Subscribe

Perkhidmatan Pengacaraan Majlis Perkahwinan

01 April 2010

Pelajar Pandai vs Pelajar Rajin

Saya perhatikan, ada dua jenis kelompok pelajar yang kebiasaannya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Ia sama ada pelajar itu seorang yang benar-benar pandai, belajar apa pun akan cepat dapat tangkap, atau pun pelajar itu seorang yang rajin. Dalam keadaan-keadaan tertentu, ada juga yang memiliki kedua-duanya. Kalau begitu, memang itulah sebaik-baiknya.

Kemampuan manusia itu berbeza-beza. Ada yang cepat tangkap apa yang dipelajari, ada pula yang sangat lambat untuk memahami, apa lagi untuk mengingati apa yang dipelajari. Ada kawan-kawan saya - sekejap saja belajar dah faham dan ingat. Kadang-kadang kagum sungguh dengan kelebihan mereka ini. Alangkah bagusnya kalau dapat kelebihan seperti itu. Tentu banyak perkara yang boleh dilangsaikan kerana masa yang diperuntukkan untuk belajar akan berkurangan.

Macam saya pula, saya perlu ambil masa untuk mempelajari sesuatu. Ya, saya mengaku. Mungkin kerana saya agak cerewet sikit dari segi belajar. Saya nak semuanya sempurna - dari segi nota, sumber, dan segalanya. Bila ada benda yang tak kena sikit, dah mula tak ada semangat. Mungkin sebab itulah cara saya belajar agak renyah agaknya. Bukan hendak mengatakan ia sesuatu yang tak elok, tapi risau juga sebab nature diri saya yang aktif dalam kegiatan sampingan membuatkan saya perlu mengoptimumkan masa belajar.

Dari segi pembelajaran dalam bidang undang-undang, saya percaya faktor yang mempengaruhi keputusan peperiksaan antara pelajar bukan sahaja kepandaian; tetapi kerajinan dan kekuatan ingatan. Dalam undang-undang, legal research skill itu sangat penting. Dan ia menuntut kesabaran dan kerajinan yang tak berbelah bahagi. Maksudnya, apabila kita diberikan sebuah set masalah undang-undang, kita harus bersedia untuk mengharungi sumber-sumber otoriti undang-undang seperti statute, kes, treaties dan sebagainya, dan berusaha mencari hujah-hujah serta pembuktian untuk menyokong dapatan kita.

Dalam soal ini, kerajinan itu sangat penting. Sama juga dalam peperiksaan. Pelajar rajin mungkin akan ambil masa yang lebih sikit daripada pelajar pandai untuk menguasai sesuatu konsep, tetapi saya percaya ia akan berbaloi juga akhirnya.

Apa pula pendapat anda?
.
.
.

2 komentar:

Ahada Aihara berkata...

Azree,

Bagi bidang Undang-undang mungkin betul perlu kekuatan ingatan yang bukan sedikit.

Segala fakta dan hujah semua perlu dihafalkan?

Apa pun I believe that consistency will help you to go through all the obstacles....

Azree Ariffin berkata...

Kak Ahada,

Ya, memang banyak hafalan. Tapi yang paling penting adalah pemahaman itu sendiri. Kalau tak faham, segala apa yang dihafal itu akan jadi sia-sia sahaja sebab tak dapat diaplikasikan dengan betul.

Terima kasih banyak-banyak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan