Subscribe

PROFILE

AZREE ARIFFIN dilahirkan pada 19 Ogos 1987 di Kuala Lumpur.  Beliau mendapat pendidikan menengah di SMK Bandar Utama, sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang – Undang (Kepujian). Beliau telah ditauliahkan sebagai seorang Peguambela & Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya, dan kemudian bertugas sebagai Eksekutif Hak Cipta di Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Langkah beliau di dalam bidang sastera dimulakan melalui Minggu Penulis Remaja 2005 dengan kecenderungan di dalam penulisan puisi moden dan tradisional. Semenjak itu, karya beliau pernah diterbitkan di Dewan Siswa, Dewan Sastera, Berita Minggu, Tunas Cipta, Mingguan Malaysia, Remaja, URTV, dan beberapa lagi.

Selain menulis, beliau juga terlibat secara aktif di dalam bidang deklamasi puisi, berbalas pantun, dan pengacaraan majlis. Beliau telah mengasaskan QiyaSari Events bagi memartabatkan bahasa dan budaya Melayu di dalam bidang pengurusan acara.


Azree Ariffin boleh dihubungi melalui blog azreeariffin.blogspot.com, e-mel azreeariffin@gmail.com dan juga Twitter serta Instagram @azreeariffin.

0 komentar:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan