Subscribe

Perkhidmatan Pengacaraan Majlis Perkahwinan

30 April 2010

Bilik Baru & Teman Dari Afrika

28042010567

Hari ni mari kita jenguk-jenguk ke bilik asrama baru saya di UIA. Macam saya ceritakan sebelum ni, setiap tahun pelajar mesti berpindah ke bilik baru sebab polisi universiti berkehendakkan begitu. Iyalah, mungkin sebab nak bagi peluang kepada yang dapat bilik tak berapa nak best sangat tu, boleh la dapat bilik yang lebih baik.

Untuk semester pendek ni, saya pun dah tukar bilik. Tapi, saya memilih blok dan tingkat yang sama juga. Dah selesa dengan tempat yang sedia ada. Dekat dengan kulliyyah dan tingkat 1 pulak tu. Jiran-jiran pun dah kenal. Cuma sayangnya, dari bilik baru ni saya tak boleh perhatikan kereta saya macam saya boleh buat di bilik lama.

Saya pun mendaftarlah bilik hari Isnin lepas. Dari segi bilik, saya tak risau sangat sebab memang saya yang pilih. Cuma dari segi room-mate yang saya agak risau sikit.

To my surprise, saya dapat teman sebilik sekali dengan pelajar dari Afrika! Mula-mula saya buat cool saja. Tapi ada jugalah rasa risau, sebab saya ada sejarah buruk dengan room-mate budak international ni. Faham-fahamlah kan. Terutamanya dalam bab kebersihan dan keselamatan.

Masuk saja bilik, maka bertemulah saya dengan room-mate saya tu. Wah, lagi tinggi dari saya. Pandangan pertama, susuk tubuhnya agak menakutkan jugalah. Tapi, dia keluar dan terus salam saya dan memperkenalkan diri.

Namanya Abdul Rahman. Berasal dari Republik Chad. Beliau masih dalam program bridging dan bakal memasuki Kulliyyah Kejuruteraan selepas ini. Saya lupa pula nak tanya berapa umurnya.

Katanya, dia memang sengaja memilih room-mate Melayu sebab hendak bergaul dengan masyarakat tempatan. Jadi, bila dia tengok senarai bilik, memang dia cari nama yang ada “bin-bin” itu – merujuk kepada nama Melayu Malaysia yang memang akan ada “bin”.

Oklah tu. Saya harap dapatlah ada kami saling bertukar pandangan dan kebudayaan. Saya dapat seorang kawan untuk bercakap Bahasa Inggeris, dan dia pula mungkin boleh belajar Bahasa Melayu daripada saya!

Cukup itu.

Ini saya letakkan gambar-gambar bilik baru saya. Bilik ni saya baru cuci saja. Belum lagi saya punggah barang-barang saya yang banyak tu. Jadi, sebelum keadaan bilik saya menjadi lebih “memalukan”, baiklah saya ambil gambar untuk tatapan anda yang pasti ternanti-nantikan bagaimanalah keadaan bilik Azree Ariffin tu. :p

Bilik-bilik asrama di UIA lebih kurang begini lah. Dalam satu bilik ada 4 compartment.

  28042010568

Katil single. Di bawah tu ada 2 laci untuk letak barang.

28042010569

Ada kerusi, meja, rak buku, papan notis. Oh, kotak merah tu harta karun saya. :)

28042010570

Ini pula almari bajunya. Agak kecil sebenarnya untuk gantung kesemua baju-baju saya, tapi bagusnya sebab dapat letak banyak benda dan dikunci.

Sekian!

28 April 2010

Jalan-Jalan Dengan Doraemon & Kawan-Kawan

23042010553

Tadi saya keluar untuk jalan-jalan sekejap. Sajalah nak cari angin sikit sebab cuti-cuti ni saya jarang keluar rumah. Jadi, waktu saya sedang di luar tu, saya dapat SMS daripada Mama dalam pukul 10 malam. Lebih kurang begini :

Mama : Tak bawak kereta? Keluar dengan siapa? Bawak kunci rumah?

Saya : Keluar dengan kawan. Bawak….

Mama : Apa nama kawan-kawan?

Saya : Doraemon, Nobita, Sizuka, Giant dan Suneo. Kami pergi jalan-jalan naik mesin masa.

Mama : Apa la abang ni… Jangan balik lambat-lambat.

Saya : Huhuhu.

Mama : Bawak balik dorayaki ye!

Saya : Dorayaki tak ada. Tapi Bubblegum ada!

Mama : Loyar buruk la abang ni. :)

Lepas tu, SMS daripada Papa saya pulak datang mencelah.

Papa : Nape tak bawak Nenet?

Saya : Kalau nak bawak Nenet, kena operate kan dulu supaya jadi kucing robot. Baru boleh geng dengan Doraemon.

Papa : Ok. Malam ni Papa operate Nenet.

Saya : Ok. Kasi ekor dia yang kontot tu panjang sket.

Papa : Hahahaha. Papa dah tido. :p

Aduhai…. Papa dan Mamaku ini… :)

27 April 2010

Mix

31032010382

Apakah ini?

Oh inilah Mix!

Apa kejadahnya tu?

Inilah makanan yang popular kat UIA. Tak pastilah kat luar ada ke tak, tapi memang saya kenal dengan makanan ni pun memang di UIA.

Benda ni sebenarnya campuran kentang, telur dan sosej je. Digaul-gaul dan kemudian boleh terus makan. Kalau nak perah limau nipis pun boleh untuk menambah perasanya. Tempat yang saya beli ni, di Mahallah Ali – ada berikan juga dua keping roti percuma.

Sedap ke?

Bolehlah tahan. Ringkas dan mudah. Sebab tu student suka. Saya kalau waktu-waktu sibuk, belasah makan benda ni je. Boleh tapau bawak balik bilik dan makan sambil baca buku. Huhu.

Berapa harganya?

RM 3 je. :)

Sekian…….

*Entri sempena baru balik UIA. Kena la blog pasal makanannya jugak. :)

26 April 2010

Hari Pertama Semester Pendek

Sepatutnya saya boleh mendaftar bilik asrama semalam. Tapi disebabkan saya sudah pun mendaftar online, jadi tak adalah nak berebut nak datang awal sebab nak dapatkan bilik terbaik. Jadi, saya awal pagi ikut Mama dulu ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya untuk selesaikan beberapa urusan.
.
Dalam pukul 2 petang baru saya sampai ke UIA. Mula-mula pergi ke CELPAD dulu, untuk menghantar surat permohonan saya mengambil subjek EAP yang dah penuh itu. Waktu petang tu, tak adalah ramai pelajar sangat beratur. Tambahan pula semester pendek tak ramai pelajar. Kebanyakkannya pelajar antarabangsa.
.
Keputusan sama ada permohonan saya diterima atau tidak hanya akan diketahui Jumaat ini. Waktu itu, tentu sudah 1 minggu ketinggalan kelas. Harap-harap mereka akan buat satu lagi kelas baru. Dengar-dengarnya, pelajar AIKOL ramai sungguh yang memohon untuk ambil subjek EAP.
.
Iyalah, subjek undang-undang tak ditawarkan sewaktu semester pendek. Yang ada kebiasaanya subjek-subjek wajib universiti seperti Pengajian Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, dan Bahasa Inggeris; selain subjek Compulsory Moots.
.
Lepas itu, saya pergi mendaftar bilik. Ada cerita menarik juga tu. Esok saya cerita ya!
.
Wassalam.

25 April 2010

Kenduri Mak Jah

 24042010556

Jejaka dalam keluarga : Saya, Papa, & Aqil

Semalam ada kenduri di rumah Mak Jah, kakak sulung kepada mama. Saudara-saudara terdekat saja yang dijemput. Kenduri ni sempena hari ulangtahun kelahiran sepupu saya, Kak Nita. Selepas kami solat maghrib berjemaah, diadakan tazkirah oleh ustaz yang dijemput Mak Jah.

Ustaz bertazkirah mengenai cara-cara untuk menguatkan iman kita. Islam, Iman, dan Ihsan – itu adalah 3 perkara yang perlu dijaga betul-betul bagi melayakkan seseorang itu untuk ke syurga. Hati haru dijaga sebersih-bersihnya. Andai ada kekotoran dalam hati, haruslah dibersihkan. Menurut ustaz – Wali Songo telah menyenaraikan 5 cara untuk membersihkan hati – yang kemudiannya dikatakan menjadi zikir Jawa iaitu :

  1. Baca Al-Quran dan maknanya.
  2. Solat malam
  3. Berkumpul dengan orang-orang soleh
  4. Berbanyakkan puasa
  5. Zikir

Kalau nak dengar lagu Tombo Ati yang dinyanyikan oleh Opick, boleh ke sini.

24042010558 

Wassalam!

24 April 2010

Cuti & Sem Pendek

1.

Tempoh cuti kali ni kurang produktif sedikit. Makan, tidur, makan, tidur. Lebih kurang begitulah. Biasanya kalau waktu-waktu cuti begini, saya akan membuat senarai semak untuk perkara-perkara yang perlu saya langsaikan dalam tempoh percutian tersebut. Tapi kali ini tak tahulah kenapa. Macam tak ada perasaan nak buat benda-benda tu.

Jadi, saya cuti-cuti ni banyak dok rumah saja. Pelik juga. One Utama, The Curve, dan Tropicana City tu dekat je dan sekangkang kera dari rumah, tapi tak jugak pi. Kalau nak tengok wayang, pilih saja dari 4 panggung wayang yang dekat dengan rumah. Di One Utama ada 2. Di Cineleisure ada 1. Dan di Tropicana City yang tak pernah-pernah lagi saya& jejak itu, ada satu panggung wayang.

Tapi, on the bright side – cuti ini saya betul-betul luangkan masa saya dengan famili. Tiap-tiap malam, dinner bersama-sama. Lepas tu akan tengok berita di bilik Papa Mama sambil melayan Mama yang minta badannya diurut sebab katanya ada banyak angin. Memang betul pun. Bila saya urut, tak henti-henti Mama sendawa. Nasib baiklah saya pun tak ikut sendawa sekali, kalau tak bertambah riuhlah.

2.

Semalam saya pergi UIA, nak ambil barang-barang yang belum lagi saya bawak balik. Saya malas nak bawak balik semua, bukan sebab apa, tapi cuti ini cuma dua minggu saja. Nanti nak kena angkut lagi ke UIA. Jadi, kebetulan rakan sebilik saya ada sepanjang cuti ni, saya letak dulu di bilik sambil minta dia tolong tengok-tengokkan. Saya ada ambil gambar bilik – ingat nak tayang kat blog ni. Tapi nanti-nantilah ye.

Sebelum tu, pergi ke CELPAD untuk tanya pasal kekosongan kelas untuk semester pendek. Semester pendek ini saya cuma ada 1 subjek saja yang boleh ambil – English for Academic Purposes.

Saya pula tak dapat nak daftar subjek tu sebab hanya satu kelas dibuka dan saya tak sempat mendaftar – kelas itu dah penuh. Jadi saya ke CELPAD untuk tanya macam mana nak add secara manual. Mereka kata, untuk pelajar tahun ke-4, ada peluang untuk ambil, tetapi harus tulis surat dan sertakan dengan graduation audit. Harap-haraplah dapat ambil subjek tu. Kalau tak, susah juga nak selit dalam semester panjang.

Wassalam!

21 April 2010

Oshin & Anak-Anaknya

“Ambil limau di tepi beting,

Beting ada di kebun limau;

Kalau rimau gurunya kucing,

Kenapa kucing takutkan rimau?”

15042010495Dulu saya pernah menulis pasal batch kedua anak-anak Oshin sebelum ini di sini.

Tapi untuk pengetahuan, semua anak-anak 2nd Batch tu kalau tak silap sayalah, dah mati. Mati bukan sebab apa, tapi sebab si Oshin ni pi gonggong anak dia ke sana dan sini sampaikan dia sendiri pun dah lupa mana dia letak anak dia. Betul ni.

Kami pun confuse manalah si kucing bertuah ni bawak anak dia. Tengok-tengok tinggal seekor saja ada dalam tempat dia. Yang seekor lagi yang tinggal tu pun mati tak lama lepas tu. Tragis betul. Kalau manusia buang anak, ini kucing pulak tak ingat letak anak kat mana! Ish hilang ingatan betul.

Macam tu jugaklah dengan bacth anak-anak Oshin kali ini. Saya tak berapa pasti ini batch ke-4 atau ke-5, tapi memang dah banyak kali si Oshin ni beranak. Oshin lahir 3 ekor. Tapi seekor lagi dia lupa dia letak mana. Tiba-tiba tengok ada dua ekor saja yang terselamat.

Sekarang ni dah besar dah anak-anak kucing tu. Siap melompat-lompat lagi. Seekor warna emas sama macam emaknya. Seekor lagi warna campuran putih-emas-hitam. Mungkin ikut bapaknya agaknya.

15042010504

15042010505

Mereke berdua ni belum ada nama lagi. Tak tahu lagi letak nama apa. Yang pasti, salah satu akan diberikan kepada makcik saya. Satu lagi, mungkin, mungkinlah kami akan simpan. Tertakluk kepada kelulusan Tuan Haji dan Puan Hajjah kat umah ni. :)

15042010494”Tolong kami, bantu kami, keluarkanlah kami dari penjara dunia ini...lalalla”

15042010496  “Ish ish aku dah terlompat-lompat ni pun kau tak mau kasi aku keluar ke.

15042010498  “Tengok aku ni berdiri dah tak serupa kucing dah. Dah rupa macam beruang pun ada. Waaaaa. “

Wassalam!

19 April 2010

Kelip-Kelip Kusangka Api

Kelip-kelip kusangka api,

Kalau api mana puntungnya;

Hilang ghaib kusangka mati,

Kalau mati mana kuburnya.

17042010523

Ini kali kedua saya pergi melihat keindahan kerlipan kelip-kelip di dua tempat yang berbeza. Pertama kali di Bukit Belimbing, dan kali ini pula di Kampung Kuantan. Tapi yang pertama itu dah lama sungguh dah. Kebetulan memang kampung saya sebelah ayah pun memang di Kuala Selangor – di Bukit Belimbing.

Percutian kali ini seronok sangat. Memang dah lama pun merancang untuk pergi beramai-ramai dengan kawan-kawan MPR untuk tengok kelip-kelip. Tapi asyik tertangguh saja. Kali ni, hos kami – Yana telah bertegas semua orang tidak boleh tidak – kena juga pergi ke Kuala Selangor disebabkan lepas ni semua orang akan sibuk. Tambahan, tarikh 1hb tahun hijrah pada hari Sabtu lepas sangat cocok untuk melihat kelip-kelip kerana pada waktu itu, air sungai sedang pasang.

1704201051917042010517

Alkisah, bertolaklah kami berlapan dari Shah Alam ke Kuala Selangor. Saya, Ode, Yana, Nissa’, Biha, Masai, Kak Hani, & Kak Hani. Dalam perancangan tersebut, kami akan menginap semalam di rumah Yana – sambil menikmati BBQ bersama-sama.

Kami tiba di jeti kelip-kelip di Kampung Kuantan lebih kurang pada pukul 6.30 petang. Hajat di hati hendak terus beli tiket untuk menaiki sampan melihat kelip-kelip. Tapi, kami diberitahu bahawa kaunter tiket akan hanya dibuka pada pukul 7.45 malam dan sampan akan hanya bergerak pada pukul 8 malam.

17042010525

Jadi, kami pun ambil peluanglah untuk berehat-rehat dahulu di kawasan sekitar. Sambil itu, bolehlah kami bergambar sakan, seperti yang anda lihat di atas tu, gambar yang kami posing ramai-ramai. Banyak lagi sebenarnya ada. Tapi letak sikit-sikit sajalah ya!

1704201051817042010526

Saya ambil peluang itu untuk mengambil gambar kawasan sekitar. Nasib baik hari masih terang lagi. Kalau dah malam, tentu tak nampak apa-apa kalau ambil gambar. Cuma, cuaca pada awalnya semacam betul-betul mahu hujan. Saya dah mula sangat risau. Awan di angkasa hitam dan mendung pekat. Petir kelihatan sudah sabung menyabung dari kejauhan.

Tapi melihatkan kawan-kawan saya masih tenang saja, siap bermain-main lagi di taman permainan di situ, risau saya pun mulai hilang. Meski pun rintik-rintik hujan mulai turun, tapi awan mendung kelihatan semakin cerah dan mungkin ditiup angin untuk menangiskan hujan di tempat lain.

17042010520 17042010521

Di sekitar kawasan ini, ada beberapa fasitili yang ada untuk kemudahan pengunjung. Antaranya adalah Panggung Mini di bawah ini yang menayangkan video-video berkenaan kelip-kelip. Waktu kami ke mari, panggung ini tutup – jadi tak dapatlah melihat tayangannya.

      17042010529

Kalau anda datang awal ke sini, tak perlu nak risau berkenaan hendak solat maghrib kerana ada surau berdekatan disediakan. Jadi, boleh saja terus pergi ke sini sebelum waktu Maghrib. Kalu lewat-lewat, takut ramai orang dan terpaksa menunggu lama.

17042010531 Selesai solat, kami terus beratur di jeti sungai. Nasib baik Masai dan Biha sudah pergi beratur membeli tiket terlebih dahulu semasa kami solat. Oh ya, harga tiket untuk seorang dewasa adalah RM10. Saya tak periksa pula kadar bayaran lain, sebab orang lain yang belikan. Kaunter bayaran itu dalam bangunan yang kami tidak masuk.

Kalau pergi waktu hujung minggu, anda boleh terus pergi saja dan tak perlu buat tempahan. Ini kerana hujung minggu akan ada ramai pelancong yang datang dan sampan biasanya memang akan cukup.

Sudah ada barisan yang beratur panjang apabila kami sampai. Kebanyakannya orang mat salleh. Dari cara percakapan mereka, saya mengagak mereka dari Amerika Syarikat. Ada juga beberapa orang pelancong tempatan. Barisan itu bergerak agak cepat juga. Kami tidak menunggu dengan lama untuk giliran kami.

17042010533 17042010534Satu sampan boleh memuatkan 4 orang, tidak termasuk pendayung sampan yang bertindak sebagai pegawai penerangan kami. Jadi – saya, Yana, Kak Hani, & Kak Firdaus telah naik sampan yang sama. Manakala, Ode, Biha, Masai dan Nissa’ dalam sampan yang satu lagi.

1704201053617042010537

Dalam dunia ni, ada dua tempat sahaja yang ada kelip-kelip iaitu di Amazon dan Kuala Selangor. Bagaimana pun, hanya kelip-kelip di Kuala Selangor ini yang berkelip serentak. Itu yang membuatkan kelip-kelip di Kuala Selangor ini amat istimewa.

Memang sangat cantik pemandangannya. Lagi cantik daripada melihat kerlipan lampu neon di kota. Ditambah pula dengan kombinasi berdayung sampan di sungai, memang sesuai untuk orang-orang yang sukakan keindahan alam semulajadi.

Ada banyak perkara baru yang saya belajar daripada pakcik yang mendayungkan sampan kami. Antaranya :

  • Kalau nak tengok kelip-kelip, waktu yang terbaik adalah pada 1-6hb dan 18-19hb mengikut kalender hijrah. Ini kerana pada waktu tersebut, air sungai akan pasang dan sampan akan lebih dekat kawasan kelip-kelip tersebut.
  • Ada 31 sampan yang ada di jeti kelip-kelip. Jadi, jangan risau kalau anda perlu menunggu lama, sebab sampan akan sentiasa ada.
  • Kelip-kelip jantan berkelip 3 kali sesaat. Manakala kelip-kelip betina berkelip sekali sahaja sesaat.
  • Kita memang tak boleh nak merakamkan kerlipan-kelip-kelip. Kamera secanggih mana pun, sukar nak rakamkan kecantikannya. Sebab tu, kalau kita tengok iklan di TV tu, sebenarnya kelip-kelip tu dibuat-buat.
  • Kelip-kelip diam di atas pokok berembang. Sebab tu, ada banyak pokok berembang ditanam di sepanjang Sungai Selangor yang panjangnya lebih kurang 30km.

17042010539

Pakcik itu sempat juga menangkap seekor kelip=kelip dan memberikan kepada kami untuk melihat dan memegangnya secara dekat. Mari lihat bagaimana rupa sebenar kelip-kelip :

17042010541

Untuk maklumat lanjut, boleh klik dua buah poster di bawah yang saya tangkap khas untuk anda. Manalah tahu kalau-kalau maklumat ini tak ada dalam internet kan? Moga-moga bermanfaat.

17042010542Kalau anda nak ke melihat kelip-kelip ke Kampung Kuantan, boleh lihat peta di bawah :

Map picture

Wassalam!

16 April 2010

Saya Tak Pandai Melukis

Seperti tajuk yang tertera, biarlah saya mengaku awal-awal, sebelum kena kritik dengan pelukis-pelukis handalan kita di luar sana. Saya memanglah tak ada bakat melukis. Betull. Saya rasa tangan ni dah kaku dah nak menari-nari memainkan berus dan warna.

Tapi, jangan risau. Walau pun saya tak pandai melukis, saya boleh menulis. Jadi, saya tulislah blog ini untuk meluahkan segala isi hati yang saya rasa.

Malam semalam, entah apa angin badai yang datang, saya sedang menyelongkar laci-laci di bilik untuk mencari sesuatu. Tiba-tiba ternampaklah Poster Color kepunyaan adik bongsu saya yang berada dalam Tingkatan 2. Masih baru lagi, macam tak pernah digunakan. Maka, tiba-tiba saya pun pi lah gatal tangan mencuba nak melukis.

15042010506

Dah lama sungguh tak melukis. Sajalah nak mengekspresikan perasaan. Konon-konon anak seni lah katakann. Dalam melukis-lukis tu, melayanlah perasaan.

 15042010507

Jadi, saya siapkanlah apa yang patut. Mula-mula nak cari art block, tapi tak ada dalam rumah ni. Jadi saya pun guna kertas A4 sebagai pengganti, walaupun saya tahu, kertas A4 lebih nipis dan tak berapa sesuai untuk lukisan air. Tapi saya belasah saja.

15042010508

Saya tak tahu nak lukis apa mula-mula. Jadi, saya pun basahkan dulu kertas tu dengan air. Teknik wet on wet lah kononnya. Hahah. Ingat lagi rupanya saya. Maklumlah, dulu pernah berangan nak ambil Pendidikan Seni SPM. Tapi, berangan sajalah. Tak jadi pun ambil. Sekali lagi, sebab saya tak pandai melukis.

15042010509

Fikir punya fikir, saya lukislah pokok. Ambil sedikit warna coklat, dan lukislah batang pokok tu. Siap dengan akar, dahan, dan ranting-ranting. Tak tahulah apa saya merepek ni. Batang pokok dah rupa macam hantu dah. Tak apalah. Layankan saja. Jadi, saya pun lukis-lukislah apa yang patut.

15042010510 

Sampai jadilah lukisan yang ntah-apa-apa-ntah ni. Hahah. Mula-mula ingat nak top-up sana sini. Tapi, bila dah siap, tiba-tiba perasaan malas nak sambung mula menjelma. Tambahan pula sakit melukis sambil menunduk. Sebab lukisan ini saya letak di atas lantai. Jadi kenalah tundukkan badan sepanjang melukis.

15042010511

Inilah lukisan yang dah siap. Please keep in mind, ni hasil kerja orang yang dah lebih 8 tahun tak melukis – sejak ambil Pendidikan Seni PMR. Layankan saja. Cuba cadangkan nama yang sesuai untuk lukisan ni. Saya nak letak nama – Hantu-Hantu Hutan. haha.

Sekian.

ASEAN NIGHT 2010 (Bahagian 3)

Ini adalah sambungan Bahagian 1 dan Bahagian 2.

IMG_1817Malam tersebut, ada forum diadakan – yang disertai oleh seorang Professor dari Kulliyyah Sains Kemanusiaan bersama panel-panel wakil mahasiswa Indonesia & Vietnam. Inti perbincangan banyak berkisar mengenai isu-isu yang membelenggu negara-negara ASEAN, seperti ekonomi, kebudayaan, dan sebagainya.

IMG_1823

Begitu ramai hadirin, bukan sahaja terdiri daripada mahasiswa ASEAN, malah mahasiswa dari negara-negara timur tengah juga turut hadir. Waktu itu, memang terasa kami sangat united. Meski berbeza, tapi masing-masing punya tujuan yang sama.

IMG_1826

Kemudian, ada persembahan kebudayaan dari beberapa negara ASEAN. Indonesia telah memulakan tirai persembahan dengan sebuah persembahan band akustik yang mendendangkan lagu-lagu rakyat mereka.

Kemudian, sebuah lagi persembahan dari Indonesia Timur yang mengetengahkan tarian suku kaum pribumi di sana. Sangat menarik. Sisi kebudayaan Indonesia yang belum pernah saya lihat.

IMG_1827 IMG_1828   IMG_1831 IMG_1832Persembahan diteruskan dengan penampilan dari wakil negara Filipina yang telah mempersembahkan tarian mereka yang terkenal itu menggunakan buluh. :)

IMG_1835 IMG_1836 IMG_1837 IMG_1838

Bahagian selepas ini yang amat menarik. Sesi fashion show. Setiap negara akan memperagakan baju kebangsaan masing-masing oleh dua orang model yang kemudian akan berucap sedikit dalam bahasa kebangsaan masing-masing.

Antaranya :

Vietnam

IMG_1839

Laos

 IMG_1841

Myanmar

IMG_1842

Malaysia

   IMG_1845

Kemboja

IMG_1846

Thailand

IMG_1847

Indonesia

IMG_1848 

Filipina

IMG_1851

Sekali lagi, semua model-model keluar dan memperagakan pakaian masing-masing. Satu ASEAN lah lebih kurang. Masa ini, terasa sangat bertuahnya jadi warga ASEAN. Kita sama, tetap berbeza. Berbeza, tetapi sama.

IMG_1852 IMG_1853   IMG_1856

Sekian, laporan ASEAN NIGHT 2010.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan