Rasa macam baru semalam periksa habis, esok sudah bermula semester yang baru pula. Cuti kali ini sungguh tak terasa. Bagi berlalu pergi begitu sahaja. Sudah ada tanggungjawab yang harus dilangsaikan, perlulah ditunaikan. Begitulah rutin hidup sebagai seorang mahasiswa. Menunggu ketibaan semester baru, sehingga akhirnya tiba waktu untuk bergraduat.
Hari ini bermula satu lagi semester dalam hidup saya sepanjang bergelar pelajar di UIAM. Semalam, ketika saya pergi mendaftar mahallah, ternampak ramai pelajar-pelajar baru sedang mundar-mandir di sana sini.
Tersenyum saya sendiri. Agaknya dahulu pun, tentu saya begitu. Bergerak dalam kumpulan - berbondong-bondong. Saya lihat muka semua masih agak terkejut dengan persekitaran baru. Seronok tengok mereka, mengenangkan waktu-waktu baru masuk. (Macamlah saya ini dah tua sangat!)
Saya ada 3 semester lagi di UIA. Lebih kurang setahun setengah. Harap sangat dapat graduate on time. Kawan-kawan saya yang sebaya, ada yang sudah konvo dan kerja pun. Tak mengapalah, harapnya walaupun saya graduate sedikit lambat, tapi membuahkan hasil yang ranum.
Hari pertama - tentu akan sibuk. Ya, saya harus mulakan langkah pertama ini dengan penuh keyakinan. Saya akan buktikannya, buktikan kepada seluruh dunia.
Meskipun sudah hampir ke garisan penamat, belum terlambat untuk menggerakkan langkah memecut ke mercu kejayaan!
Semester baru, semangat baru!

2 komentar:
Memanglah dah adat student cam tu lah. lepas satu, satu, kadang-kadang ada dua. Hadapilah dengan tenang dab relax, dah nak habis pun. selamat menekuni jambatan ilmu. saya akan mula pada 11 Jan 2009 - satu perjuangan, dah mula pun.
betul tu, tuan. selamat meneruskan perjuangan juga. 11 Januari - tarikh keramat tu!
Catat Ulasan