Subscribe

07 Disember 2009

Hari Pertama - FESTKUM & Pendaftaran

Saya sebenarnya tengah pening kepala ni. Baru tadi berehat sebentar kat bilik, mimpi pasal Festkum, sampaikan tak lena tidur dibuatnya. Berpusing-pusing saja nampak. Aduhai. Festkum, festkum, festkum. Sebab apa jadi pening, mungkin kerana tiba-tiba saya kena handle banyak benda dalam Festkum nanti. Sebagai pengurus pasukan, banyak benda kena selesaikan. Hal baju, pengangkutan, mesyuarat, perarakan. Mana lagi dengan tanggungjawab hakiki saya sebagai seorang pelajar.

Saya nekad, program inilah yang terakhir untuk semester ini. Biasanya saya berniat saja, tapi kali ni biarlah saya umumkan dalam blog. Bila orang tahu, tetap sikit pendirian kita. Saya perlu utamakan pelajaran sem ini. Perlu mantapkan pointer balik. Untuk Fesktum kali ini, saya terpaksa tuang kelas dari hari Rabu sampailah Jumaat. Universiti lain tak ada masalah, kerana rata-rata mereka sedang bercuti. Jadi bolehlah mereka bersuka-ria.

Oh, cerita pasal hari pertama. Hari ini buat pertama kalinya dalam sejarah saya di UIAM, saya telah membuat pendaftaran subjek secara manual. Sebelum ini, semuanya saya selesaikan dengan cara online.


Sejak pukul 8 pagi lagi saya sudah bertolak ke kulliyyah, dengan harapan hendak selesaikan pendaftaran secepat mungkin. Sampai saja ke makmal komputer, ramai sudah orang bertenggek depan tu. Terpaksalah menunggu. Dalam pukul 8.45 baru pintu dibuka, itupun sikit demi sikit orang dibenarkan masuk.


Perit juga ya buat pendaftaran manual ni. Saya sendiri menunggu dari pukul 8 pagi sehingga pukul 11 pagi baru selesai. Seorang demi seorang dia uruskan. Alhamdullillah, dapat juga saya add semua subjek yang saya nak. Jadi harapnya, semuanya berjalan lancar semester ini.

Malam ini ada Demo Pantun untuk Festkum. Itu juga diharapkan berjalan lancar.
.
.
.

4 komentar:

Shuq Faqaţ berkata...

aikol lab hari ni penuh gila. macam ada dpt free gift plak org beratur.

lelaki melayu berkata...

slamat blajor ye tuan hamba... hamba nih dah tatau nak komen ape. saje jek jari jemari yang runcing nih dok leka menari-nari di atas keybod yang itam legam nih.

ari tuh tuan hamba tanye nama hamba kan? nama hamba ejard equado iglesias.

**larikkkkkk!!!!

PENA CELORENG berkata...

nape, kita ni asjek cam tu jeee. Offlinelah. Bila sampai time kita, masa tu lah off line. Bila sampai masa kita je, time tu la nak repair. Semua hal di Malaysia mcm tak pernah siap dan sudah-sudah. Jalanraya/hihgway asyik dok repair jeee sebilang masa, lebih-lebih lagi time nak raya, zoo negara plak ada-ada je ruang yang ditutup sebb nak rapair, muzium pun sama. Hotel pun sama (kolam renang on repair), bangunan di Putrajaya tak yah cite laaa. kenapa yeeee?

Lynn Rahman berkata...

salam.jumpa jgk blog ni
meh cpt upload gmbr pantun k. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan