Subscribe

Perkhidmatan Pengacaraan Majlis Perkahwinan

20 Februari 2010

ASEAN Night 2010 (Bahagian 1)

Minggu lepas, IIUM Poetry Club telah dijemput oleh Persatuan Pelajar Indonesia UIAM untuk membuat persembahan pada ASEAN Night 2010. Cerita penuh akan menyusul kemudian. Saya dalam proses memuatnaik rakaman video persembahan kami ke dalam Youtube. Juga, ada gambar lagi yang tak sempat nak dimasukkan ke dalam PC. Maka, sementara itu ini beberapa gambar belakang pentas sebelum persembahan kami.



Zack & Arief. Zack buat persembahan bersama-sama kami. Arief pula, akan menjadi model untuk memperagakan pakaian kebangsaan Malaysia. Wah, tengok tu. Dah mula dah dia bermodel-modeling. :)Haaa ini Encik Sang Saka Bangsa kita. Dia terjumpa topi tu kat belakang pentas, lepas tu dok main-main. Tak pastilah itu perhiasan kepala dari negara mana. Ada sesiapa tahu?

Ini pula Cik Ika Syafiqah.
Dia tak buat persembahan, tapi datang memberikan sokongan. Terima kasih ya, cik Ika. Sebagai penghargaan, nah ambik hiasan kepala ni. Ewah, meliuk lintuk pulak tangan dia!

Bila pakai macam ni, terasa patriotik sungguh. Hehe. Dengan baju Melayu lengkap dan bendera Malaysia. Kredit kepada Kak Liza untuk tengkolok, dan Muslih untuk dokoh tu.

Dalam entri lepas ini, kita tonton persembahan kami ye!
.
.
.


2 komentar:

ejard equado berkata...

lama tak singgah blog dak nih...

Azree Ariffin berkata...

encik ejard, selalu-selalulah singgah sini ye... heheh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan