Acara : Bangsawan Bawang Putih Bawang Merah
Tempat : Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur
Tarikh : 6 November 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur
Tarikh : 6 November 2009
Masa : 8.30 malam
Waktu saya tiba Panggung Bandaraya, orang sangatlah ramai. Maklumlah, pementasan ini diadakan percuma. Diiklankan di akhbar pula tu. Maka, tentulah orang berebut-rebut nak tengok pementasan percuma. Rupa-rupanya warga kota juga masih berminat menonton kesenian sebegini ya!
Cuba lihat atas. sangat ramai orang, sampaikan tak cukup kerusi. Nasib baiklah saya berjaya rebut kerusi walaupun tempatnya agak kebelakang. Tapi panggung ini pun kecil saja. Tidaklah besar mana. Kasihan tengok orang yang tak dapat tempat duduk. Ada yang berdiri sepanjang pementasan berlangsung. Semangat betul!
Maka, persembahan pun bermulalah. Seperti yang anda tahu, 3 watak di atas adalah Mak Kundur, Bawang Merah, dan Bawang Putih. Kalau di Indonesia, watak yang baik adalah Bawang Putih. Di Malaysia pula, Bawang Merah adalah yang baik. Kenapa ya? Terfikir juga saya. Adakah kerana sifat bawang merah itu sendiri yang boleh memedihkan mata diibaratkan dengan wataknya yang sedih dan selalu menangis? Hmmm....
Saya ada terdengar, ada penonton di hadapan saya yang bercakap kepada temannya bahawa kisah Bawang Putih Bawang Merah persisi kepada kisahCinderella . Beliau memberitahu temannya bahawa kisah Cinderalla itu sebenarnya berasal daripada Asia Tenggara dan telah diubah kepada budaya barat. Benarkah begitu? Ada sesiapa yang boleh mengesahkan perkara ini?
Maka, persembahan pun bermulalah. Seperti yang anda tahu, 3 watak di atas adalah Mak Kundur, Bawang Merah, dan Bawang Putih. Kalau di Indonesia, watak yang baik adalah Bawang Putih. Di Malaysia pula, Bawang Merah adalah yang baik. Kenapa ya? Terfikir juga saya. Adakah kerana sifat bawang merah itu sendiri yang boleh memedihkan mata diibaratkan dengan wataknya yang sedih dan selalu menangis? Hmmm....
Saya ada terdengar, ada penonton di hadapan saya yang bercakap kepada temannya bahawa kisah Bawang Putih Bawang Merah persisi kepada kisah
Yang paling istimewa dalam bangsawan ini sudah tentulah kehadiran Musly Ramli yang muncul dalam penampilan istimewa untuk menghiburkan para hadirin dalam selang waktu antara persembahan bangsawan. Kali pertama saya melihat beliau adalah semasa Teater Muzikal P. Ramlee di Istana Budaya. Beliau telah menyanyikan lagu Kisah Rumah Tangga - nyanyian asal P. Ramlee. Persis bak idola agungnya itu.
Ini lagi satu slot yang saya suka. Slot tarian kijang. Sangat unik sekali melihat kanak-kanak tersebut menari mengikut gerakan yang menyamai pergerakan seekor kijang. Oh, selain tarian kijang dan slot Musly Ramlee, bangsawan ini banyak memuatkan lagu daripada filem klasik Bawang Putih Bawang Merah. Contohnya seperti lagu Zapin Bunga Hutan, Telaga Biru, dan banyak lagi. Tak lupa juga beberapa lagu baru yang dicipta khas untuk bangsawan ini.
Kalau sudah namanya bangsawan, tentulah ada babak-babak di istana. Beginilah rupanya set pementasan di istana. Ditonjolkan mengenai kisah perebutan kuasa di antara dua adik beradik putera raja. Di kiri kanan singgahsana adalah orang-orang besar negeri.
Hah, inilah bahagian akhir persembahan ini, apabila keseluruhan pelakon dan kru produksi telah diperkenalkan kepada khalayak. Tahniah diucapkan!
Selepas show, sempat bergambar dengan abang Hisyam dan kawannya. Saya selalu terjumpa dengan Abang Hisyam di acara-acara seni dan budaya. Memang hebat orangnya. Silalah berkunjung ke blognya di sini.
Juga terserempak dengan seorang lagi rakan saya dari UIA. Beliau ini bekas teman sebilik Apiz.
Oh terima kasih juga kepada Ainunl Muaiyanah yang sudi menemani saya menonton bangsawan ini. :)
.
.
.
0 komentar:
Catat Ulasan