Subscribe

Perkhidmatan Pengacaraan Majlis Perkahwinan

11 April 2010

Cameron Highlands 4 – Boh Tea Centre

Mari dipetik si daun teh,

Di tanah tinggi tumbuhnya subur;

Mari rehatkan badan yang letih,

Ayuhlah pergi bercuti dan libur.

1

Kalau anda ke Cameron Highlands, tak sah lawatan anda kalau tak ke Boh Tea Centre yang terletak di Brinchang. Saya sebenarnya dah beberapa kali ke sana, tapi masih tetap mahu untuk berkunjung ke ladang pokok teh tersebut sebab keindahan pemandangannya. Rasa kalau naik ke atas tu, tak lengkap pula percutian saya.


Kalau yang tak tahu tempat ni di mana, kalau anda pergi ke Brinchang dan melalui Hotel Equatorial, tak jauh lepas tu ada simpang ke kiri yang akan naik ke kawasan ladang Boh. Anda kena hati-hati sikit, sebab takut terlepas. Tapi, insyaAllah tak ada masalah. Ada papan tanda disediakan.

 11042010456

Pemandangan menuju ke Pusat Teh Boh sangatlah menakjubkan. Waktu pertama kali saya pergi ke sana beberapa tahun dahulu, tak terkelip mata melihat sungguh indahnya kehijauan pemandangan di situ. Jalannya agak sempit sedikit, jadi anda kena hati-hati bila nak memandu disebabkan kawasan jalannya agak curam. Kalau ada dua kereta bertembung, kena pandai-pandailah nak beri laluan.

Sepanjang perjalanan, anda akan disambut dengan pokok-pokok teh di kiri kanan anda. Kadang-kadang, anda akan nampak pekerja-pekerja memetik pucuk daun-daun teh itu. Anda boleh kalau nak berhenti dan mengambil gambar di sekitar ladang teh itu, tapi pastikan parkir di tempat yang sesuai. Kalau tak, takut mengganggu kereta hendak masuk-keluar.

 11042010457
Nampak rumah-rumah berwarna hijau itu? Itulah rumah-rumah pekerja ladang teh di sini. Majoritinya kaum India. Tapi saya lihat ada juga sebuah surau disediakan di situ. Tak lupa juga ada sebuah sekolah dibina. Kecil saja sekolahnya, untuk anak-anak para pekerja.

Ketika saya ke sana, waktu menunjukkan pukul 9 pagi. Tapi matahari dah mula memancar terik. Panas juga Cameron Highlands sekarang ni. Kalau waktu dulu saya pergi, saya ingat lagi saya menggigil-gigil juga bila keluar kereta. Tapi sekarang dah lain sikit. Mungkin musim lah agaknya ya?

11042010458  
Bila tiba ke Pusat Teh Boh, anda boleh menjamu selera dengan sebuah kafe yang disediakan di situ. Bolehlah sambil-sambil menikmati angin yang dingin, menjamah hidangan, dan menikmati suasana yang sungguh menenangkan. Makanan di atas tu harganya mahal lah sikit, tapi yang lebih mahal tentulah suasananya kan? Bayangkan menghirup teh segar yang panas sambil bayu sejuk menyapa muka dengan lembut. Oh, kalau nak bulan madu memang romantik.

11042010460

Bangunan kafe di atas sebenarnya tak ada masa saya kali terakhir ke sini. Kali terakhir tu, dalam 3-4 tahun lepas. Lama jugalah tu. Sebelum ni, kafenya kecil saja. Tapi sekarang dah besar dan cantik. Saya dan keluarga sempat juga menikmati minum pagi di sini sambil minum teh dan makan sandwitch dan scones. Hahaha. Terasa macam orang putih pulak. Feeling lah sikit.

11042010463

11042010464

Inilah pemandangan yang boleh anda lihat dari kafe Boh tersebut. Sebenar ada satu lagi ladang teh di Cameron ini iaitu Bharat Plantations yang terletak bawah sikit dari Brinchang. Tapi bezanya, kita tak dapat nak masuk ke dalam ladang teh itu sendiri. Tak seperti ladang Boh ini. Tapi itu seingat saya beberapa tahun dulu. Sekarang tak pasti. Tak perasan masa turun Cameron Highlands.

  11042010466

Selesai menjamu selera, bolehlah pergi ke bahagian pameran yang terletak bersebelahan. Di sini, anda akan dapat tahu lebih lanjut mengenai sejarah penubuhan syarikat Boh ini. Syarikat ini telah diusahakan oleh 4 generasi keluarga Russel yang datang ke Tanah Melayu dan ia masih diteruskan sehingga kini. Menariknya, mereka kini telah menjadi warganegara Malaysia.

Banyak maklumat yang boleh didapati. Malah, ada bilik tayangan video yang menayangkan dokumentari mengenai penanaman teh dan syarikat Boh itu sendiri.

11042010469

Apa yang menariknya di sini, adalah para pelawat dapat melihat sendiri bagaimana daun teh itu diproses daripada sehalai daun, sehinggalah menjadi serbuk-serbuk teh yang kemudiannya akan diuncangkan. Boh menyediakan lawatan ke kilang pemprosesannya di Bukit Palas untuk para pelawat.

 11042010470 11042010471  11042010475

Saya ada ambil gambar penerangan mengenai proses-prosesnya. Jadi kalau anda berminat nak tahu, boleh lah tekan gambar di bawah untuk melihat dengan lebih besar. Antara proses-proses yang terlibat adalah :

1. Melayukan Daun

11042010482

2. Menggelek Daun

11042010477

3. Fermentasi / Pengoksidaan

11042010478

4. Pengoksidaan

11042010479

5. Pengasingan

11042010481

Begitulah kisah saya di Cameron Highlands. It was an enjoyable experience and retreat. Lama tak bercuti bersama keluarga, menyebabkan saya benar-benar menghargai masa ini. InsyaAllah, Cameron Higlands, akan kujejaki lagi tanahmu yang dingin itu, jika punya kesempatan lagi. Ada lagi beberapa cerita di sana, tapi biarlah saja. Nanti penat pula anda nak baca. Lepas ni saya tulis benda lain pula lah ya.

11042010486

Wassalam!

0 komentar:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan