Subscribe

Perkhidmatan Pengacaraan Majlis Perkahwinan

28 Mac 2010

Dari Dalam Dewan Peperiksaan

Inilah muka orang tengah lega baru habis periksa. Hahah. Waktu ni baru selesai kertas Public International Law 2. Sajalah ambil gambar nak bagi anda semua merasai kehangatan peperiksaan yang saya lalui sekarang. Hangat sangatlah kan. Lebih kurang suam-suam kuku saja sebenarnya. Tiap-tiap sem ada periksa. Bila la nak habis belajar ni yer.

Ni pula keadaan Dewan Banquet di Pusat Aktiviti Kebudayaan (CAC). Tiap kali periksa, di sinilah pelajar-pelajar akan bertungkus-lumus memerah otak dan keringat, berjuang untuk membuktikan keilmuan masing-masing. Cewah. Di Dewan Banquet ini tak berapa sejuk sangat. Kalau dalam Main Hall barulah sejuk sikit. Sebab tu saya kalau tiap kali periksa, mesti kena bawak sweater, manalah tahu suhu terlebih sejuk.



Ini pula pandangan dari meja saya pada petang tadi, sewaktu kertas Company Law 1. Tempatnya di Foyer 1, CAC. Kertas ini agak mencabarlah sebenarnya. Pening kepala juga saya duduk 3 jam menjawab soalan-soalan yang diberikan. Harap-harap dapat lulus dengan cemerlang. Aminnn.

Sekian laporan saya untuk hari ini, secara langsung dari dalam dewan peperiksaaan.
.
.
.


26 Mac 2010

Earth Hour 2010

Ayuh, kita sama-sama sokong usaha ini untuk menangani masalah pemanasan global yang kian meruncing. Padamkan lampu, kipas, komputer, atau apa-apa sahaja barangan berasaskan elektrik yang tidak anda perlukan. Hanya sejam sahaja.

27 Mac 2010. Sabtu, 8.30 malam. Satu Jam Untuk Alam.

1 Selesai, 4 Menunggu

Petang tadi, saya baru selesai menjawab 1 kertas : Public International Law 2. Habis sudah satu kertas, yang pertama untuk semester ni. Harapnya boleh la lepas. Agak mencabar jugak untuk menjawab soalan dalam subjek ini. Memahami itu satu benda lain, nak mengaplikasi dalam permasalahan juga satu cabaran. Nasib baiklah boleh bawak buku himpunan dokumen-dokumen asas dalam Undang-Undang Antarabangsa yang banyak membantu saya menjawab soalan.

Peperiksaan akhir kali ni, saya kurang yakin. Tak tahu kenapa. Saya rasa macam mengalami breakdown pula kadang-kadang. Bila dah terlalu tension, akhirnya badan ni tak tergerak untuk buat apa-apa. Saya harap sangat dapat lalui 4 lagi kertas akan datang dengan jayanya. Saya perlu lulus semua kertas sem ini untuk memastikan tak ada masalah untuk saya grad dengan jayanya tahun depan.

Masa untuk ulangkaji.

24 Mac 2010

Puisidra : Jejak Penglipurlara -Hikayat Kencana

**Ulasan akan saya tulis sejurus selepas peperiksaan akhir. Sebelum tu, mari kita tonton sedikit sedutannya.





13 Mac 2010

Teater Sri Mersing


"Sri Mersing lagulah Melayu,
dikaranglah oleh biduan dahulu;
Hatiku runsing bertambahlah pilu,
mengenangkan nasib yatimlah piatu.

Pantai Mersing kualalah Johor,
pantainya bersih sangatlah masyur,
Pohonkan doa kitalah bersyukur,
negaralah kita hai aman dan makmur."


1. Saya selalu mendengar lagu ghazal Sri Mersing yang sangat terkenal di negeri Johor, malah di seantero semenanjung Melayu. Beberapa lama dulu, ada sebuah filem yang pernah diterbitkan mengisahkan tragedi Seri Mersing menggunakan tajuk yang sama.

2. Saya rasa pernah menonton filem berkenaan, tapi dah lama sangat. Terlupa pula jalan ceritanya. Tapi, apabila mendengar bahawa penulis lirik yang amat saya hormati, saudara Hairul Anuar Harun telah menjadi penulis skripnya, maka saya tanpa berfikir panjang terus memasang niat untuk pergi menontonnya.

3. Terima kasih juga kepada Abang Azam yang telah belanja saya tengok teater. Jasamu dikenang! Okay, saya akan belajar rajin-rajin ye!

4. Kami telah membeli tiket berharga RM50. tempat duduknya, masyaAllah yang paling depan sekali. Patutnya, ada sebaris lagi kerusi di depan kami, tapi tidak diisi. Jadinya, kamilah yang paling depan sekali. Dahlah pula dapat tempat duduk tengah-tengah. Sebelah saya pula tak ada orang, jadi sungguh selesa kali ni.


5. Hah, tengok betapa dekatnya kami dengan pentas. Set teater Seri Mersing ni, mereka ada buat pentas tambahan di depan pentas sebenar Panggung Sari untuk menjadikan ruang kosong antara keduanya nampak seperti muara sungai. Jadi, apabila pelakon berlakon atas pentas tambahan depan kami tu, memang kami dapat tengok dengan jelas muka mereka. Jarak kami dengan pelakon boleh dikatakan 2 langkah sahaja.

6. Jadi, sepanjang pementasan, memang saya dok control sajalah, sebab takut terbersin, terbatuk, atau ter ter yang lain. Manalah tahu kan, tiba tiba terlebih menghayati persembahan sampai saya panjat naik pentas tu, jadi pelakon tambahan yang tak diundang. Haha. Oh ye, bila bab lawan-lawan tu, memang risau sungguh saya takut-takutlah senjata tu terkena muka kami.


7. Malam 12 Mac adalah malam pertama pementasan. Jadi, Sultan Pahang sebagai penaung kepada teater ini telah berangkat datang untuk memeriahkan Teater Seri Mersing ini. Baginda turut diiringi menteri besar Pahang. Ramai VIP-VIP yang saya nampak. Antaranya - Aziz Sattar, Yasmin Hani, Norlia Ghani, Maria Menado, dan tak ketinggalan juga Dato' Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid juga ada!



8. Bercerita tentang teater itu sendiri, saya kira teater ini sangat tragis. Menceritakan mengenai fitnah, hasad dengki, iri hati, dan kisah cinta yang tak kesampaian. Kalau anda mahu menonton teater yang bersuka-ria, dan menari-nari saja, saya nasihatkan tak perlulah tonton teater ini kerana Seri Mersing menawarkan lebih dari itu.

9. Cerita dalam teater ini lain sikit berbanding yang dalam filem, kerana ia turut menceritakan kisah Seri Mersing ketika di usia tua. Dari segi kelancaran cerita, saya boleh katakan agak baik, kerana saya tak hadapi masalah sangat untuk memahami inti cerita ini. Berbekalkan lakonan yang mantap daripada bintang bintang terkemuka seperti Elly Mazlein, Adi Putra, Datin Rosnani Jamil, Dato' Mustapha Maarof, Azizah Mahzam, Yus Raja Lawak, Melissa Saila, Rusdi Ramli; saya dapat merasakan bahawa mereka sangat menghayati lakonan mereka.

10. Cuma, apa yang saya kurang faham adalah dari segi peleraian cerita ini, ketika pergaduhan antara watak Damak dan Awang Sulung itu, di mana sekumpulan Orang Asli yang diketuai oleh Tok Batin telah datang menyelamatkan Damak dan keluarganya. Sebelum itu, tidak diceritakan mengenai perhubungan Damak dan kumpulan orang Asli ini. Yang hanya ditonjolkan, adalah satu babak pendek yang memaparkan mereka sedang melakukan ritual mengeliling unggun api. Itu pun, tak ada apa-apa penjelasan mengenainya.

11. Tentang lain-lain, saya rasa teater ini sangat bagus, terutamanya kepada orang Melayu kita untuk menonton kerana banyak pengajaran yang boleh dikutip. Kalau siapa yang hati lembut tu, entah-entah boleh mengalirkan air mata lepas tonton teater ini. Lagu Seri Mersing pun akan memberi pengertian baru kepada anda. Lepas tengok teater ni, saya baru faham betapa sedihnya lagu itu.



Maka, apa lagi? Jom kita tengok teater ini. Berikan sokongan kepada industri teater Melayu. Teater ini akan dipentaskan dari 12-21 Mac 2010. Ada masa lagi! Klik di sini untuk maklumat lanjut.
.
.
.

Mandi-Manda Di Sungai Pisang

Waktu itu (13 Mac), UIAM terputus bekalan elektrik dari pukul 9 pagi hingga 9 malam atas sebab kerja-kerja penambahbaikan oleh TNB. Notis telah diberikan lebih awal. Oleh itu, ramai yang ambil peluang itu untuk balik rumah.

Teman-teman sebilik saya tiba-tiba ajak saya untuk pergi mandi sungai di Sungai Pisang, tidak berapa jauh dari UIAM. Wah, saya pun apa lagi, teruslah setuju. Lagi pun, dah lama tak mandi sungai ni. Sambil tu, dapatlah luangkan masa dengan teman-teman sebilik saya - Firdaus, Helmi, dan Safwan.

Firdaus dan Helmi ni adik beradik. Manakala Safwan adalah rakan sekolah mereka dari SMKA Arau, Perlis. Jadi saya sebiliklah dengan orang-orang dari utara ni. Tapi sebagai rakan sebilik, mereka ini sangat best. Selesa sebilik dengan mereka. Tak banyak timbulkan masalah. Boleh dikatakan, rakan sebilik saya yang paling best sepanjang saya di UIAM.

Jom kita tengok gambar kami berkelah di Sungai Pisang.

13032010317
13032010320
13032010324
13032010325
13032010334

12 Mac 2010

Ujian 2 EPS 1

Saya baru lepas ujian EPS. Saya ambil kertas tu lewat seminggu selepas ujian sebenar patutnya minggu lepas, disebabkan kurang sihat. Jadi, Dr Norliah telah beri peluang kepada kami 3 orang yang tak masuk test minggu lepas untuk buat hari ini. Topik pun dia tambah satu : Shahadah, Yamin, Qarinah & Expert Opinion.

Subjek-subjek Undang-Undang Islam ni memerlukan banyak hafalan. Bermacam-macam benda nak kena hafal, terutamanya authority yang melibatkan Al-Quran, Hadith, Al-Majallah, Mazhab, statute, dan kes-kes berkaitan. Tambahan pula kalau-kalau melibatkan ayat Al-Quran, kena hafal ayat tu betul-betul, kalau tak takut tersalah. Biasanya saya memilih untuk menghafal terjemahannya dalam bahasa Inggeris kerana takut-takut tersalah tulis dalam bahasa Arab.

Saya dengar, kalau di UiTM, untuk subjek Islamic Law sebegini, mereka dibenarkan membawa naskhah al-Quran untuk dijadikan rujukan semasa peperiksaan. Wah alangkah bahagianya. Saya tak nafikanlah bahawa penting untuk menghafal ayat Al-Quran, cuma kadang-kadang saya terlalu risaukan hafalan authority, sampai sedikit mengabaikan aspek pemahaman yang sepatutnya lebih penting.

Mudah-mudahan diterangkan hati ini....

11 Mac 2010

Bahasa Percakapan

Kalau anda perasan, saya dah mula berubah angin sedikit dari segi gaya penulisan dalam blog ni.

Kalau dulu, saya sedar yang saya menulis konon-kononnya dengan bahasa Melayu tinggi. Lepas tu, saya rasa yang gaya saya menulis ni terlalu formal sangat, rasa macam menulis ayat karangan pulak. Hasilnya, penulisan itu jadi kurang seronok kerana terlalu concern mengenai penggunaan bahasa itu sendiri. Saya pun rasa macam kurang natural dan terlalu keras dalam menyatakan pandangan.

Jadi, beralihlah saya ke cara penulisan sebegini; di mana saya masih menjaga penggunaan bahasa yang betul, cuma dalam keadaan yang lebih santai. Ringkasnya, cuba menjadikan penulisan dalam Bahasa Melayu yang betul itu boleh menjadi satu benda yang santai dan tidak kaku, terutamanya dalam konteks penulisan blog.

Oleh itu, dengan sedaya upaya saya cuba menjadikan hasil catatan di sini sedekat mungkin dengan cara percakapan jiwa nurani dan sanubari saya tanpa sebarang perubahan terhadap gaya bahasanya.

Ya, ini blog saya, jadi kenalah gunakan gaya bahasa percakapan jiwa saya. Kadang-kadang saya sendiri rasa kurang jujur bila terlalu 'keras' dalam bercakap. 'Keras' di sini bermaksud kering tanpa sebarang emosi. Ada banyak perkara yang hendak diluahkan, tapi rasa terbatas disebabkan nak menjaga cara penulisan itu.

Tak mengapalah, lepas ni anda akan saksikan bagaimana saya cuba untuk menjadi lebih 'jujur' dan santai dalam menulis blog. Bila begini, rasa lebih seronok dan ingin selalu kemaskini blog. :)


10 Mac 2010

Jadual Peperiksaan Akhir

Berikut adalah jadual periksa akhir saya:

  1. Public International Law 1 - 25 Mac
  2. Company Law 1 - 28 Mac
  3. Evidence & Procedure in Shariah Court - 30 Mac
  4. Land Law 1 - 1 April
  5. Equity & Trusts 2 - 7 April
Mujur, tak ada subjek yang bertindih. Awalnya, saya rasa berdebar juga. Takut-takutlah kalau jadual periksa saya akan tak cantik, disebabkan rangkaian subjek saya yang tak sama dengan orang lain. Bila dah dapat pengesahan ni, barulah lega dan boleh rangka strategi terbaik untuk buat jadual belajar.

Tapi, sebelum fikir pasal peperiksaan akhir, saya ada 3 lagi test yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Ujian EPS akan diadakan petang Jumaat ini. Isnin pula ada ujian Trusts 2 manakala keesokan harinya akan ada kertas Land Law 1.

Hujung minggu ni memang betul-betul kena disiplin belajar.

09 Mac 2010

Ikut Rasa Binasa

Orang kata; Ikut hati - mati, ikut rasa - binasa.

Dalam keadaan sekarang, peperiksaan akhir sudah dekat sangat. Dah tak ada masa lagi nak fikir apa-apa perkara yang tak perlu. Melayan perasaan adalah satu pekerjaan yang memenatkan. Satu pembaziran tenaga emosi sebetulnya.

Biarlah apa yang berlaku. Memang susah untuk menerima sesuatu kenyataan yang perit, lebih-lebih lagi manusia degil seperti saya ini. Tak guna untuk difikirkan jalan penyelesaiannya kerana tak akan ada langsung jalan keluar. Ia hanya akan berlegar-legar terus dalam fikiran tanpa sebarang penawar yang diharapkan.

Ikut akal, ikut iman.

Beg Berisi Batu

Alhamdullillah, setakat ini perjalanan hari ini berjalan lancar. Semua kelas telah saya hadiri dengan jayanya. Hari Selasa dan Khamis agak padat untuk saya sebab ada 3 kelas yang tersusun berderet. Padat, mungkin untuk sayalah - kalau nak dibandingkan dengan hari Isnin dan Rabu.

Berjalan ke kelas hari ini, saya perasan satu benda. Sejak tahun pertama lagi saya selalu membawa beg yang berat. Pelik juga sebab kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan lain, releks saja mereka. Malah ada yang berlenggang. Ish, tak faham.

Nak cakap mereka tak bawa cukup barang, tak juga. Itu yang rakan saya dari kulliyyah lain kadang-kadang bila cuba nak angkat beg saya, dikatanya berat macam berisi batu!

Hahah, sejak sekolah menengah kot macam tu. Kalau dah jadi pelajar undang-undang ni, mungkin tak hairan agaknya, sebab banyak buku teks dan akta yang tebal-tebal perlu diangkut sana-sini. Tak macam pelajar kulliyyah lain. Pun, saya masih rasa kawan sekursus saya tak punya beg tak seberat beg saya.

Kalau nak pergi bercuti pun sama. Pernah satu masa ketika saya pergi bertanding Pesta Pantun Tritun di MMU, Cyberjaya - saya packing macam nak pergi sebulan! Padahal 3 hari saja nak berkampung di MMU tu. Memang segan sungguh nak usung beg itu bila tengok orang lain bawa beg kecil saja.

Macam-macam...

Hari Yang Panas

Hari ini saya rasa badan saya panas. Bangun saja daripada tidur, rasa tak selesa. Tidaklah sampai ke tahap panas demam, tapi rasa suam-suam. Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang semakin membahang sekarang ni.

Aduhai, tak tahan saya dibuatnya. Hendak belajar pun rasa tak selesa.

Kalau dalam bilik tu, walaupun kipas dah dipasang hingga ke nombor lima, tapi tetap terasa berwap sangat. Saya cuba juga membuka tingkap, tapi sama sahaja. Malah nyamuk pula masuk bilik.

Rakan sebilik saya dah mula pasang kipas tambahan dalam compartment beliau. Waktu-waktu begini, kalau ada alat pendingin hawa alangkah bahagianya... nyaman sentiasa.

Dalam tidak selesa itu, perlulah juga saya meneruskan tanggungjawab saya. Hujung bulan ini dah mula final exam. Takut sungguh. Saya rasa masih lagi kurang bersedia. Semester ini sedikit leka agaknya. Ermm, tiap-tiap semester sebenarnya. heheh.

Sebulan dua ini perasaan saya kurang stabil. Entahlah kenapa. Ya, saya akui ada banyak kesilapan yang saya lakukan. Tak perlulah saya sebut di sini; tetapi semua orang melakukan kesilapan kan?

Masalahnya dengan saya ini, adalah saya jenis cepat down. Maksudnya, mood saya akan cepat terpengaruh dengan perkara-perkara yang mengganggu hati dan perasaan. Akhirnya, segala benda tak jadi.

Saya mahukan segala benda dalam keadaan perfect, barulah bersemangat nak buat kerja. Tapi, hakikat hidup tidak seperti itu. Ada-ada sahaja cabaran yang kita akan lalui. Maka, kita perlu belajar untuk mengawal perasaan. Itu satu skill yang saya perlu belajar. Saya perasan saya menghadapi masalah ini sejak sekolah menengah lagi.

Final exam tak lama lagi. Perlu sangat lupakan segala benda yang mengganggu jiwa ini seketika. Mudah-mudahan diberikan kekuatan.

Wassalam.

07 Mac 2010

Jawi Di Secret Recipe

Dedalu bukit tumbuh melilit,
Jadi peraga atas beranda;
Meski sedikit jawi terselit,
Selangkah menjaga warisan bonda.

06 Mac 2010

Visit to DGIR Office


This visit to the Director General of Industrial Relations Office at the Human Resources Ministry in Putrajaya was actually a class trip for the subject "Industrial Relations Law" which I took last semester. However, due to time constraint, my batch last semester didn't have the opportunity to organize a class trip.

This semester, my lecturer Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood had invited me and my bacth of IR class to join the present batch to the DGIR office. Only two of us were able to follow the trip.

It was a nice experience, although the trip was just about going there and listening to the briefings. It gave me a clearer picture about the role of the Industrial Relation Department in settling trade disputes. While listening to the briefing, we were served with nasi goreng and kuih. Just what we need with an early morning trip without prior breakfast. :)

By 12pm, the session ended and we gathered for a group photo and went back to IIUM soon after.





02 Mac 2010

Selamat Hari Jadi ke-14, Aqil!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan