Subscribe

24 Jun 2010

Kujejaki Tanah Ratu Di Manchester

Manchester – bumi yang pertama kali saya injak di tanah ratu ini. Alhamdullillah, perjalanan menaiki pesawat Qatar Airways selama hampir 17 jam dari Kuala Lumpur ke Doha, dan kemudiannya terus ke Manchester berjalan lancar tanpa sebarang halangan yang menduga. KIsah-kisah perjalanan dalam pesawat itu saya undurkan dulu ke belakang ya. Nanti nak balik Malaysia juga akan naik pesawat yang sama, jadi baik saya dahulukan cerita di tanah ratu ini.IMG_0324

Sampai di Manchester lebih kurang tengahari waktu tempatan. Cuaca agak elok, dari tingkap pesawat, saya menjatuhkan pandangan pertama saya ke dada kota ini. Sampai juga akhirnya ke United Kingdom ini, bisik hati sendirian. Saya melihat tidak banyak bangunan-bangunan tinggi. Terlihat warna-warnanya hampir sama antara satu dengan yang lain. Buatan bangunan daripada batu-bata. Dari atas awan saya sudah dapat mengesaninya.  IMG_0326Di lapangan terbang Manchester, adik saya – Ameer dah sedia menunggu. Wah, dah lama sungguh tak jumpa dia. Hampir setengah tahun. Bagi yang tak tahu, adik saya seorang ini sedang melanjutkan pelajaran di University of Salford, yang letaknya di tengah bandar Manchester. Dia ambil bidang Jurukur Bahan, sama macam Papa.

Bersatulah kembali kami tiga beranak, sebelum memulakan pengembaraan ini. Mula-mula saya ingatkan akan mengalami sedikit kejutan budaya, sebab pertama kali dikelilingi oleh mat-mat salleh. Kali terakhir saya pergi negeri mat salleh pun masa saya kecil. Waktu itu ke negeri bawah angin, Australia. Suasana tentu sudah berubah sekarang. Tak ada masalah sangat pun. Mereka pun manusia macam kita juga, kan?

IMG_0330Kami pun mengekorlah ke mana yang Ameer nak bawa kami. Dia tengah tak ada rumah sekarang ini, sebab dalam proses mencari rumah baru dan tempoh tinggal di asrama sudah habis. Jadi, sedang menumpang di kediaman kawannya buat sementara waktu dia mendapatkan rumah baru. Tak sempat lah kami nak menjenguk ke tempat dia, macam tu.

Apa-pun, mengekorlah saya, menjadi pengikut yang setia. Kesibukan sebelum pemergian membuatkan hampir semua tentatif perjalanan diatur oleh Ameer. Research pun tak dapat nak buat sangat. Mana taknya, saya ada periksa sehari sebelum bertolak ke Eropah. Sungguh kelam kabut.

IMG_0335Oh sekejap. Sebelum keluar dari lapangan terbang perlu ambil gambar dulu. Haa itulah kerjanya kalau pergi jauh-jauh macam ni. Saja nak ambil gambar dengan perkataan “Manchester” tu. Ada-lah bukti dah sampai destinasi dalam keadaan segar-bugar keluar dari perut pesawat Qatar Airlines tu.

IMG_0337Dari lapangan terbang, kami naik bas untuk ke hotel. Kata Ameer, di sini pengangkutan awamnya sangat bagus dan saya dapat lihat sebabnya. Dia cuma naik bas sahaja dari Salford untuk ke lapangan terbang. Alang-alang, saya dan Papa ambil kesempatan untuk merasai udara dan nyawa kota itu.

Dari lapangan terbang ke tengah bandar Manchester, mengambil masa hampir 1 jam. Tapi tak terasa sangat sebab mata dok melilau-lilau mencari pandangan di tempat baru. Syukur diberi kesempatan untuk melihat tempat dan negeri yang jauh. Moga-moga dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Perkara pertama yang saya perasan di Manchester ini adalah bangunannya yang hampir kesemuanya dibuat daripada batu-bata dan tidak dicat di bahagian luarnya. Konsep yang seragam ini menyebabkan suasana bandarnya berubah menjadi satu pandangan yang harmoni. Tak kira rumah, sekolah, pejabat, atau apa pun, hampir semuanya guna bricks  sebagai bahan utamanya, seperti yang telah saya perasan dari dalam pesawat lagi.

Malah, pagar rumah di sini pun rendah; ada juga yang tidak berpagar. Terasa damai di sini tatkala melintasi kawasan perumahan dan melihat kelibat manusianya menjalankan aktiviti seharian.   IMG_0342Sampai di pusat bandar Manchester, manusia kelihat lalu lalang di sana sini. Tak banyak kereta peribadi yang saya nampak. Ramai yang lebih gemar menggunakan pengangkutan awam. Ameer cakap, kalau beli kereta di sini, rasa macam rugi sangat sebab pengangkutan awan lebih cepat dan selesa.

Sambil mengangkut beg-beg kami, menjelajah lah kami di perut bumi Manchester dalam perjalanan menuju ke tempat penginapan. Manusia semua kelihatan asing, persekitaran juga sudah lain. Tapi saya tahu, itulah petanda saya sudah tiba di tanah ratu!

0 komentar:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan