Subscribe

09 Jun 2009

Mewajibkan BI dalam SPM?

Selepas isu PPSMI, timbul satu lagi isu yang dikira membawa kesan yang besar terhadap dunia pendidikan negara. Pabila Timbalan Perdana Menteri telah mengemukakan sebuah persoalan - Sama ada perlukah Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib lulus SPM?
Dalam hal ini, saya yakin tentu semua ada pendapat masing-masing. Yang pasti, semua pihak mahukan yang terbaik untuk anak bangsa kita. Diakui, Bahasa Inggeris itu sangat penting dalam era globalisasi kini. Tanpa pengetahuan Bahasa Inggeris yang mencukupi, sudah pastilah negara akan jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang. Ini adalah realiti.
Namun, cadangan untuk mewajibkan BI di dalam SPM saya kira wajar diberi kajian yang teliti. Jangan jadi seperti PPSMI yang ideanya belum cukup ranum, tetapi sudah diimplementasikan kurang setahun selepas ia dicadangkan. Saya sokong bahawa kita perlu menaiktarafkan penguasaan Bahasa Inggeris.
Dalam masa yang sama, kerajaan harus mempertimbangkan sama ada pelajar-pelajar kita sudah bersedia atau tidak untuk memikul keputusan ini. Bagi majoriti pelajar, saya kira tidak ada masalah untuk lulus mata pelajaran ini. Malah ramai yang cemerlang. Namun, kepada yang gagal - kita harus memikirkan apakah ini adil buat mereka? Gagal SPM membawa impak yang besar sebetulnya.
Sebelum membuat keputusan, saya berharap faktor-faktor berikut harus diberi perhatian.
  1. Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua majoriti rakyat Malaysia. Malah ada yang menjadikannya bahasa ketiga.
  2. Di kebanyakkan tempat, penggunaan Bahasa Inggeris sangat terhad. Ada pelajar yang hanya belajar BI di sekolah, tetapi tidak dapat mempraktikkannya.
  3. Utamakan Bahasa Inggeris Komunikasi. Untuk markah lulus, pastikan pelajar sekurang-kurangnya boleh berbahasa Inggeris dengan sederhana. Jangan sampai tak boleh menutur langsung.
Saya menyokong bahawa Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib lulus SPM - kerana saya yakin kebanyakan pelajar tidak akan terbeban dengan syarat ini. Namun, kita harus memikirkan apakah kaedah terbaik yang harus kita lakukan kepada golongan minoriti ini - supaya mereka tidak menjadi mangsa. Saya lontarkan kembali persoalan ini untuk kita fikirkan bersama.

12 komentar:

Layla Haq berkata...

Terpikat dengan satu rencana tentang pendidikan di rumah oleh seorang ibu muda hari ini. Katanya, tidak mahu anak-anaknya dizalimi penggredan di dalam sistem pendidikan di negara ini. Kagum. tetapi memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit.

Mungkin tak lama lagi, sekolah akan kosong kerana sistemnya yang punya banyak kepincangan dan menjadi mangsa agenda pihak tertentu.

Mengenai saranan BI harus lulus dalam SPM, saya kira juga perlu dikaji. Puji Timbalan PM meminta pendapat umum tentang saranannya itu. Jadinya, usah pandang sebelah mata saranan dari bijak pandai dan cendekiawan kita nanti. Mereka lebih arif tentang bidang pendidikan bukan?

firdhaus hassan berkata...

Salam Azree, BI penting, BM penting, B Tamil penting dan B Cina pun penting. Kitakan sedang menuju konsep Satu Malaysia. Haha~

Azree Ariffin berkata...

kak bayan, ya saya setuju. Sistem pendidikan negara sememangnya perlu menuntut agenda pihak tertentu, itu satu perkara yang berlaku walau siapa pun menterinya. Apa-pun, kajian menyeluruh perlu dilakukan. Tapi, selesaikan dahulu isu PPSMI sebelum membangkitkan isu lain.

Firdhaus, Satu Bahasa Satu Malaysia. :)

D'Rimba berkata...

Bahasa Arab bagaimana pula sedangkan ia bahasa Syurga. Hohohoho......Itu lagila menuju masa depan lebih menjanjikan...Huhuhu.......

D'Rimba berkata...

Gambar sup kentang tu Azree di blogku...Jika ingin rasa mari saya suapkan....Cepat buka mulut. Huhuhu.......Sedap tak? Hohoho...Kehangatan deklamasi makin terasa bahangnya.....Aduhai takut...

Azree Ariffin berkata...

abg amran, bahasa arab, masuk syurga automatik jadi fasih. hehe.

D'Rimba berkata...

Bengkel Tulisan Jawi menurut kata ustaz awal bulan Julai dia yang akan ajar Ustaz Al Khurauwi.

Azree Ariffin berkata...

oh yer? teringin nak buat bengkel tulisan jawi di UIA... kebetulan dgn ustaz azman pula tu...

firdhaus hassan berkata...

salam azree, konsep satu malaysia dibuat semasa nak merdeka dulu, tapi da 51 nak masuk 52 tahun merdeka, melayu tetap terkebelakang, malah apa yang menakutkan sekali segala gejala kemaksiatan dll yang buruk2 dihandali oleh melayu, kemiskinan, pergeloraan dll. melihat bergaul berkawan dengan orang pelbagai cabang pemikiran, bergaul dengan orang2 jahat boleh kita tahu apa sebenarnya gelora pemikiran mereka, sistem kekeluargaan, penyelewangan masadepan dll. yang ingin dikatakan sebenarnya, orang melayu semakin terbuang di negeri sendiri, apa2 pun asalkan ada kesedaran kita mesti tahu tempat kita sekarang dalam tanah air kita di mana. kita agaknya sekarang berada di kelas keempat selepas cina, india, lain2 bangsa dan baru melayu~~~ wasalam~

Azree Ariffin berkata...

Salam, firdaus. Masalah sosial sememangnya diakui benar berlaku. Malah ia adalah perkara utama yang harus kita atasi untuk menyelamatkan anak bangsa kita. Namun, saya kira ia bukan secara mutlak disebabkan oleh dasar Satu Malaysia. Banyak lagi faktor yang harus kita kaji dan teliti.

Saya faham, slogan kadang-kadang boleh menjadi terlalu retorik. Kita mahukan tindakan, bukan sekadar perkataan. Ayuh, kita sama-sama bergerak membangunkan nusa ini sebagai anak muda pewaris negara.

apeez berkata...

sejak entri ini wujud, saya sudah rasa terpanggil untuk memberi komen tetapi perlu ruang yang cukup sebelum menaip bait-bait ayat. mujur kesempatan tiba jua.

saya adalah antara orang yang sangat tidak berpuas hati apabila PPSMI dihapuskan. bagi saya PPSMI telah memberi dimensi baru dalam persedian pelajar kita untuk belajar diperingkat yang lebih tinggi.

sebagai contoh, saya merupakan pelajar aliran sains tulen disekolah dan menyambung pelajaran dalam aliran sains juga. saya bukan pelajar cemerlang dengan semua subjek mendapat A. saya juga lemah dalam bahasa inggeris. semester satu di universiti saya bergelut dengan konflik dimana saya gagal untuk memahami pelajaran yang diajar oleh pensyarah kerana limitasi terhadap penguasaan bahasa inggeris. bayangkan, nota-nota dan juga formula sains yang saya belajar disekolah berpusing hampir 360 darjah apabila diajar dalam bahasa inggeris.sebagai contoh natrium menjadi sodium.

pada semester pertama di universiti saya bergelut dengan kemelut bahasa sedangkan jika dengan kefahaman bahasa inggeris yang baik, saya sudah pasti tidak mempunyai masalah dalam pelajaran saya. mujur dengan semangat yang kuat, isu bahasa bukan lagi penghalang.

moralnya, perlukah adik-adik kita, anak-anak kita generasi masa hadapan menghadapi bebanan yang hampir sama dengan saya sebelum ini?

tidak... jika semua IPT di Malaysia mengajar semua kursus dan subjek dalam bahasa melayu.

namun persoalan kedua pula muncul apabila graduan tidak mempunyai kemahiran dan penguasaan dalam bahasa inggeris, adakah mereka mudah untuk mendapat tempat dalam syarikat gergasi multinasional. sedangkan syarikat tersebut bukan hanya meletakkan bahasa inggeris sebagai pra syarat utma bahkan juga memerlukan penguasaan bahasa ketiga.

benar, saya akui, di desa terutamanya, dialek daerah menjadi bahasa utama, bahasa melayu standard menjadi bahasa kedua dan bahasa inggeris menjadi bahasa ketiga, namun adakah ini alasan untuk kita tidak berdaya saing?

banyak suara sumbang hari ini menyalahkan graduan yang menganggur kerana tidak mempunyai nilai tambah. tiada penguasaan bahasa inggeris. tiada penguasaan bahasa ketiga. tidak dinamik. andai isu bahasa ini menjadi polemik, salahkah mereka yang tidak mahu mengambil graduan bekerja dengan alasan penguasaan bahasa inggeris yang lemah?

maka, sebagai mana saya menyokong isu PPSMI, seperti ini juga saya menyokong syarat wajib lulus bahasa inggeris dalam SPM atau STPM.

Azree Ariffin berkata...

@���鞙 Terima kasih atas pandangan anda. Saya telah pun membuat satu entri khas untuk menjawab komentar kamu. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan