Subscribe

28 Disember 2009

Hari Jadi Ayahanda ke-50


Ayah saya telah mencapai umur emas 50 tahun pada tarikh ini. Umur setengah abad! Bagi sesetengah orang, umur ayah saya ini masih muda lagi. Rata-rata teman-teman saya punya ayah yang berusia 60-an. Jadi, kira saya ini beruntunglah juga mendapat ayah yang muda. Sudah saya ini anak sulung, tentulah muda.

Tapi, zaman 40-an itu sudah berlalu. Kini, ayah saya bakal menempuhi zaman baru, alam 50-an.

Saya waktu itu kurang ilham sikit nak beli apa untuk ayah saya, jadi saya pun belikan ayah saya sepotong kek chocolate indulgence dan juga sekeping kad hari jadi. Sambutan hari jadi dengan keluarga telah dibuat beberapa hari sebelum, di mana saya masih di kampus. Ibu telah membelikan sebuah kek yang ada replika kereta di atasnya, sebab ayah saya ini sedang meminati sukan kereta pacuan empat roda.

Kepada ayahanda saya, Haji Ariffin Damin, selamat hari jadi! Semoga papa terus panjang umur dan murah rezeki. Semoga terus berbahagia hingga ke anak cucu. Hmm, anak dah ada. Cucu? heheh. Beberapa tahun lagilah agaknya. :)




1 komentar:

PENA CELORENG berkata...

Beruntunglah saudara kerana masih ibu bapa. Saya sangat terharu. Sebab ramai diantara kita yang tidak tahu harga masa umur mereka. bagi yang jauh, balik-baliklah lawati orang tua. Sebab kalau mereka dah tak ada, kita tak ada sapa lagi yang nak lawat. rasanya balik kampung dah tak ada erti. Hargailah mereka. Geng, aku ada satu sajak, nanti aku poskan dalam blog aku. tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan