Subscribe

Perkhidmatan Pengacaraan Majlis Perkahwinan

28 April 2010

Jalan-Jalan Dengan Doraemon & Kawan-Kawan

23042010553

Tadi saya keluar untuk jalan-jalan sekejap. Sajalah nak cari angin sikit sebab cuti-cuti ni saya jarang keluar rumah. Jadi, waktu saya sedang di luar tu, saya dapat SMS daripada Mama dalam pukul 10 malam. Lebih kurang begini :

Mama : Tak bawak kereta? Keluar dengan siapa? Bawak kunci rumah?

Saya : Keluar dengan kawan. Bawak….

Mama : Apa nama kawan-kawan?

Saya : Doraemon, Nobita, Sizuka, Giant dan Suneo. Kami pergi jalan-jalan naik mesin masa.

Mama : Apa la abang ni… Jangan balik lambat-lambat.

Saya : Huhuhu.

Mama : Bawak balik dorayaki ye!

Saya : Dorayaki tak ada. Tapi Bubblegum ada!

Mama : Loyar buruk la abang ni. :)

Lepas tu, SMS daripada Papa saya pulak datang mencelah.

Papa : Nape tak bawak Nenet?

Saya : Kalau nak bawak Nenet, kena operate kan dulu supaya jadi kucing robot. Baru boleh geng dengan Doraemon.

Papa : Ok. Malam ni Papa operate Nenet.

Saya : Ok. Kasi ekor dia yang kontot tu panjang sket.

Papa : Hahahaha. Papa dah tido. :p

Aduhai…. Papa dan Mamaku ini… :)

3 komentar:

Ahada Aihara berkata...

alahai mmg kesayangan mama & papa la ni....

p/s: mmg btl ke azree jalan2 dgn semua "kawan-kawan" tu?

Azree Ariffin berkata...

Hahahaha. saya je nak gurau-gurau dgn mama-papa, akak. Tapi mmg saya keluar dgn doraemon malam semalam.. huhu.

Ahada Aihara berkata...

Azree, Doreamon itu yg dlm gambar di atas ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan