Terasa lega sungguh tatkala saya keluar daripada dewan peperiksaan pagi tadi.
Aduhai, kertas terakhir - Usul Al-Fiqh 2 yang saya langsaikan telah menjadi penanda kepada permulaan sebuah percutian yang sangat ditunggu-tunggu! Selesai periksa, saya sempat meluangkan masa bersama Kak Nasriah Abdul Salam dan Cik Sayidah Mu'izzah yang kebetulan juga baru mengusaikan kertas terakhirnya.
Hujan turun dengan selebat-lebatnya. Sungguh sejuk hari ini. Sambil menikmati secawan hot chocolate yang hangat, saya mula berkira-kira akan aktiviti-aktiviti sepanjang cuti semester ini. Cuti yang tidaklah lama mana, lebih kurang 3 minggu, jika dikira daripada hari ini.
Rakan-rakan saya masih ada yang punya kertas yang berbaki. Syukur saya habis periksa awal. Ada beberapa agenda yang ingin saya langsaikan.
Apa aktiviti yang saya mahu buat sepanjang cuti ini? Mari kita buat senarai.

- Menyusun dokumen-dokumen di dalam komputer bimbit saya supaya lebih teratur.
- Melaporkan aktiviti-aktiviti kebudayaan saya yang belum sempat diblogkan.
- Berlatih pantun - mempersiapkan diri untuk Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia
- Menyiapkan kertas-kertas kerja untuk program semester akan datang.
- Mengedit dan menghantar cerpen saya yang sudah lama terbengkalai itu ke majalah.
- Memulakan projek Antologi Puisi UIAM
- Membuat stok karya untuk semester akan datang.
0 komentar:
Catat Ulasan