Entri ini saya tulis melalui cara manual, iaitu melalui garapan terus di laman blogger. Tidak seperti selalunya, dari perisian Windows Live Writer. Jadi, mungkin akan ada beberapa perbezaan font. Saya pun tak pastilah. Harus diterbitkan dahulu baru boleh tengok hasilnya.
Dalam perjalanan hidup yang semakin menjangkau umur 24 tahun ini, saya melihat dengan pandang mata dan tafsir jiwa di kanan dan kiri. Pelbagai sahaja masalah yang melanda. Ada orang ceritanya begini, dan ada orang ceritanya begitu. Tapi pokok pangkalnya, tak ada orang yang lahir ke dunia ini tak akan menghadapi cabaran. Sesenang mana pun seseorang itu, dia pasti akan diduga. Hatta kesenangan itu jua satu dugaan.
Dan dugaan itu Tuhan turunkan kepada hambanya bukan untuk menyakiti atau pun menyeksa. Ia adalah satu petanda bahawa Tuhan sayang kepada kita. Kerana itulah, diberikan sedikit cabaran untuk memberikan peluang kepada kita untuk beroleh ganjaran pahala. Yelah, takkan Tuhan nak beri kita masuk syurga percuma-percuma saja kan?
Anggaplah setiap dugaan itu adalah satu peluang untuk kita menambah saham kita di akhirat. Sama juga sepeti ahli sukan. Kalau tidak pergi banyak pertandingan, pasti akhirnya ranking mereka akan turun.
Tuhan sayang kita. Dia mahu berikan kita peluang demi peluang untuk mendapat ganjaran pahala. Dan percayalah, Tuhan tidak akan menduga hambanya lebih dari apa yang mampu ditanggung oleh mereka. Carilah kekuatan diri. Di situ ada jawapannya.
Wassalam.
3 komentar:
terima kasih atas peringatan itu. sy kadang2 lupa yg ujian itu supaya kita lebih dekat dengan Allah SWT
my mom selalu pesan, ujian boleh datang dalamn dua cara ; kesenangan dan kesusahan, bila datang susah, Allah uji kesabaran, bila datang senang Allah uji nafsu dan iman...
Wallahualam....
Jue; sama-sama.
Kak Liza; Betul tu. Itu juga pernah dipesan oleh ibu saya sendiri.
Catat Ulasan