Subscribe

Perkhidmatan Pengacaraan Majlis Perkahwinan

08 Ogos 2011

Menguruskan Laman Sosial di Internet

Semalam saya sempat duduk semalaman untuk mengemaskini blog ini, beserta semua laman sosial yang telah didaftarkan di bawah nama saya sendiri. Dapatlah saya ‘bersihkan’ sedikit blog ini daripada segala anasir-anasir yang tak perlu, termasuklah juga memasukkan apa-apa penambahbaik di bahagian sebelah kanan anda ini – di mana saya sudah kemaskini alamat pautan-pautan blog dan laman-laman menarik yang sering saya kunjungi.

Saya telah buat bahagian di bawah ini yang mana menyenaraikan semua laman sosial yang saya gunakan. Memang banyak sungguh, sampai saya rasakan entah ada masa atau tidak untuk kemaskini semuanya.

Ketika kita beralih ke zaman teknologi moden yang berpaksikan internet, saya tak nafikan memang laman-laman sebegini begitu bagus sebenarnya untuk digunakan. Sebagai seorang yang pro-teknologi – laman sosial, atau media sosial, atau apa-apa sahajalah namanya dipanggil, harus dikuasai oleh semua orang yang ingin terus ke depan dalam memperkembangkan diri.

Kita ambil contoh Facebook misalnya. Kalau dahulu begitu sukar sekali untuk kita berkomunikasi dengan sahabat lama, sanak saudara, malah orang ternama. Nah, melalui facebook, kita telah dimudahkan untuk mempereratkan silaturrahim dengan hanya menghadap komputer, mengetik papan kekunci, tanpa meninggalkan rumah.

Persoalannya di sini, dengan lambakan laman sosial di internet, yang mana satu harus kita gunakan, dan mana satu pula hanya membuatkan jari penat menaip tanpa ada apa-apa hasil yang berbaloi? Dari zaman Friendster, Myspace, Facebook, sehinggalah ke Twitter – kita semua berlumba-lumba untuk mengejar the next big thing yang bisa menggegar dunia.

Ditambah pula dengan kemunculan smartphone atau telefon pintar ke dalam pasaran, semakin melekatlah kita semua dengan laman-laman begini seperti belangkas.

Sebab itu saya rasakan sudah tiba masanya kita ambil serius tindakan untuk menguruskan segala media sosial kita dengan profesional. Saya selalu percaya bahawa laman sosial kita adalah wajah kita di internet. Ia mungkin tak melambangkan kita di alam nyata, tapi itulah citra diri kita yang akan dipandang oleh warga alam maya.

Bagaimana anda uruskan laman sosial anda di internet? Boleh kongsi pengalaman anda?

2 komentar:

Fahmi Mahat berkata...

best la punchline kat bwh tu. "laman sosial kita adalah wajah kita di internet. Ia mungkin tak melambangkan kita di alam nyata, tapi itulah citra diri kita yang akan dipandang oleh warga alam maya." going to credit it in my next fb status, boleh tak tuan rumah? =)

yang suka,
fahmimahat

Azree Ariffin berkata...

Fahmi Mahat; Ya, silakan. Terima kasih sebab point out ayat tu - sebab bila baca balik, aku pun suka dan mahu tampal balik di status FB sendiri!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan