Subscribe

09 Ogos 2011

Adab Berbeza Pendapat

Terlanjur saya menulis berkenaan jaringan sosial dalam entri semalam – hari ini saya terdetik hendak menulis berkenaan suatu perkara yang jarang diperhatikan oleh orang ramai – yakni adab berbeza pendapat.

Sewaktu saya menelusuri beberapa laman rakan-rakan Facebook saya sebentar tadi – saya perhatikan begitu ramai yang lantang menyatakan pandangan dan pendirian masing-masing. Memang bagus, kerana bukankah kita sebuah negara demokrasi.

Tetapi, dalam pedas-pedas status yang lancang mengkritik itu – ada waktunya sang penulis mungkin akan berbeza pendapat sedikit dengan para komentar.. Sudah menjadi lumrah – kalau berani untuk menulis pendapat di status Facebook – maka kita sebenarnya sedang menyatakan sesuatu perkara secara umum – di sebuah tempat awam. Haruslah berani juga untuk rasakan pedas kritikan orang yang komen.

Biasalah – dalam setiap perkara sekali pun, mana ada orang akan berikan persetujuan 100 peratus kepada apa yang kita perbuatkan atau katakan. Mungkin adalah dalam beberapa perkara – tetapi memang ada masa kita akan berdepan dengan orang yang punya pendapat berbeza dengan kita.

Berbeza pendapat tak semestinya bermaksud orang itu mahu bermusuhan dengan kita. Jauh sama sekali. Mungkin disebabkan oleh didikan, cara hidup, dan sudut pandangan yang berbeza – maka orang itu telah menghasilkan satu kesimpulan yang berbeza.

Malah, dalam Islam juga ada menyatakan bahawa “Berbeza Pendapat Itu Adalah Satu Rahmat”.

Kenapa? Sebab melalui perbezaan pendapatlah wacana dapat diadakan dan sesuatu pemikiran atau idea dapat dibahaskan semasak-masaknya supaya segala baik dan buruk ditimbangkan sehingga sampai kepada satu keputusan.

Masalahnya di sini – apa yang saya perhatikan dalam beberapa status Facebook dan juga komentar di beberapa blog dan forum – terutamanya yang bernuansakan politik – begitu ramai yang tak mengamalkan adab ini. Atau mungkin mereka tak tahu bahawa adab berbeza pendapat itu wujud!

Kita telah didik sejak kecil untuk beradab dengan ibu bapa, guru, ahli keluarga, jiran tetangga, pendek kata kepada semualah. Sayangnya, entah kenapa semua itu tidak tergambar bila sebilangan kecil ini “bergaduh” dalam menyatakan pendapat yang berbeza. Maki-hamun, keji-mengeji, kata-mengata sudah seakan menjadi suatu amalan dan kebiasaan.

Kalaulah semua orang dikurniakan dengan adab berbeza pendapat ini – pasti dunia akan menjadi lebih aman, bukan?

2 komentar:

Aidil Khalid berkata...

Ya, adab paling utama bila berbeza pendapat ialah kesediaan untuk bersetuju untuk tidak bersetuju. Malangnya hal ini jarang-jarang ada pada ramai orang, barangkali kadang-kadang termasuk saya juga, kerana egoisme yang terlalu meninggi. Mudah-mudahan sekolah ramadhan dapat dijadikan tempat melatih diri untuk lebih sabar dalam berpendapat. =)

Wahyudi berkata...

Nice article and perfect posting, I really appreciated


Kodokijo
get4best.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan