Subscribe

27 November 2010

Jurusan Undang-Undang Selepas SPM (Bahagian 1)

Sekarang ini, ramai adik-adik yang sedang tungkus-lumus menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), termasuklah seorang adik perempuan saya. Saya pasti, dengan segala persediaan yang telah dilakukan, pasti kalian akan berjaya menghabiskan peperiksaan ini dengan rasa tenang sekali.

Kali ini, saya hendak bercerita tentang cara bagaimana untuk anda menyambung pelajaran anda ke dalam bidang undang-udang, seperti mana pengalaman yang telah saya lalui dulu. Saya sendiri telah bertekad untuk menyertai bidang undang-undang di UIAM sejak berada di tingkatan 5 lagi. Banyak pembacaan dan rujukan telah saya lakukan untuk memahamkan diri saya tentang peluang-peluang yang luas terbentang selepas SPM, terutamanya jalan menuju impian saya – mengikuti kursus perundangan.

Sayangnya, ramai di kalangan pelajar lepasan SPM yang hanya menurut ke mana arah arus membawa mereka, dengan maklumat yang sedikit berkenaan pendidikan di peringkat pengajian tinggi. Dalam hal ini, adalah sangat penting untuk anda merangka perancangan selepas SPM, tidak kiralah apa pun keputusan SPM anda nanti.

Anda harus sediakan perancangan untuk setiap kemungkinan. Kalau keputusan bagus – rancangannya begini; dan kalau keputusan kurang bagus – rancangannya begitu. Ini penting sebab takut-takut apabila anda mendapat keputusan yang tidak disangka nanti, anda akan rasa otak terbeku dan down sehingga tak dapat berfikir dengan sewajarnya.

Mata Pelajaran Penting

Sebolehnya, persiapan harus dilakukan seawal tingkatan 4 lagi apabila anda memilih aliran SPM. Untuk bidang undang-undang, aliran tidaklah begitu penting kerana anda boleh sahaja menyambung ke jurusan perundangan sama ada dari aliran Sains atau Sastera.

Bagaimana pun, sebagai seorang senior, saya merasakan kemungkinan aliran sastera lebih sesuai kerana kefahaman anda dalam subjek-subjek tertentu seperti Perdagangan atau Ekonomi Asas akan membantu dalam bidang undang-undang yang melibatkan transaksi, kontrak, perbankan, dan syarikat.

Selain itu, pastikan anda score dalam semua subjek teras terutamanya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Sejarah. Bidang undang-undang memerlukan penguasaan bahasa yang sangat baik. Maka, pastikan kemahiran berbahasa anda – membaca, mendengar, menulis, dan bercakap – semuanya mantap.

Begitu juga dengan subjek Sejarah. Asas pembelajaran undang-undang ada dalam subjek Sejarah. Bagaimana teknik belajar sejarah, begitulah lebih kurang teknik belajar undang-undang ( walaupun ada sedikit perbezaan juga).

Saya tahu, untuk pelajar yang sedang mengikuti SPM sekarang, mungkin tip ini sedikit terlambat, tapi saya pasti anda telah buat persediaan terbaik. Bagaimanapun, harap calon SPM tahun hadapan dapat buat persediaan yang sewajarnya. Ada soalan? Boleh ajukan terus di sini.

Di bahagian kedua artikel ini – saya akan terangkan mengenai peluang-peluang menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang di peringkat pengajian tinggi.

Jumpa lagi!

12 komentar:

eryn , berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
eryn whd berkata...

saya skrg berada di tngkatan 5 tahun 2011. saya berada di aliran sastera perdagangan, and amat meminati bidang undang-undang ni since form 1 lg. ade kemungkinan tak utk saya belajar dlm bidang undang-2 ni ? saya takut sbb parents saya hanya target saya menjdi guru or nurse, saya tak meminati bidang itu langsung jd mungkinkah ade kemungkinan saya berada dlm jurusan ini ? gred bg kelulusan utk bidang ini ape ye ? mintak tolong ye, terima kasih (

MR. RIGHT berkata...

abang ,saya dapat A+ dalam bm n A dlm bi ....tapi sejarah saya cuma C+ ......subjekk laen cth ekonomi asas smua dapat B ... . so camne saya nak back up subjek sejarah supaya dapat amek law ??

patutkah saya sambung pengajian stpm swasta?

Atika berkata...

salam.abg,sy ni pelajar form 4.sy blaja dlm aliran sains.jadi saya tiada basic dlm subjek ekonomi&perdagangan.brdasarkan ap y abg tulis diatas,pelajar dari aliran sastera mungkin lebih sesuai.jadi,bagaimana saya mahu menguasai tentang transaksi,kontrak , perbankan dan syarikat ? adkah saya perlu mengambil subjek tambahan spt perdagangan ?

Azree Ariffin berkata...

Kepada Atika;

Kamu boleh sahaja meneruskan dalam aliran Sains tanpa mengambil subjek tambahan. Berkenaan kosenp-konsep itu, boleh dipelajari nanti semasa di universiti kerana yang penting adalah sudut perundangannya. Walau bagaimana pun, tidak salah untuk ambil subjek tambahan, dengan syarat kamu mampu untuk bawa. Kalau tidak, tumpu sahaja pada subjek sedia ada.

arif_mrsmbaling berkata...

salam abg,say arif students mrsm baling..tingkatan 4...di mrsm smua plajar dwjibkn amik sains tulen,jd apakah subjek yg spatotnya sy amek??slain itu,sy perlukn sdikit bntuan,apakh yg sya patut lakukan selepas spm untuk masuk ke bidang undang-undang,contohnya,universiti mana yg patot sy mohon ataupun subjek yg pnting untuk jurusan ini??terima kasih abg..saya mmg brmnat untuk mnjd seorg peguam.

ranis ramly berkata...

Salam...saya ranis pelajar form 5 sains tulen...apa yang perlu dilakukan untuk persiapan untuk saya ambil jurusan law...perlukah saya mendapatkan rujukan awal berkaitan basic perdagangan dan ekonomi asas sebab saya mmg x ambil subjek itu...saya mmg minat law, tp tdapat bnyak tntangan drpd parents...sila berikan tnjuk ajar...terima kasih...

salamcabaran berkata...

btl ke jpa dan mara dh stop hntr student ke luar negara..

salamcabaran berkata...

btl ke jpa dan mara dh stop hntr student ke luar negara..

nurshahira berkata...

boleh ke kalau dah masuk asasi sains ipta lps tu berminat untuk memasuki alira undang2......maka perlu ke foundation balik ke?kne isi upu balik gne spm?

erIEs24 berkata...

salam....saya nak minta abg tolong jelaskan pembelajaran semasa asasi undg2 termasuk subjek,kelas,aktiviti..sbb saya mmg berminat jurusan law ni...cuma nak sikit pendedahan shj...teima kasih

siti aisyah ashaari berkata...

assalamualaikum , saya merupakan seorang pelajar form 5 aliran sains tulen 2014...bagi subjek BM , BI dan SEJARAH saya sentiasa mendapat A dalam setiap peperiksaan cuma saya berasa sedikit khuatir sekiranya saya tidak layak untuk mengambil jurusan undang-undang selepas SPM..harap maklum balas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan