Subscribe

15 Jun 2010

Tiada Cerita Bola Di Sini

 worldcup Musim piala dunia kembali lagi. Di sana sini bola-bola-bola. Di tepi jalan, di kedai makan, di tengah laman. Seakan-akan semua orang bagai ditawan dengan kuasa sakti sebuah sukan yang berkuasa menyatukan manusia dari pelbagai latar dan usia.

Dan, musim ini akan berlalu pergi begitu sahaja bagi saya macam tak ada apa-apa yang berlaku. Ya, saya bukanlah peminat bola sepak. Janganlah terkejut, ramai lagi lelaki kan yang tak minat bola? Saya rasa stereotaip bahawa semua lelaki harus meminati bola sepak itu sudah tidak relevan lagi. Kalau tak percaya, cuba tanya Kak Liza.

Cerita pasal bola, saya bersyukur sebab sudah tamat alam persekolahan. Kalau waktu subjek Pendidikan Jasmani, tak habis-habis akan bermain bola saja. Macam tak ada sukan lain lagi yang wujud dalam dunia ini. Nak buat macam mana, dah budak-budak pun nak main bola?

Kadang-kadang saya fikir agak mencuit hati juga apabila dua pasukan merebutkan sebuah bola di atas padang semata-mata untuk menjaringkan gol. Menarik, sebetulnya. Tapi ia tidak berjaya menambat hati saya.

Saya hairan bagaimana menonton sebuah perlawanan bola sepak boleh menjadi satu perkara yang sangat menghiburkan. Memang tak faham. Saya pernah cuba, tapi akhirnya saya putus asa tak sampai 10 minit permainan bermula dan tukar ke saluran lain.

Mungkin juga sebab saya ini tak begitu cenderung untuk terlibat dalam sukan berpasukan, maka bermain bola sepak itu menjadi satu penyeksaan sebenarnya. Saya ingat lagi, masa sekolah-sekolah dulu. Kalau orang lain mengejar bola, saya pula akan mengelak bola!

Waktu tingkatan 4-5 pula, dah pandai sikit. Kalau waktu Pendidikan Jasmani saja, saya akan bersembunyi di perpustakaan sekolah. Saya merupakan Pengawas Pusat Sumber masa tu. Jadi, dengan menggunakan jawatan yang ada, saya pun ambil kesempatan untuk mengelak main bola!

Lagi satu yang saya tak faham, macam mana orang kita boleh begitu fanatik sekali menyokong pasukan negara orang lain. Kalau Malaysia masuk tu, saya faham lah juga. Malah saya pun akan sokong juga atas dasar patriotisme. Tapi, kalau sokong negara lain saya agak hairan sedikit.

Mungkin kalau Malaysia berjaya ke Piala Dunia, baru saya akan tengok bola, agaknya? (Oh bilalah itu agaknya!)

Sekadar berkongsi anekdot sahaja. Kalau anda minat bola, saya ucapkan selamat meluangkan malam-malam anda di depan TV ya. Moga-moga terhibur dengan kehebatan dan kehangatan Piala Dunia kali ini.

For the rest of us, let’s continue our lives peacefully. :)

2 komentar:

Liza berkata...

couldn't agree with you more, nowadays we can no longer stereotype that men has to love football and only men love football

student berkata...

setiap orang ada minat dan kecenderungan masing...:)

tetapi main bola memang seronok walau saya tak sehebat mana main bola..hihou..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan