Subscribe

26 Jun 2010

Mencari Romantismu, Paris

IMG_1673

Saya putuskan untuk tangguhkan dulu menulis entri yang terperinci untuk Kembara Eropah 2010. Menulis entri yang panjang dan terperinci dengan gambar-gambar yang harus disusun dengan teliti telah mengambil banyak masa yang sepatutnya digunakan untuk merehatkan diri sebelum memulakan penjelajahan.

Jadi, segala entri yang lengkap akan hanya saya buat apabila tiba di Malaysia. Sehingga itu, saya akan letak satu gambar dahulu dengan tulisan yang ringkas untuk menceritakan ringkasan pengalaman – sementara ia masih segar dalam ingatan.

Kini saya telah tiba di Paris, Perancis. Perjalanan dari London ke Paris menaiki keretapi laju Eurostar hanya mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam. Sangat sekejap sebenarnya andai hendak dilihat jauhnya kedua-dua tempat.

Keretapi tersebut masuk ke dalam perut lautan untuk melintasi ke seberang menuju bumi Perancis. Tersangatlah laju, sampaikan saya tak perasan yang kami sebenarnya dah melepasi laluan bawah laut. Sedar-sedar saja, saya dapat SMS menyatakan pakej roaming di Perancis.

Di Paris, situasinya berbeza dengan di London. Kali ini, cabarannya adalah bahasa perantaraan iaitu Bahasa Perancis. Malah, kebanyakan nama tempat di sini agak  sukar untuk saya dengan yakin menyebutnya, sebab takut tersalah sebut! Tapi, alhamdullillah masalah itu tidaklah besar sangat sebab ramai juga di sini yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Sewaktu tiba, kami sampai terlebih awal dari waktu yang dijangka, dan masih belum  boleh mendaftar masuk di hotel. Jadi, kami putuskan untuk membeli tiket bas Hop On Hop Off dahulu yang mana hentiannya ada berdekatan Menara Eiffel. Alang-alang, boleh terus melihat keajaiban dunia itu!

Di Paris ini, saya mencari di mana romantisnya yang menyebabkan ia telah diberi gelaran sedemikian rupa. Apakah pada senibinanya, atau orang-orangnya yang memang romantik? Apa sebenarnya rahsia yang menjadikan kota ini sebegitu masyhur?

Paris, tunjukkan aku di mana romantismu, mungkinkah akan terbuka kembali sebuah jiwa nan puitis?

Kau adalah saksinya.

0 komentar:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan