Subscribe

04 Februari 2011

Menaiki Eurostar Menuju Paris

 image

Masa untuk kami meninggalkan Kota London. Pagi itu, kami bertolak awal untuk ke stesen keretapi St Pancras International Train Station. Kalau tak silap, keretapi akan bertolak pada pukul 5.25 pagi. Jadi, kami harus ada di sana sekurang-kurangnya sejam sebelum. Sewaktu gambar di atas diambil, jam masih pukul 4.30 pagi. Tetapi, langit sudah terang benderang. Begitulah keadaan sewaktu musim panas. Bayangkan, waktu Isyak pukul 12 tengah malam, dan subuh pula 3 pagi. Kalaulah harus berpuasa di sini waktu musim panas, wah lamanya mengikat perut!

image

Nasib baik, hotel yang kami diami terletak hanya seberang jalan dari stesen keretapi ini. Mula-mula saya sangka agak jauh, mungkin di tengah-tengah bandar. Tiba-tiba Ameer menunjukkan bahawa stesennya hanya di depan jalan. Sangat-sangat dekat. Bangunannya juga sangat gah dengan batu-batuan berwarna coklat.

Menuju ke sana, angin pagi bertiup begitu sejuk sekali. Tetapi, tidaklah sesejuk seperti di musim sejuk. Peliknya, apabila angin berhenti bertiup, keadaan menjadi suam semula. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kalau nak ke London waktu musim panas, tak perlulah pakai tebal-tebal. Sekadar seadanya sudah cukup.

image 

Kami pun melangkah masuk ke dalam Stesen St Pancras ini. Stesen ini adalah pusat kepada keretapi laju Eurostar yang merentasi seluruh benua Eropah. Fungsinya lebih kurang macam Stesen keretapi di Kuala Lumpur, cuma ia hanya merentasi negara dan fasiliti tempat ini bagaikan di lapangan terbang.

Penempahan dibuat lebih awal secara online. Yang senangnya di Eropah ini, adalah semua transaksi boleh dilakukan lebih awal hanya melalui internet. Jadi, kita tak perlu susah payah hendak beratur panjang dan risau dengan kemungkinan tidak mendapat tiket untuk ke destinasi pilihan. Sama ada hotel, pengangkutan, makanan, dan macam-macam lagi boleh didapati secara dalam talian.

image

Begitu juga dengan tren berkelajuan tinggi ini. Ada sebuah mesin check-in berkomputer yang disediakan, dan kami hanya layan diri untuk mengesahkan pendaftaran masuk kami, sebelum melalui pintu pemeriksaan imigresen dan kastam. Benar-benar bagaikan seperti sebuah lapangan terbang.

Ketika kami sudah melepasi pemeriksaan, harus menunggu sebentar sebelum pintu masuk dibuka untuk kami. Waktu itu, sudah ramai orang menunggu untuk menaiki tren yang sama. Saya masih ingat lagi, keadaan agak kelam kabut, kerana ada seorang anak kecil yang terjatuh di eskalator. Terdengar jeritan dan tangisannya. Kasihan pula. Disebabkan itu, eskalator  telah dihentikan dan kami semua harus menaiki tangga secara manual. Tengok muka semua orang sembab saja, muka baru bangun tidur. Haha.

image

Yeah, akhirnya tiba masa untuk menaiki gerabak. Sebelum itu, sempat jugalah ambil gambar untuk tatapan anda semua di sini. Bila lagi nak naik Eurostar, ye tak?

image

Eurostar menyediakan 3 jenis kelas iaitu standard, standard premier, dan business premier.  Kami membeli tiket standard sahaja sudah cukup. Kalau Standard Premier, ia khas untuk mereka yang ingin menikmati perjalanan dengan lebih keselesaan. Ada perkhidmatan pelayan, dan makanan diberi.

Untuk Business Premier pula, lebih eksklusif sebab ada disediakan ruang menunggu (lodge), dan ruang kerja yang sesuai untuk mereka yang sibuk dan perlu bekerja sepanjang perjalanan. Malah, ada juga wifi di atas gerabak!

image

Untuk kami yang naik tiket kelas standard, sama sahaja seperti naik keretapi biasa. Ada sebuah bar-buffet yang disediakan untuk membeli makanan bagi mengisi perut sepanjang perjalanan. Tapi, kami tidak pergi beli pun, sebab tak sempat nak lapar, sudah sampai ke destinasi. Lagi pun, takut-takut pula ada yang tidak halal.

Kami duduk di kerusi yang saling menghadap. Satu lagi tempat diduduki oleh seorang yang berketurunan cina, tapi dia tidur sepanjang perjalanan, jadi tak berpeluang untuk menegur sapa.

Perjalanan menuju ke Paris mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami merentasi Selat Inggeris di dalam perut lautan untuk menuju ke tanah Perancis. Saya fikirkan perjalanannya akan mengambil masa yang lama. Masa di dalam terowong, keadaan memang gelap gelita. Tak sampai sejam lepas tu, tiba-tiba kami sudah sampai ke daratan.

Saya ingatkan kami masih ada di England, sebab kejap sangat perjalanan di dalam terowong. Tapi, lepas tu tiba-tiba saya mendapat mesej di telefon “Welcome To France!”. Sah la memang kami sudah sampai ke Perancis. Rasa macam tak puas lagi masuk terowong tu. Tapi puas hatilah, sebab dapat ke Paris secepat mungkin.

Ini beberapa gambar yang ditangkap selepas masuk ke Perancis.

 image

image

image

Begitulah waktu matahari pertama yang saya lihat di Perancis. Alhamdullillah, sepanjang perjalanana dari London ke Paris tidak melelahkan. Kalau mahu, boleh saja tidur. Tapi, pasti rugilah kalau tidur sebab bukan selalu dapat nikmati pemandangannya. Lagi pun, sekejap sahaja. Perjalanan pun begitu lancar.

image

Lebih kurang pukul 8 pagi, tibalah kami di stesen keretapi di Paris. Waktu di stesen ini kami pun agak pening juga nak cari jalan ke hotel penginapan kami. Tapi, cerita itu kemudian. Akan saya tuliskan dalam bingkisan yang lain.

Selamat berhujung minggu!

2 komentar:

Liza berkata...

this is one of our dream destination, Insyallah, tgh kumpul duit...plan to go in 2012....

Fazli_MFB berkata...

wow very complete your story...so nice....:)

next month i will fly also wit Qatar Aiways to Europe (Paris n London) about 10 days...at least based on your story above can give me the real picture about dis beautiful country...thank so much...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan