Subscribe

06 Disember 2009

MASKARA Disember 2009

Acara : Maskara
Tempat : Rumah Pena, Kuala Lumpur
Tarikh : 5 Disember 2009
Masa : 8.30pm - 11.00pm

Dah lama sungguh saya tidak menghadiri MASKARA. Kali pertama dan terakhir pun, adalah pada tahun lepas - 2 Ogos, ketika saya sendiri telah membaca karya saya di pentas MASKARA. Waktu itu, saya mengisi slot MPR, di mana 2 orang mantan MPR telah dijemput untuk membuat persembahan di Maskara.

Kali ini, saya menjejakkan kaki lagi sekali ke rumah Pena untuk menyaksikan acara yang sudah makin popular ini. Alang-alang sudah cuti, apa salahnya, yer tak? Seronok juga malam-malam minggu begini pergi melayan aktiviti seni indie sebegini.

Seperti biasa, kalau ada perjumpaan-perjumpaan begini, yang paling seronok sebenarnya adalah dapat berjumpa dengan kawan-kawan. Melihat persembahan itu nombor dua. Dapat berborak-borak, bertentang mata dengan orang yang sebelum ini hanya dikenali di alam maya.

Saya pergi ke Maskara dengan Syukur, kawan saya dari UIA. Kami bertolak sedikit lambat, iaitu pada pukul 8.30 malam. Sampai Rumah Pena pun, sudah pukul 9.15. Masa itu, slot pertama MASKARA telah tamat. Aduhai, rasa rugi sungguh. Tak dapat lihat Kak Raihani dan Lt Kol Radzi bersajak. Sebab merekalah saya datang!

Tak mengapalah. Lepas itu, seorang demi seorang kawan saya muncul. Mula-mula jumpa Ode, dia dengan geng e-sastera. Sebelah dia Abang Dahrie. Bila saya salam dengan dia, boleh ingat dia nama saya. Wah terharu betul. Lepas ni kena ikut blog dia ni. Orang dah ingat kita. :)

Selepas itu, jumpa dengan Kak Rai. Sempatlah beli buku antologi cerpen beliau - Badrul Bambi dengan harga kroni, lebih murah dari pasaran. Gambar di atas ini, Kak Rai tengah menulis autograf di dalam naskhah yang telah saya beli. Tersengih-sengih Kak Rai. :)


Kemudian, Yana pula datang. Jadi, kami pun apa lagi, meneruskan tradisi suka-ambil-gambar MPR.

Saya tercari-cari juga kelibat Tuan Radzi. Tapi tak nampak pula di mana-mana. Bila persembahan slot kedua baru bermula, tiba-tiba saya baru perasan dia sedang berdiri sebelah saya. Saya pun apa lagi, perkenalkan diri kepada beliau. Tuan Radzi Johan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka tahun ini. Kagum dengan beliau sebab banyak pencapaian yang telah dicapai. Tulis buku, johan deklamasi, graduan sarjana.

Beliau telah menghadiahkan saya buku Antologi Puisi Pahlawan terbitan Markas Tentera Darat. Terima kasih, tuan! Saya baru sempat membelek antologi tersebut. Menarik juga sekali-sekala membaca puisi daripada perspektif tentera. Lebih-lebih lagi puisi patriotik.

Juga yang saya jumpa - Wahyun, senior saya di UIA. Sekarang baru selesai chambering. Ahli Dewangga Sakti beliau ini. Dengar kata hendak release album penuh tahun depan. Tak sabar menunggu!

Selesai acara, saya, Syukur, dan Yana telah pergi minum-minum di tupai-tupai. Alang-alang, buatlah sedikit perbincangan mengenai program Perhimpunan Alumni MPR yang akan datang. Oh, di atas ini gambar saya dan Syukur. Silalah lawat blog beliau di sini.
.
.
.

6 komentar:

rai berkata...

Tersengih-sengihla,ada kroni nak beli buku.Wakaka!

PENA CELORENG berkata...

nape tak sound nak pg minum kat squirell tu, leh join. Saya balik tak terus balik rumah, pergi lepak kat depan central. Menghayati manusia yang lalu lalang. Macam-macam adaaa.

Azree Ariffin berkata...

Kak Rai, kroni tak beli buku pun, tersengih-sengih memanjang jugak kannn. huhu.

Tuan Radzi, alahai tak tahu pulak tuan nak join sekali. Pi depan central market kah? sorang-sorang? Saya pun suka ronda-ronda kat KL tgh malam. huhu. Oklah lain kali kita set masa. boleh berguru. :p

lelaki melayu berkata...

chop2! hamba ni pendatang baru kat sini. Nape muka sedara berubah-berubah? hiks! ari tuh len..

PENA CELORENG berkata...

Pada saya, penulis yang tak de hasrat nak jadi penulis, melihat buku saya di pasarkanpun dah bangga. Tak beli pun tak peee tapi Bila tgk orang ramai beli, lagi la teruja. maklumlah kita bukan banyak tulis buku. Novel harimau tu dah nak masuk cetakkan kedua, terkejut juga. he he he

Azree Ariffin berkata...

Saudara ejard, muka saya berubah-ubah? Berubah macam mana tu? hehhe. kejap, apa nama sebenar tuan hamba? huuh

Tuan radzi, betul tu. Rasa seperti kita ada legasi untuk ditinggalkan generasi mendatang kan? Tapi saya kira tuan sendiri pun dah mantappp.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan