Subscribe

Perkhidmatan Pengacaraan Majlis Perkahwinan

19 Mei 2010

Belajar Bahasa Mandarin

Bagi yang belum tahu, saya sedang mengikuti kelas asas Bahasa Mandarin.

19052010629Setakat ini, kelas baru dijalankan selama empat kali. Saya tak hadir kelas ketiga pada hari Isnin lepas. Jadi, tadi sewaktu kelas keempat, agak merangkak-rangkak juga lah sebab tak sempat nak mengulangkaji sangat. Banyak sungguh perkataan yang saya belajar dan belum dihafal lagi.

Kami sudah belajar sebutan huruf-huruf, nombor, dan beberapa perkataan asas untuk membina sebuah ayat perbualan. Makin lama, makin banyak perkataan baru yang diperkenalkan, jadi perlu sentiasa ulangkaji supaya nanti bila masuk kelas, tak akan terkial-kial bila cikgu mula cakap dalam Bahasa Mandarin.

Apa yang saya rasa mencabar belajar Bahasa Mandarin ini adalah sebutannya yang ada banyak nada. Kalau salah nada, makna boleh berubah. Sama juga konsepnya dalam Bahasa Arab, di mana kalau panjang pendeknya tak dijaga, makna sudah tak sama.

Dalam Bahasa Mandarin, ada 4 nada yang perlu kita bezakan. Sebagai penutur baru, saya rasa ini perkara yang paling mencabar sebab telinga masih belum serasi dan kenal dengan 4 nada itu. Kadang-kadang, ada nada itu yang saya dengar sama saja, tapi sebenarnya berbeza. Ish, saya kena banyak berlatih lagi. Kalau tak, susah lah  hendak bercakap nanti.

Apa yang saya suka mengenai kelas ini, adalah cikgunya seorang Cina Muslim dari China. Setiap kali masuk kelas saja dia akan sebut Assalamualaikum. Kalau tak silap, beliau juga pelajar UIA dalam bidang sains kemanusiaan. Tadi beliau sempat juga berkongsi sedikit tentang keadaan orang Islam di China. Kata beliau, orang Islam di China sangat ramai, malah melebihi penduduk Malaysia. Walaupun mereka minoriti, tapi iman mereka sangat kuat.

Lebih kurang begitulah cerita kelas bahasa Mandarin saya. Nanti saya cerita lagi ya.

Wassalam!

4 komentar:

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

salam..belajar bahasa cina susah tak? sebab sekarang majoriti nak guna bahasa cina..

Azree Ariffin berkata...

Wassalam. Setakat yang saya belajar dalam dua minggu ni, boleh tahan juga. Tapi perlu banyak latihan. Kelas yang sata ambil ni cuma belajar komunikasi sahaja. Tak belajar tulisan cina.

Bagus belajar banyak bahasa ni. Kalau kita belajar bahasa orang, tentu orang lain nanti juga nak belajar bahasa kita. :)

pinkmanje berkata...

amik kelas bahasa mandarin tu katner eh... pasal bos sy soh sy crik2kan org yg leh mengajarkan bahasa mandarin nih kt ofis kami... ader contact number???

duTchLadY berkata...

assallamualaikum..
hm sbrnye byk yg sy nk tye...ade 1 of my frend,seorg cina die nk msk islam n now die masih tgh blajar ket..the prob is die kurang fasih bbhasa msia n inggeris..so lucky sy leh speak chinese..so sy ajar laa die mane yg sy tdaye..boleh x en.azree bg any suggestion?o tau x ane2 bookstore yg sy leh cr cara nk blajar islam dalam bhsa cina...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan