Subscribe

14 April 2010

Memperkenalkan Kucing-Kucingku

Mari kita berkenalan dengan kucing-kucing saya. Keluarga saya memang sangat sukakan kucing. Daripada papa, mama, saya, sampailah ke adik bongsu saya, semuanya sangat suka bermain dan bermanja dengan kucing. Tapi kami tak adalah bela banyak kucing.

Dari dulu, kucing-kucing kami bertukar ganti. Ada yang diberi kepada orang, ada yang kena curi, kena langgar kereta, termakan racunlah. Macam-macam benda. Tapi, kucing kami bertukar ganti. Walau pun ada yang pergi, patah tumbuh hilang berganti.

Kucing-kucing ni ada yang beranak pinak, diberi orang, dan ada juga dibeli. Jadi, ini batch kucing saya sekarang. 2 ekor sahaja, tapi tersangatlah mengada-ngada.

 IMG_1784Tengok dua ekor tu tengah dok tidur dan berbaring-baring. Itu ajalah yang dibuatnya sepanjang hari. Dulu, kami kurung dalam sangkar pada waktu malam. Sebab tu dalam ni, mereka dalam sangkar. Ni gambar lama.

IMG_1786 Yaa itu dia. dah sedar pun gambar mereka diambil. Susah betul sebenarnya nak ambil gambar dan mata mereka tepat pandang ke arah kamera. Ini kita nasiblah dua-dua ekor pandang lensa kamera. Dua-dua bulu warna keemasan. Mereka ni dari baka campuran. Campur dengan parsi. Cuba teka apa hubungan mereka berdua ni? Adik beradik? Anak beranak?

 IMG_1788

Okaylah. Ini namanya Nenet. Kenapa pelik namanya? Sebenarnya asal namanya adalah kenet, sebab waktu dia baru lahir, dia ni kecil saja. Biasalah anak kucing memang kecil. Tapi mungkin sebab dia seekor saja kucing daripada adik-beradik dia kami bela. Yang lain kami bagi orang lain. Jadi, memanglah jadi si kenit!

IMG_1789

Hah, jangan terkejut, inilah mak kepada Nenet. Namanya Oshin – sempena nama drama Jepun lama dulu. Nampak saja kecik, tapi dah beranak 3 kali dah. Oshin ni walaupun betina, tapi perangai macam jantan. Tapi pernah melekat dok kat rumah. Kerja dia asik nak “bersosial” = merayau-rayau di sekitar kawasan rumah. Waktu dia balik, cuma bila nak makan saja. Sekarang dia baru lepas beranak, jadi baru la melekat kat rumah, sebab nak jaga anak punya pasal. Lepas ni saya letak gambar anak-anak dia.

IMG_1790

Sekali lagi, kena juga letak gambar kucing mengada ni, sebab kucing ni tersangatlah mengada-ngada-ngada. Tak pernah saya jumpa kucing paling manja dan mengada macam ni. Kalau dulu, papa dan mama pantang kucing-kucing kami masuk bilik dan naik atas katil, tapi si Kenet bertuah ni, selamba derk saja boleh tengah-tengah malam mengiau-iau nak masuk bilik dan tidur atas katil. Dah lah bilik tu ada penghawa dingin pula tu. Memang mengada!

IMG_1791 IMG_1792Inilah dua ekor kucing-kucing saya, yang sangat disayangi oleh seluruh keluarga saya. Mengada-ngada pun, merekalah yang mengubat hati kami ketika penat pulang bekerja (bekerja ke saya ni?) Huhu. Begitulah ceritanya.

IMG_1783

Sekarang, Oshin dan Nenet boleh sambung tidur. Sekian.

4 komentar:

Lyn Yusoff berkata...

"Kerja dia asik nak “bersosial” = merayau-rayau di sekitar kawasan rumah. Waktu dia balik, cuma bila nak makan saja. Sekarang dia baru lepas beranak, jadi baru la melekat kat rumah, sebab nak jaga anak punya pasal"

Klakar lah ayat ni. Nasib baik u tulis bersosial.. bkn melacur hahahaha.
Btw.. comellah kucing2 u.. geram kak lyn.. hehe

Azree Ariffin berkata...

Hahaha itulah pasal, Kak Lyn. Geram kadang-kadang tengok gelagat kucing-kucing ni. Semua ada perangai yang sangaat comel. Dah nama kucing bela, memang la ada sikit spoill nyer. heheh.

Ahada Aihara berkata...

azree,
comel la semua kucing2 tue...
pagi ni odw to office ada kucing kena langgar...
sedih sgt tgk...
tp jln mmg sesak jd xblh nk alihkan....

Azree Ariffin berkata...

Kak Ahada, alahai kesian sungguh kucing-kucing kena langgar tu. Saya pun selalu je nampak kucing kena langgar kat jalan... tapi tak boleh buat apa2 kann....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan