Subscribe

09 Mac 2009

Bunyi Gigit

Saya menghormati mantan Perdana Menteri - Tun Dr Mahathir Muhammad. Meskipun beliau yang mengasaskan dasar PPSMI, yang sememangnya saya menentangnya, tetapi beliau tetap berjasa kepada negara. Namun, membaca tulisannya di blog www.chedet.cc, ada satu perenggan yang ingin saya petik, dengan izin :

Dalam bahasa multimedia perkataan "Snippets" sudah diganti dengan "Sound Bites". Snippets terhad kepada media cetak tetapi "Sound Bites" meliputi semua media - cetak, radio dan televisyen. Justeru saya akan guna "Sound Bites" sekarang. Saya tidak akan guna bahasa kebangsaan kerana mungkin ramai tak akan faham "Bunyi Gigit".

Persoalan saya - tepatkah terjemahan tersebut?

Telahkah Tun merujuk kepada pakar-pakar bahasa mengenai penterjemahannya dalan Bahasa Melayu? "Sound Bites" adalah perkataan baharu, tentulah ia masih belum diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Maka, tidak perlulah berlaku begitu sinis terhadap bahasa sendiri.

1 komentar:

firdhaus hassan berkata...

" salam Azree, mantan benar berjasa, saya sendiri berasa sangat terhutang budi atas kebijaksanaan beliau membangunkan negara sehingga bangsa kita dihormati dan dikenali di mata dunia. Berkenaan isu bahasa, menurut Dr M, bahasa Inggeris itu sangat berkuasa dalam menjana pembangunan ilmu pada masa hadapan, ada benarnya namun Dr M silap apabila merendahkan kekuatan bangsa dan bahasa Melayu. Dr M mungkin sangat yakin pelaksanaan PPSMI pasti berjaya namun beliau harus mengerti dengan menjauhkan bangsa Melayu dengan Bahasa Melayu diibaratkan menjauhkan kepala dengan otak kerana ilmu Barat sudahlah ilmu curian daripada Islam, Islam berjaya disebarkan ke seluruh inci alam dengan Bahasa Arab. Kekuatan bahasa ibunda telah menghasilkan ilmuan dan pakar2 Islam di seluruh dunia. Mengapa Melayu mesti tunduk. Dan benar, zaman berubah kerana teknologi Sains dan Matematik. Di UiTM sendiri, kami pelajar tunduk ke atas pemerintah di pihak atasan apabila segala tugasan mesti disiapkan dalam BI. Hakikatnya, ilmu yang kami perolehi tidak sepenuhnya. "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan