Subscribe

09 Mac 2010

Beg Berisi Batu

Alhamdullillah, setakat ini perjalanan hari ini berjalan lancar. Semua kelas telah saya hadiri dengan jayanya. Hari Selasa dan Khamis agak padat untuk saya sebab ada 3 kelas yang tersusun berderet. Padat, mungkin untuk sayalah - kalau nak dibandingkan dengan hari Isnin dan Rabu.

Berjalan ke kelas hari ini, saya perasan satu benda. Sejak tahun pertama lagi saya selalu membawa beg yang berat. Pelik juga sebab kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan lain, releks saja mereka. Malah ada yang berlenggang. Ish, tak faham.

Nak cakap mereka tak bawa cukup barang, tak juga. Itu yang rakan saya dari kulliyyah lain kadang-kadang bila cuba nak angkat beg saya, dikatanya berat macam berisi batu!

Hahah, sejak sekolah menengah kot macam tu. Kalau dah jadi pelajar undang-undang ni, mungkin tak hairan agaknya, sebab banyak buku teks dan akta yang tebal-tebal perlu diangkut sana-sini. Tak macam pelajar kulliyyah lain. Pun, saya masih rasa kawan sekursus saya tak punya beg tak seberat beg saya.

Kalau nak pergi bercuti pun sama. Pernah satu masa ketika saya pergi bertanding Pesta Pantun Tritun di MMU, Cyberjaya - saya packing macam nak pergi sebulan! Padahal 3 hari saja nak berkampung di MMU tu. Memang segan sungguh nak usung beg itu bila tengok orang lain bawa beg kecil saja.

Macam-macam...

0 komentar:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan