rasa ini tempat letak kereta bertingkat yang pertama saya lihat di bangunan komersial. Dulu kalau tak silap pernah juga tengok konsep sebegini di tengah Kuala Lumpur, tapi yang itu memang binaan itu sendiri memang dikhaskan untuk parkir kereta. Parkir ini terletak di Centerpoint Bandar Utama, Petaling Jaya.

17052010615Ia berfungsi begini : Apabila tempat letak kereta sudah penuh, ia boleh dinaikkan ke atas dan akan muncullah satu lagi ruang kosong untuk diparkir di bawah. Maksudnya, kereta yang kita dah park sebelum ni, akan naik dan seakan-akan terapung-apung di atas kereta yang di bawah itu.  Ada butang yang disediakan untuk menaikkan atau menurunkan kereta kita. Masa saya pergi, saya nampak ada seorang pegawai keselamatan yang memang menjaga kawasan ini untuk pastikan semua orang tahu untuk gunakan “lif kereta” ni. Bimbang-bimbanglah pula kalau ada kereta yang terjatuh ke, terbenam ke. Huhu.17052010617Mula-mula saya rasa takut-takut juga nak parkir kereta di sini. Tengoklah landasannya. Mana tahu salah masuk ke apa ke. Sebab kereta kena betul-betul berada dalam kawasan tapak parkir itu supaya tak berlaku masalah bila ia naik dan turun sebab kawasannya agak sempit. 17052010618

Cool memang lah cool. Tapi terfikir juga kalau-kalau berlaku kemalangan seperti kereta kena hempap, ataupun mesin itu rosak sampai tak membolehkan kereta kita diturunkan. Adakah keselamatan kereta kita terjamin?

Kalau diberi peluang, adakah korang mahu meletakkan kereta di sini?

17 Mei 2010

Jelajah Blog versi 4.0 Ben Ashaari

 

Sambil menari di tengah laman,

Beriring gendang asyik dipalu;

Ben Ashaari blogger budiman,

Datang bertandang menerjah lalu…

header 1

Di kalangan bloggers Malaysia, nama Ben Ashaari sangat popular dan terkenal seantero Malaya sebagai seorang blogger yang sangat hebat dalam menjana traffik yang sesak ke blog beliau. Dalam tempoh tak sampai setahun, beliau telah berjaya meletakkan blog beliau sebagai antara yang paling kerap dikunjungi dengan pengikut setia yang sangat ramai. Antara faktor penyumbang adalah kerana adanya segmen “Terjah” di blog beliau yang mana beliau akan mempromosikan blog-blog yang lain dengan syarat mereka membuat satu entri khas untuk beliau. Konsep tolong-menolong ini ternyata telah membantu meningkatkan trafik sesama bloggers.

Jadi, saya pun nak mencuba nasib juga untuk mendapat sedikit “limpahan” pembaca-pembaca baru daripada blog beliau. Ayuh kita mulakan…

  • Header BEN ASHAARI BLOG

Seperti yang tertera di atas.

  • Berikan nama samaran dan nama blog anda. Ceritakan latar belakang blog anda. Lagi panjang lagi bagus. :)

Dalam dunia blog, saya menggunakan nama Azree Ariffin, yang juga merupakan nama pena dalam dunia penulisan. Memahkotakan “Hikayat Anak Kota” sebagai nama blog ini, secara asasnya saya menulis untuk mendokumentasikan segala kegiatan dalam apa jua bidang sekalipun.

Setakat ini, saya banyak menulis mengenai aktiviti-aktiviti sekitar dunia kampus, terutamanya kegiatan dalam bidang kebudayaan seperti berbalas pantun, deklamasi puisi, dan irama asyik gamelan yang baru beberapa purnama saya mesrai. Kadang-kadang, saya menulis juga mengenai pengalaman-pengalaman peribadi, tidak lupa juga kisah-kisah tentang keluarga tercinta. Saya juga merancang untuk menulis lebih banyak mengenai ilmu undang-undang yang saya tekuni di menara gading.

Pokoknya, ini blog tentang seorang anak kota yang mempelajari undang-undang dan punya minat yang mendalam terhadap alam budaya Melayu. Saya seboleh mungkin cuba untuk menulis menggunakan Bahasa Melayu yang betul dengan ejaan yang penuh, sebagai usaha kecil saya dalam menyebar-luaskan bahasa ke peringkat antarabangsa. Ia memudahkan proses terjemahan melalui aplikasi Google Translate yang dipasang di blog.

Harapnya, pembaca semua sudi bertandang ke blog saya dan kita boleh saling berkenalan dan bertukar pandangan dalam apa bidang sekalipun. Saya nantikan kunjungan anda!

Akhir kata, terimalah pantun daripada saya :

Wahai awan jangan mendung,

Mana rumpun hendak melata;

Wahai tuan jangan termenung,

Mari berpantun bersilat kata!

  • Dari mana anda tau mengenai Segmen ini

Melalui blog http://liza365.blogspot.com/. Blog yang bagus untuk di baca. Jom ke sana!

Begitulah catatan saya. Harap-harap Encik Ben sudilah singgah dan menerjah blog ini ye! Oh, saya dah pautkan blog Encik Ben di sini juga. :)

Wassalam!

16 Mei 2010

Cikgu-Cikgu Tingkatan 5

Batang rhu dibuat pagar,

Hendak memagar Kuala Kelang;

Tujuh guru saya belajar,

Untuk menjinak burung terbang.

(Kurik Kundi Merah Saga)

leaver's page

Entri ini adalah sambungan catatan semalam mengenai rakan-rakan kelas saya di 5 Bersih. Kali ini saya paparkan pula gambar-gambar cikgu-cikgu saya semasa di tingkatan 5. Mereka inilah sebahagian daripada ramai guru-guru yang pernah mendidik saya tak kira dalam apa jua lapangan bidang.

Sebagai seorang pelajar, kita wajib untuk menghormati guru kita tak kira apa pun jua kelemahan mereka. Keberkatan itu sangat penting dalam adab kita menuntut ilmu. Bayangkan, jika segala ilmu yang diajarkan kepada kita tidak dihalalkan oleh guru kita? Tentu semua benda kita buat pun ada serba tak jadi. Malah, dalam Islam sekalipun, selepas ibubapa, orang yang perlu kita berbakti kepadanya ialah guru.

Alahai, dah terlencong pulak entri ni.

Seperti yang semua sedia maklum, hari ini tanggal 16 Mei. Hari Guru telah kembali lagi. Kalau murid-murid sekolah, mesti ramai akan beli hadiah macam-macam untuk guru mereka. Paling kurang pun, akan hadiahkan kad. Saya tak mampulah nak beri hadiah kepada semua guru-guru saya, tapi percayalah jasa dan bakti kalian sentiasa tersemat kukuh di jiwa.

Kepada semua guru saya, tak kiralah dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, cikgu tuisyen, matrikulasi, pensyarah peringkat ijazah, cikgu-cikgu saya dalam bidang penulisan dan kebudayaan, malah semua yang telah memberi ilmu kepada saya, saya ingin ucapkan….

SELAMAT HARI GURU!

15 Mei 2010

Tingkatan 5 Bersih SMKBU ‘04

leaver's page1

Cuba teka yang mana satu saya? Haha.

Inilah gambar-gambar kawan-kawan saya dalam kelas 5 Bersih di SMKBU pada tahun 2004. Kelas kami beraliran sub-science iaitu mengambil subjek elektif Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, dan Prinsip Perakaunan. Banyak pengalaman manis yang kini menjadi kenangan. Kelas ini memang betul-betul 1Malaysia. Ada Melayu, ada Cina, ada India, malah ada juga pribumi Sarawak. Tapi, kami masing-masing belajar dan bergaul dengan mesra dan harmoni.

Sejak tamat sekolah, kami sering mengadakan perjumpaan. Boleh dikatakan hampir setiap tahun. Saya pernah menulis mengenai pertemuan tahun 2008 di sini. InsyaAllah, tahun ini akan diadakan lagi sekali.

Jemputlah berkunjung ke blog rasmi kami di http://5bersih.blogspot.com/.

Sekian.

14 Mei 2010

Rima Akhir Pantun – A-B-A-B!

Ketika mengadakan ujibakat untuk mencari pemantun, penyajak, dan penyair untuk mencari bakat-bakat baru dalam Kelab Puisi UIAM beberapa bulan lepas, saya telah bertindak sebagai panel penemuduga untuk sesi Puisi – yang melibatkan deklamasi, berpantun, dan bersyair.

Setiap calon dikehendaki mencipta sebuah pantun pengenalan diri dan mempersembahkannya dalam cara berbalas pantun seperti di dalam pertandingan. Semua calon diwajibkan untuk berpantun, tidak kira apa bidang utama mereka. Kalau deklamasi pun kena berpantun, dan kalau penyair pun kena berpantun. Ini adalah untuk melihat sejauh mana bakat dan minat mereka.

Apa yang saya perhatikan, masih ramai yang keliru atau mungkin kurang kesedaran mengenai bentuk asas dalam pantun iaitu rima akhir A-B-A-B. Masih ramai yang membuat pantun dengan rima A-A-A-A yang sebetulnya menyerupai struktur dalam syair Melayu. Saya agak sedih dengan perkembangan ini disebabkan kebanyakan yang datang itu adalah generasi pasca KOMSAS yang telah belajar mengenai pantun selama 5 tahun pengajian di sekolah menengah.

Malah, perkara ini sebenarnya banyak juga berlaku di laman-laman blog yang mana saya perhatikan, karangan 4 baris serangkap yang mereka buat itu dengan bangganya dipanggil sebagai pantun, tetapi sebenarnya tidak. Pertamanya, kerana rima A-A-A-A, dan keduanya, tiada pembayang dan maksud.

Ayuh kita perhatikan karya ini :

Kami ucapkan selamat datang, -A

Kepada tuan sudi bertandang, -A

Ketika masa menjadi lapang, -A

Ayuh ke mari tuan diundang. -A

Ini bukan pantun! Struktur begini adalah struktur syair Melayu. Tidak salah untuk menghasilkan karya begini, tetapi pastikan label-nya betul.

Rima akhir pantun yang sebenarnya berbentuk begini :

Pulau Pandan jauh ke tengah, -A

Gunung Daik bercabang tiga; -B

Hancur badan dikandung tanah, -A

Budi yang baik dikenang juga. -B

Perkataan ‘tengah’ dipadankan dengan ‘tanah’. Perhatikan juga bahawa rimanya bukan sahaja pada akhiran ‘ah’, tetapi juga perkataan yang bermula dengan ‘t’. Manakala, ‘tiga’ dipadankan dengan ‘juga’.

Satu lagi perkara yang menarik untuk kita lihat adalah rima tengah dalam pantun klasik ini yang juga sama – menambahkan lagi nilai dan kualitinya. Lagi bagus kalau rima kesemua perkataan itu boleh disamakan antara pembayang dengan maksud.

Harap-harap, lepas ini semua akan lebih sedar tentang konsep rima dalam pantun. Ia bukan sekadar menyamakan rima akhir, tetapi ada falsafahnya yang tersendiri. InsyaAllah saya akan menulis mengenai falsafah dalam berpantun apabila berkelapangan.

Wassalam!

13 Mei 2010

Pemenang Top Referral April 2010

13052010604Mari kita ucapkan tahniah kepada blog Iza Zayana Yaacob kerana telah berjaya mendapat top referral ke blog Hikayat Anak Kota untuk bulan April 2010. Hah, jangan ingat saya lupa pula pasal hadiah misteri yang saya janjikan dulu di sini. Saya nak umum awal bulan lagi, tapi sebab pemenang kita ni agak sibuk, jadi tangguh punya tangguh, baru tadi dapat betul-betul jumpa.

Hadiah misterinya apa? Haha, disebabkan Zack (nama panggilannnya) ni dekat, jadi saya pun belanja lah makan di McDonalds. Zack ialah junior saya dalam IIUM Poetry Club. Kiranya macam adik saya lah. Sekarang ni, akan selalu bekerjasama sebab dia juga setiausaha untuk PPM’10 – program apa tu, korang tekalah sendiri ye.

13052010607

Zack baru balik dari Beijing mengikuti program lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Pelajar UIAM. Balik dari sana, Zack belikan saya kopiah atas tu. Cantik kan? Suka sebab coraknya sangat unik. Warna hitam pula tu. Xie xie, zack!

Kalau nak baca cerita-cerita dari Beijing, mari ramai-ramai kita serang blog beliau. Setakat ni, belum lagi ada apa-apa kemaskini. Tapi saya dah awal-awal cakap dengan zack, suruh dia tulis semua pengalaman dia di China. Jadi, sama-sama kita nantikan ye.

Wasalam!

Ni Hao Ma!

Wo hen hao!

Wah mesti ada yang pelik ni kenapa saya tiba-tiba beria-ria cakap Mandarin ni. Sebenarnya, saya baru mula kelas bahasa Mandarin di UIA pada minggu ni. Sebenarnya, dah lama berniat nak belajar bahasa Mandarin ni sebab saya pun tinggal di tempat yang majoritinya komuniti Cina.

Di UIA, tiap semester ada ditawarkan kelas bahasa asing, tetapi bukan bawah UIA. Ia dikendalikan oleh pusat bahasa dari luar yang beroperasi di UIA – khas untuk pelajar-pelajar. Ada banyak juga kelas bahasa yang ditawarkan seperti, Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Perancis, Korea, dan beberapa lagi.

Alang-alang saya tak ada kerja sangat semasa semester pendek ni, saya pun tak berfikir panjang terus sahaja daftar untuk kelas ni. Lepas ni bolehlah saya bertutur bahasa Mandarin dengan kawan-kawan Cina saya kan? Kan kata 1Malaysia? Huhu.

Dalam seminggu ada 2 kali kelas. Saya memilih kelas pada hari Isnin dan Rabu pada pukul 8.15-10malam. Kelas lagi satu pada hari Selasa dan Khamis. Cikgunya ialah seorang Cina Muslim dari negara China yang bernama Ma Jian Jun.

Masa kelas pertama, kami diajar sebutan asas huruf-huruf bahasa Cina dan nombor-nombor. Tersembur-sembur juga air liur pada awalnya sebab tak biasa dengan sebutannya. Tapi lama-lama jadi seronok. Cuma, mungkin akan jadi sedikit mencabar rasanya sebab ini pertama kali saya belajar bahasa tanpa apa-apa pengetahuan asas. Sekurang-kurangnya semasa saya belajar Bahasa Arab dulu, dah familiar dengan tulisan dan sebutannya.

Erm, apa bye-bye dalam Bahasa Mandarin ye?

Oh, zaijian!

12 Mei 2010

Library Research Skills Briefing

12052010602Just now I had a library research skills briefing for EAP class. It is to guide us to do our research for our term paper more effectively through proper research by using the facilities available in the library. Most of the things tought in the class, I have already known before such as the searching techiques in using search engines through keywords. But there were also new things that I learned such as using Google Scholar, Ebrary, and a few other online databases that are readily available through the library website.

It wasn’t really a big problem for me because I have already been trained to conduct legal research during my 1st year in the Legal Method class. Online databases such as Lexis Nexis has really helped me when I took Compulsory Moots to search for relevent cases and journals.

However, I am quite surprised that some of my classmates haven’t even register at the library which makes them unable to access the internet from the library and loan books, although they are already in their fourth year. It is sad to know that the facilities provided is not used to the fullest.  Hope they will register as soon as possible so that their research can be done properly.

Speaking about my term paper, I have already finalized my topic, which has been approved by the lecturer. I can’t disclose the topic yet, but it has something to do with Intellectual Property Law and International Law. The oral presentation will be done next week. Please do pray for my success!

Wassalam.

Puisi atau Sajak?

Saya bukanlah pelajar jurusan kesusasteraan, tetapi ini apa yang saya perhatikan dan ingin perbetulkan.

Ramai yang selalu keliru perbezaan antara puisi dan sajak. Penglibatan dalam Kelab Puisi UIAM menemukan saya dengan ramai orang yang menyebut “puisi dan sajak” secara berasingan ketika perbincangan dan pertemuan kami. Kekeliruan ini meskipun kecil, tapi boleh menyebabkan orang yang mendengar kadang-kadang terasa ‘sakit telinga’ sebab kedua-duanya pada hakikatnya adalah sama, walau sedikit berbeza.

Puisi, seperti apa yang kita sedia tahu adalah karangan berangkap menggunakan kata-kata terbaik dan susunan yang terbaik. Ada begitu banyak definisi tentang puisi, tapi saya yakin anda faham apa yang saya maksudkan. Di dalam kesusasteraan, puisi dibandingkan dengan prosa – iaitu bentuk yang digunakan dalam cerpen dan novel.

Secara umumnya, puisi terbahagi kepada dua iaitu puisi tradisional dan puisi moden. Puisi tradisional biasanya terikat dan mengikut format-format tertentu. Contoh puisi tradisional Melayu ialah pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, dan banyak lagi. Kebudayaan lain juga punya puisi-puisi tradisional mereka yang tersendiri seperti orang Inggeris dengan sonnet-nya, manakala orang Jepun dengan tanka dan haiku-nya.

Puisi moden adalah apa yang kita sebut sebagai SAJAK.  Sajak adalah puisi yang tidak terikat dengan apa-apa bentuk dan peraturan. Dalam erti kata lain, terpulang lepada penulis untuk mencipta puisi dalam bentuk apa pun yang dimahukan baik dari segi tema, rima, bentuk, kata, dan sebagainya. Maka, puisi-puisi yang kita selalu dengar orang deklamasikan itu biasanya berbentuk sajak.

Ada juga pendapat lain berkenaan Puisi dan Sajak. Menurut pembacaan saya, Prof Rahman Shaari dalam bukunya (saya kurang ingat tajuknya) menyatakan bahawa ‘puisi’ digunakan untuk karya puisi yang bertaraf tinggi manakala ‘sajak’ digunakan untuk puisi yang bermutu rendah.

Pokok pangkalnya, sajak itu adalah puisi dan puisi itu pula tak semestinya sebuah sajak. Sebab itu, saya lebih menggemari perkataan ‘puisi’ berbanding ‘sajak’ kerana maknanya yang lebih luas. Apa pun perkataan yang digemari, saya harapkan penggunaannya tepat dengan maksud supaya tidak berlaku kekeliruan lagi.

Sekian.

10 Mei 2010

Entri Hari Ibu Untuk Mama

Entri ini saya dedikasikan khas untuk Mama.

Kalau hendak ditanyakan kepada saya, siapakah orang yang paling banyak menegur akan salah dan silap saya, pasti orangnya ialah Mama. Kerana Mama, saya telah menjadi manusia yang lebih kenal tentang diri, hati, dan perasaan sendiri. Mama orangnya tegas, tapi lembut. Ada banyak perkara yang saya sendiri tak sedar yang saya telah melakukan kesilapan, tetapi Mama lah yang telah menegur dan membetulkan saya supaya tidak terus mengulangi kesilapan yang sama. Tegur dengan penuh kasih dan sayang.

Kadang-kadang, saya rasa sedih dengan sikap diri sendiri yang selalu degil tak mahu mendengar kata-kata nasihat daripada Mama. Ya, saya memang susah hendak mengaku salah sendiri. Kerana itu Mama telah mengatakan saya ini degil. Tapi, ketika masa berganti masa, saya sedar bahawa teguran Mama itu sentiasa betul. Ibu siapa yang mahu menipu kepada anak sendiri? Mama tentu mahu yang terbaik untuk anaknya.

Mamalah yang telah menunjukkan apa yang betul dan salah, apa yang hak dan yang batil. Orang lain mungkin tak akan tegur perkara-perkara yang kecil yang selalu kita lakukan, namun Mama akan tegur saya kerana Mama mahu saya jadi insan yang lebih baik, di mata manusia dan di sisi tuhan.

Meskipun saya jarang menceritakan masalah kepada Mama, tapi saya dapat rasakan yang dia selalu memberikan sokongan melalui kasih sayang yang ditunjukkan. Mama telah meninggalkan kehidupannya semata-mata untuk membesarkan kami empat beradik sehingga berjaya seperti sekarang ini. Pengorbanan yang terlalu besar untuk kami.

Saya tahu Mama akan baca entri ini.

Kepada Mama, abang nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab telah berkorban banyak perkara dalam membesarkan kami adik beradik. Kami semua sayang sangat kepada Mama. Ada perkara-perkara mungkin Abang tak dapat luahkan melalui percakapan, tapi melalui tulisan ini, izinkan Abang beritahu kepada seluruh dunia bahawa Mama ialah ibu yang terbaik untuk kami. :)

Selamat Hari Ibu, Mama!

08 Mei 2010

Jadi Hakim Pertandingan Bercerita

bercerita

Baru tadi selesai menjadi hakim pertandingan bercerita sempena IIUM CENSERVE’S Mentees Challenge 2010 anjuran Kelab Sendi UIAM. Comel sangat bila tengok budak-budak ni bertanding. Terkenang pula waktu kecil-kecil dulu. Semua nampak teruja sangat dapat bertanding di universiti Dah lama sungguh rupanya saya meninggalkan alam sekolah.

Acara ini melibatkan dua buah sekolah iaitu SK Sungai Buloh dan SK Bukit Maluri di mana mereka bertanding dalam beberapa acara seperti nasyid, futsal, bercerita, tilawah, dan beberapa lagi. Saya baru dapat makluman pada hari Khamis lepas daripada pihak Kelab Sendi yang meminta saya menjadi hakim pertandingan bercerita. Selain saya, mereka juga meminta Hafifi dan Dee. Wah, pertandingan bercerita yang diadili oleh budak-budak pantun.

IMG_2066

Dee, Hafifi & saya.

Pertandingan bercerita diselang seli dengan pertandingan nasyid. Mereka dikehendaki menceritakan kisah-kisah nabi dalam masa 8 minit. Saya bertugas sebagai hakim bahagian Isi, Bahasa, & Kreativiti.

Ini kali kedua sebenarnya saya menimba pengalaman sebagai hakim pertandingan, meskipun kecil-kecilan. Dulu, saya pernah menulis mengenai pengalaman jadi hakim deklamasi. Satu perasaan yang berbeza sebetulnya.

Terima kasih kepada Kelab Sendi UIAM yang telah menjemput.

07 Mei 2010

New Blog Template

As most of you has probably noticed, I have already changed the layout of my beloved blog from the normal and boring blogger default design to a template that I found through Btemplates.com. I did browse trough almost all of the selections of template, and it was a pretty tough decision for me to choose a template that really suits my needs, personality, and content.

There was no actual reason for me in changing the layout. There were no any special occasions that I want to commemorate. It’s just a sudden urge when I was browsing through the internet that i need to give my blog a little facelift. The passion of blogging that is possessing me lately has motivated me to come up with a different blog design.

I wanted a design that is simple, sophisticated, yet modern. The previous layout was actually okay for me because the width of the entry box gives an optical illusion in showing that the entry written is longer that it actual is. However, in this new layout, I need to write a little bit longer as it is wider and it doesn’t look good if the entries are short.

Nevertheless, I chose this layout because it is suitable with me. It is in it’s trial stage and I am still trying to modify it a little bit here and there. Renovation is in progress. We’ll see how long this template will last. Hopefully it will be easy to the eyes for the visitors.

In the course of changing the layout, I lost all of the blogs whom I am following in the blog list below. Hence, it would take time for me to collect back all the blog’s add. It would be lovely if you can leave a message here stating your blog url for me to track back the adds.

Do drop comments about the new layout. :)

Wassalam.

06 Mei 2010

Bila Papa & Mama Berfacebook

Facebook_62644016x9

Sekarang ni, zaman memang dah canggih. Semuanya hanya di hujung jari saja. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya rasa banyak betul teknologi baru yang telah meresap dalam kehidupan kita sehari-hari. Facebook, twitter, blackberry, I-Phone, GPS, dan macam-macam lagi sudah menjadi kebiasaan untuk kebanyakan kita.

Tapi, apa yang nak saya cerita ini, bukan saja teknologi semakin canggih, malah mak bapak pun semakin canggih jugak. Dulu, ketika zaman friendster, myspace, & lain-lain – Papa dan Mama saya tak endah pun dengan itu semua. Malah, mama nak buka komputer pun jarang-jarang.

Semuanya bermula bila adik saya, Ameer pergi ke UK akhir tahun lepas. Waktu itu, Papa dan Mama sudah ada facebook, tapi belum lagi aktif. Itu pun, saya yang buatkan akaun untuk mereka. Jadi, kami banyak berhubung dengan Ameer melalui Facebook dan Skype.

Kata Mama, waktu dulu-dulu masa Papa menuntut di Australia, mereka hanya berbalas surat dan telefon sangat jarang sebab kos yang terlalu tinggi. Sekarang ini, melalui Skype, rasa macam tak berpisah pun dengan Ameer. Tiap hari boleh berborak dengan dia malah boleh buat video call, semuanya secara percuma!

Ada sesetengah kawan saya yang tak mahu ibubapa mereka ada dalam facebook. Tak ada privasi katanya. Tapi saya pula sebaliknya. Saya lebih suka kalau Papa dan Mama ada facebook sebab mereka akan lebih senang update dengan kegiatan-kegiatan saya dan siapa kawan-kawan siapa. Tak perlu untuk saya cerita satu persatu apa yang saya buat dan rasa. Boleh baca saja di facebook. Ini tentulah sangat berguna untuk saya yang tersangatlah jarang berborak dengan Papa dan Mama tentang aktiviti-aktiviti saya.

Kadang-kadang tu, sampai berebut nak guna komputer sebab nak berfacebook. Kelakar pun ada. Sekarang ni, Papa & Mama lah tukang komen setia di Facebook saya. Kalau ada status je, tentu akan ada yang komen. Tapi yang tak best, kadang benda-benda yang saya buat kat rumah pun ditulisnya. Haha. Ikutkan saja.

Kemudahan teknologi sebenarnya ada kebaikannya, kalau kita tahu dan pandai gunakannya sebaik mungkin. Facebook telah merapatkan hubungan kami sekeluarga. :)

Sekian.

P/S : Entri ini tidak ditaja oleh Facebook. :p

05 Mei 2010

LIRIK : Bulan

songwritingcontestbanner-300x105

Tahun lepas, saya pernah menyertai Pertandingan Menulis Lirik Lagu yang dianjurkan oleh Saudara Imran Ajmain. Dalam pertandingan berkenaan, kami telah diminta untuk menuliskan lirik sebuah lagu duet berdasarkan melodi yang diberikan dalam video Youtube yang di bawah dengan syarat – tiada perkataan “cinta”, “kasih”, & “sayang”. Lirik yang menang akan dirakamkan dan dimuatkan dalam album “Punca & Tindakan”.

Saya telah mengambil masa dalam seminggu dalam kesibukan peperiksaan akhir untuk menyiapkan liriknya, bersesuaian dengan jiwa lagu, beserta falsafah dan keindahan kata-katanya. Cuma, saya sedikit tersalah format, sebab sepatutnya ada 2 verse, tapi saya tersalah faham buat 4 verse.

Bagaimanapun, lirik saya telah berjaya mendapat Top 4 daripada berpuluh penyertaan. Malah, saudara Imran Ajmain menyatakan kepada saya melalui facebook yang sebenarnya lirik saya mendapat tempat kedua selepas lirik pemenangnya.

Lepas lama saya perap karya ini, ingin saya kongsikan pula di sini. Harap-harap ada yang boleh beri maklumbalas dan tunjuk ajar.

Terimalah.

Lagu : Imran Ajmain
Lirik : Azree Ariffin

Bulan – sebuah metafora tentang rasa rindu dan kejauhan. Sesuai dengan irama lagu, ia adalah falsafah tentang perhubungan antara dua orang insan, yang terpisah oleh masa dan tempat, tetapi keduanya akan pasti merenung bulan yang sama. Seperti juga bulan yang ada waktunya dilitup awan, dilindung mendung, dan akhirnya hujan. Namun, selepas itu bulan akan terus bersinar terang benderang. Begitulah hendaknya perhubungan antara manusia, bukan hanya terbatas antara cinta lelaki dan perempuan, tetapi juga dalam makna yang menyeluruh. Bulan adalah cahaya, adalah pesona.


Verse 1 (Lelaki):
Ingin terbang ke langit tinggi
bawa pulang sejuta janji
saat bintang bertemankan mimpi
tanpamu aku sepi.


Verse 2 (Perempuan):
Ku berlindung antara mega
tika mendung membawa duga
engkau datang dalam pujuk rayu
berhembus bagai bayu.


Pre-Chorus:
Bulan di balik awan
sirnakan segala rawan.


Chorus:
Kau cahaya di jiwa
terangi kegelapan
Kau pesona di mata
hadirlah menghiasi
hidupku.


Verse 3 (Lelaki):
Biar malam menjadi saksi
sluruh alam adalah bukti
berjauhan begitu terpisah
membuat aku resah.


Verse 4 (Perempuan):
Ku di sini setia menanti
takkan pergi berjauh hati
tidak mahu ketika beradu
di dalam rasa rindu.


Bridge:
Bulan bintang di sana pun
‘kan terus bersinar untuk kita
Jangan pernah hilang menjadi kenangan
kehidupan.

**Karya ini dilindungi oleh undang-undang hakcipta.

04 Mei 2010

Menguruskan Pantun MAKUM 2010

“Jinak tekukur penuh berhelah,

Hendak dijerat di pohon kayu;

Hasrat diukur tinggi menggalah,

Hendak martabat pantun Melayu.”

DSC01955

Gambar di atas diambil 3 tahun lepas ketika saya menjadi peserta Pesta Pantun MAKUM 2007 mewakili UIAM (A) sebagai swing team di Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM. Waktu itu, saya masih sangat baru dalam arena pantun. Malah, saya sendiri tak ada pengalaman menyertai mana-mana pesta pantun ketika di sekolah – lantaran sekolah saya tiada pasukan pantun. Ini adalah pesta pantun kedua saya sertai selepas Pesta Pantun Terbuka UIAM, yang mana saya mendapat tempat ketiga.

Meski pun begitu, cinta dan kasih sayang saya terhadap pantun Melayu sudah tumbuh lebih awal lagi sejak di bangku sekolah. Keindahan makna dan falsafah dalam Pantun Melayu telah menjadikan saya terpesona dan kagum betapa hebatnya akal budi orang Melayu. Benarlah kata orang – sesungguhnya pantun itu lambang kebijaksanaan orang Melayu.

Tahun ini, sekali lagi UIAM telah diberikan amanah untuk menganjurkan Pesta Pantun MAKUM. Tanggungjawab telah diberikan kepada saya untuk menjadi Pengurus Program kali ini. Berat tanggungjawab ini, namun saya akan galas dengan sebaik mungkin. Niatnya tidak lain, tetapi untuk mengembangkan budaya berpantun itu di kalangan generasi muda, selain memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu.

Saya mahu anak Melayu tahu dan faham betapa indahnya seni berpantun itu dan lebih mengenali akar budaya mereka. Mudah-mudahan generasi muda kita akan menjadi pewaris budaya yang berjati diri yang utuh.

InsyaAllah, Pesta Pantun MAKUM 2010 akan menjadi program terbesar dan terakhir saya di UIAM.

Wassalam.

03 Mei 2010

Pedas Pedas Si Asam Pedas

“Pedas pedas si asam pedas,

Makan dengan si ikan parang;

Lemas lemas hatiku lemas,

Rawan dengan gelagat orang.”

03052010588

Dah lama saya tak makan asam pedas. Selalunya makan asam pedas bila balik kampung sebelah Mama di Muar, Johor. Di sana kami makan asam pedas yang terkenal tu di Parit Jawa. Ikannya segar dari muara. Cuma, waktu tu saya tak tahan dengan kepedasannya. Saya tak berapa gemar makanan yang terlalu pedas bukan sebab tak tahan pedas, tapi tak tahan dengan peluh dan gatal-gatal badan sebagai akibat makan pedas tu. Sangat tak selesa.

Alang-alang saya ke Jusco Setiawangsa tadi, saya ternampak sebuah kedai bernama Asam Pedas Melaka yang diusahakan oleh Kasturi Klasik, syarikat yang sama mengusahakan rangkaian mingomingo. Seleksi makanannya menarik. Sesuai untuk mereka yang berselera Melayu.

Tapi apa yang saya lebih suka, adalah penggunaan Bahasa Melayu di restoran ini. Meskipun beroperasi di gedung membeli belah yang serba moden, tapi masih mengutamakan bahasa kebangsaan.

Mari kita lihat apa yang saya makan.

03052010589

Ini air yang telah dipesan. Saya tak berapa ingat yang warna hijau tu apa namanya, tapi rasanya masam-masam macam buah limau. Sebelah tu pula sepatutnya air bandung soda. Yang bawah tu ialah sirapnya. Tapi bila saya hirup-hirup, tak ada pun rasa sodanya. Sah la pramusaji tu tersilap tulis bandung soda jadi sirap bandung saja.

03052010590

Ini hidangan yang sampai kemudian. Tapai bersama ais krim. Sangat sedap! Lagi-lagi sebab aiskrim tu ialah soft ice-cream mingomingo yang sangat enak itu. Dimakan pula dengan tapai yang masam-masam manis itu. Anda mesti cuba ini kalau ke sini.

03052010591

Ini pula hidangan utamanya. Kalau anda pesan asam pedas, ia akan bersekali dengan nasi bersama ulam-ulaman dan sambal belacan. Lauk yang saya pesan adalah asam pedas ikan parang dan gulai nenas dengan ikan masin. Boleh tahan rasanya, tak pedas pun. Cuma dalam kedua-dua lauk ini, memang agak masin. Pihak pengurusan patut buat sesuatu untuk kurangkan masin hidangan ini.

Sekian.

English For Academic Purposes

Last week, I was complaining  about how restless I am not able to register any subject this semester due to the limited number of classes available.

You see, the short semester is not compulsory to students in IIUM. It is optional and can be taken for students who wants to lessen their burden in the long semester or wants finish their study early by taking some subjects early.

As far as the Law Faculty is concerned, it is a policy not to offer a core subject during the short semester. Therefore, the law students will usually take up short semester to finish up their other required courses such as Bahasa Melayu, Islamic required courses, and also do their Law Attachment Programme (LAP) as I already did last year.

This time around, I intended to take short semester to finish up the subject of “English for Academic Purpose” which is a very on-demand subject every short semester particularly because the classes are limited and usually law students will wait until the final semester to take this subject.

In my case, I really need to take this subject this short semester. If not, I will be extending in the next year’s short semester. This is because my 2 long semesters ahead of me is already full and packed with my core subjects and it is simply impossible to fit in EAP.

Fortunately for me, I am glad to announce that I finally got a place in an EAP class after going to the English Department last Friday and making a sad face to the receptionist to help me add the subject. However at first, she said that it was quite impossible for her to add me because there’s a lot more final semester students whom haven’t been given the place. At that time, the English Department is having a meeting to open up another subject.

She asked me to check again online at 5pm to see whether I was accepted or not. I was actually not really convinced that I will be given a chance. Hence, I went back home.

However, when I checked online at 5.45 – I was surprised that EAP has been added in my course list. What a relief! Now I won’t be left in the dark anymore questioning my doings in this short semester.

I will start my class today at 2pm-4pm. It will be on Mondays, Wednesdays, and Thursdays. It is only a 6 hour per week subject. Hence, I’ll still have time off my hands. Going to aim to get no less than an A i this subject. Pray for me!

Wassalam!

02 Mei 2010

Talking About Health

I will be 23 years old this August. That means that the early adulthood years are just about to begin. Well, it probably has begun already, but since I am still studying, the feeling of being an adult by having total control of my life and earning money has not been felt yet. Hence, I still do regard myself as a teenager at its ending years.

But that is not the point of this entry. The point is that at this stage of my life, it is time to seriously think about my health. Now that I'm heading towards my middle 20’s, it is crucial to take care of what I eat and how much I exercise. Long gone the carefree days of being a teenager when I can eat exactly whatever I want - such as having fast foods every day and drinking fizzy drinks endlessly.

Most probably I’m just over-worried here, but hey, when people around me had given comments about how much I gained weight this couple of years, it made me think what has gone wrong?

Yeah, now you know where this is heading, right? The weight issue. I know in this case, I need to be more particular about my health – by leading a healthy lifestyle, and not merely on my weight. But still at 23, if I don’t start worrying about it now, I might probably one day line up at the audition of “The Biggest Loser” show. Who knows?

As for now, I’m quite surprised because when I calculated my Body Mass Index recently, it was 25.7 – which is 0.7 above the borderline of being overweight. It’s official, I have just become a member of the overweight club. It is an increase from 22.0 BMI last two years.

Taking that into consideration, I need to do something. Not only for the sake of my outlook, but ultimately for my health. It is time to lead a healthy lifestyle. Time to cut down the fats and gain more muscle. :)

Wassalam!

01 Mei 2010

Malam Puisi Riong – Shah Alam

     “Sejak kau pandai bicara

kau lontarkan kata-kata

dengan madah berbisa

dalam kisah sengketa

membunuh aku.”

 

Azree Ariffin

Shah Alam

30 April 2010 

IMG_2047

Azree, Kak Hani, Yana, & Nissa’

IMG_2061

Ode tetiba buat posing pelik. :)

Saya sangat jarang ke Shah Alam. Jadi, bila hendak pergi ke sana untuk Malam Puisi Riong, saya jadi sedikit risau kerana takut-takut sesat. Nasib baiklah pemergian saya itu, bersama-sama dengan geng yang saya panggil - “Kroni-Kroni Yang Saya Sayang”. Mana-mana program sastera, memang dengan geng inilah saya akan pergi. Kebiasaannya lah.

Saya tiba lewat sedikit. Majlis bermula pukul 8 malam tetapi saya tiba sejam kemudian. Crowd di Shah Alam agak berbeza dengan khalayak di Kuala Lumpur. Tak ramai muka-muka yang saya cam.

Awal persembahan agak bosan. Ini diakui oleh kawan-kawan saya. Kebanyakkan yang menyampaikan puisi pada slot awal adalah penyair-penyair amatur & indie. Kalau ada yang ok tu, oklah. Tapi ada yang terpekik terlolong di atas pentas. Aduhai bingit telinga.

Ada beberapa saja persembahan puisi yang saya suka – pastinya kebanyakannya tentulah daripada penyair-penyair senior dan mapan seperti, Pak Samad, Dr Anwar Ridhwan, Faisal Tehrani, Syukri Abdullah, Pak AGI, Harlym Yeo, dan deklamasi daripada Aishah juga boleh tahan. Ada juga beberapa yang saya kurang ingat namanya.

Selain tu, ada persembahan kebudayaan daripada kumpulan kebudayaan negeri Selangor. Mereka mempersembahkan Zapin Selangor dan juga persembahan tarian kontemporari Islami di bawah ini – diiringi lagu Doa oleh Aishah.

IMG_2036

   IMG_2041

Saudara Harlym Yeo. Sempat berjabat tangan dan bertanya khabar dengannya.

  IMG_2043 IMG_2044 IMG_2046Rini AF. Boleh tahan juga bacaan puisinya – penuh penghayatan.

 IMG_2050

Guru saya – Abang Faisal Tehrani.

IMG_2053Pak Samad! Juruacara semasa memperkenalkan Pak Samad boleh pulak tersasul mengatakan karya Pak Samad sebagai “berabad-abad”!

 IMG_2058

Dr Anwar Ridhwan

IMG_2060Aishah. Lepas baca puisi – beliau nyanyikan lagu terbarunya – Anak. Saya suka lagu tu!

 

Sekian!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan