Subscribe

Perkhidmatan Pengacaraan Majlis Perkahwinan

20 Jun 2010

Berangkat Ke Negeri Orang

Beberapa jam saja lagi, bermulalah perjalanan saya ke sebuah daerah baru, untuk menjengah barang seketika negeri orang di sebelah sana. Eropah – itulah destinasinya. Perjalanan ini bertemankan Papa, berdua menuju ke benua sana, dan akan disertai pula adinda Ameer yang sedang bermukim mencari ilmu di bumi Manchester.

Dalam rancangannya, kami akan menjelajah beberapa kota utama di Eropah seperti London, Paris, dan Rome sepanjang perjalanan 2 minggu ini. Andai berkesempatan, saya akan cuba untuk mengkhabarkan kisah saya dari sana – jika ketemu dengan sambungan internet. InsyaAllah, saya cerita-ceritanya akan saya nukilkan di blog ini buat tatapan dan perkongsian kita bersama.

Doakan perjalanan saya dan ayahanda ya!

Wassalam!

3 komentar:

Ahada Aihara berkata...

Azree, selamat menjelajah dan mengembara bumi Eropah...

P/s: Dah hbs ur short sem ke?

Azree Ariffin berkata...

@Ahada Aihara Akak, terima kasih. Saya baru saja habis exam short sem. Lepas sehari, terus je berlepas. huhu.

Liza berkata...

wah, dekat oversea yer...don't forget to snap a lot of photos

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan