Hidup ini serasanya amat pelik. Manusia dipertemukan. Manusia dipisahkan. Kadang-kadang terfikir, mengapa kita harus berpisah, mengapa tidak sahaja pertemuan ini menjadi sesuatu yang kekal abadi?
Perpisahan adakalanya boleh menjadi begitu memeritkan. Ada juga orang yang tidak merasa apa pun. Semua bergantung kepada serapat mana perhubungan tersebut. Lebih rapat dan istimewa, lebih menyeksakanlah lagi perpisahan tersebut.
Satu lagi, perpisahan boleh saja dengan rela atau pun dipaksa. Ia boleh berlaku secara sukarela oleh kedua belah pihak. Boleh juga jadi sebelah pihak rela, sebelah pihak pula terpaksa. Pelik sungguh.
Mujur, kita hanya berpisah dengan manusia. Bukan dengan tuhan.

1 komentar:
sudah menjadi lumrah hidup bahawa manusia bertemu dan berpisah..
walaupun ia menyakitkan,kita tak dapat mengelaknya..
namun pertemuan itu menyedarkan kita betapa pentingnya seseorang itu dalam hidup kita..
menyedarkan kita tentang erti hubungan sesama manusia..
oleh itu,janganlah berputus asa..
Catat Ulasan