Subscribe

07 Februari 2011

Anggap Belajar Bagai Bekerja

Hari ini semester dibuka lagi setelah seminggu bercuti-cutian. Itu juga bermakna bahawa musim ujian pertengahan semester bakal menjengah, disusuli dengan tarikh akhir menghantar tugasan. Ditambah dengan beban silibus yang harus dihadami sebelum tampil di medan peperiksaan akhir.

Dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang mahasiswa, kadang-kadang saya selalu menetapkan di dalam hati bahawa bekerja itu harus dianggap bagaikan sebuah pekerjaan. Ya, bukankah tiap kali ketika mengisi borang, di dalam ruang pekerjaan itu ditulis –pelajar/mahasiswa?

Kalau hendak jadi pelajar, jadilah pelajar yang professional. Yang fokus kepada pekerjaannya, atas rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, dan para penaja. Memang, hendak bercakap memang senang. Tetapi, hendak melakukannya itu adalah cabaran yang paling besar.

Itu adalah azam saya untuk baki 2 bulan lagi sebelum peperiksaan. Tak mahu lagi anggap belajar itu sebagai satu bebanan, atau perkara sampingan. Tak mahu lagi ambil mudah bab belajar. Bak kata orang putih, take things for granted. Undang-undang adalah kursus professional, jadi harus jadi pelajar undang-undang yang professional.

Lagi pun, di universiti lah tempat untuk kita melatih diri untuk menyemai sifat professionalisme di dalam diri. Menjadi seorang yang professional bermakna berkemampuan untuk fokus kepada pekerjaan yang diberikan, dan berusaha kerasa untuk memberi yang terbaik, di samping bijak memisahkannya dengan emosi peribadi.

Dalam merealisasikan perkara tersebut, saya akan lakukan :

  • Pukul 9-5 setiap hari bukan sahaja harus diperuntukkan untuk menghadiri kuliah dan tutorial, tetapi juga sesi konsultasi, research, dan menyiapkan tugasan. Tak bermakna jika tiada kelas, petanda untuk bersuka ria. Ada banyak kerja harus dilangsaikan!
  • Waktu malam pula, adalah waktu untuk bertapa di perpustakaan. Ketika inilah boleh diadakan sesi diskusi dengan rakan-rakan berkaitan tugasan, atau sekadar mengulangkaji pelajaran yang telah dipelajari. Juga, menyusun nota-nota yang telah disiapkan pada siang harinya.
  • Tidur dan bangun awal. Ya, saya memang ada masalah hendak tidur awal. Tapi, harus paksa juga diri untuk merehatkan badan. Kalau seminggu sudah dibiasakan, InsyaAllah, pasti akan menjadi senang.
  • Isnin-Jumaat adalah waktu untuk fokus kepada belajar. Jika sepanjang 5 hari ini benar-benar konsisten, izinkan diri untuk berehat dan menikmati hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti yang disukai. Jadikan ia sebagai motivasi. Rancang aktiviti hujung minggu lebih awal supaya tahu apa yang akan tiba di hujung pekerjaan itu.

InsyaAllah, saya boleh lakukan!

0 komentar:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan