Subscribe

28 Mei 2010

Projek Bela Ikan

22052010639

Dah lama rasanya tak tulis tentang keluarga saya. Waktu cuti semester lepas, saya ada blog pasal kerenah kucing-kucing saya. Memang seluruh keluarga sangat suka dan sayang kepada kucing. Tapi, saya nak beritahu adik bongsu saya ada satu lagi minat dia – iaitu bela ikan. Projek ini memang antara adik (Ucu) dengan Papa. Sebenarnya, dah lama juga mereka bela ikan ni, tapi tak ada sapa pun heran sebab tak ada yang minat – termasuklah saya!

22052010645

Baik nak beri ikan makan, baik nak bersihkan akuarium, memang itu tanggungjawab Acu seorang sebab dia yang beria-ria benar. Saya sendiri tak pernah ambil peduli. Malah, kadang-kadang saya pun tak sedar di rumah ini ada bela ikan. Hahah. Bela ikan ni antara banyak projek-projek dia yang jadi “rakan kongsi” dengan Papa. Anak kesayangan yang dimanja-manjakan lah kononnya.

Terbaru, ikan yang dah dibela lama tu, dah dibuang. Saya pun tak tahulah dibuang ke mana. Saya pun tak pernah terfikir nak tanya. Tapi, sebabnya si Acu nak cuba bela ikan laut pulak. Hohoho. Itulah sebabnya mungkin dua tiga hari sebelum ni, saya nampak akuarium tu kosong saja, dan ada mesin pelik di situ. Rupanya mesin tu untuk “memasinkan” air akuarium – supaya sesuai dengan habitat ikan laut.

22052010642

Inilah rupa ikan yang baru dibeli Acu tadi. Ikan macam dalam Finding Nemo kan? Beli dua ekor dulu. Kalau beli banyak-banyak, dibuatnya ikan tu tak sesuai dengan persekitaran, habis mati pula semua ikan-ikan tu nanti. Ikan ini pun kecil. Jadi, kalau semua dah okey, baru boleh beli lagi supaya meriah sikit akuarium tu.

 22052010641

Tak ada apa sangat sebenarnya nak cerita mengenai ikan ni. Saja nak tulis entri yang santai sedikit hari ini. Saya tinggalkan kamu dengan serangkap pantun ya. Sapa pandai, sila-silalah beli…

Renang-renang ikan di laut,

lalu ditangkap letak di kolek;

Senang-senang mulut menyebut,

Mengapa bercakap kata tak molek?

9 komentar:

Mr. Asada berkata...

wallaweh! teringin jugak nak bela ikan laut. tapi kat sini takde pulak stok ikan laut..

sekarang hanya bela tropical fish.. best! enjoy jaga ikan.. heee :P

ohmywtf berkata...

aiyo..ikan laut terlalu expensive la to maintain :-(

Lindy berkata...

NEMO!!! :D

Azree Ariffin berkata...

Asada; boleh la kongsi-kongsi pengalaman ye. Ikan apa kamu bela?

Ohmywtf; Betul ke mahal nak jaga? Tadi saya tanya ayah saya, dia cakap biasa je..

Lindy; hey!

Liza berkata...

wow, you have Nemo! Cool!

En iLHAM berkata...

wah, bela Nemo, mantap gila..hahaha
memang susah sikit nak bela ikan laut ni..
tapi dengan kesabaran dan keyakinan
pasti akan berjaya
hehe

Azree Ariffin berkata...

Kak Liza; yeah, cool!

En Ilham; oh susah ya? Saya pun tak pasti. Ni adik saya punya projek. Hahah. Tengoklah nanti hidup ke tak ikan tu. huhu.

Selangan berkata...

Taklah mahal sangat nak bela. yang pentingnya jaga spg air masin.

Ana Rashidah berkata...

Assalam Azree, apa perkembangan projek ikan ni? Akak tengah nak setup akuarium. Baru je amik semalam. Tapi start-up lain tak beli lagi.

Actually kos ikan marin & ikan air tawar +- lebih kurang je. Kos start-up memang ikan marin mahal. Tapi sekali tu je. Kalau ikan air tawar ni nak kena rajin basuh akuarium dan tukar air. Ikan marin tak perlu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan