Subscribe
Memaparkan catatan dengan label Study. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Study. Papar semua catatan

07 Februari 2011

Anggap Belajar Bagai Bekerja

Hari ini semester dibuka lagi setelah seminggu bercuti-cutian. Itu juga bermakna bahawa musim ujian pertengahan semester bakal menjengah, disusuli dengan tarikh akhir menghantar tugasan. Ditambah dengan beban silibus yang harus dihadami sebelum tampil di medan peperiksaan akhir.

Dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang mahasiswa, kadang-kadang saya selalu menetapkan di dalam hati bahawa bekerja itu harus dianggap bagaikan sebuah pekerjaan. Ya, bukankah tiap kali ketika mengisi borang, di dalam ruang pekerjaan itu ditulis –pelajar/mahasiswa?

Kalau hendak jadi pelajar, jadilah pelajar yang professional. Yang fokus kepada pekerjaannya, atas rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, dan para penaja. Memang, hendak bercakap memang senang. Tetapi, hendak melakukannya itu adalah cabaran yang paling besar.

Itu adalah azam saya untuk baki 2 bulan lagi sebelum peperiksaan. Tak mahu lagi anggap belajar itu sebagai satu bebanan, atau perkara sampingan. Tak mahu lagi ambil mudah bab belajar. Bak kata orang putih, take things for granted. Undang-undang adalah kursus professional, jadi harus jadi pelajar undang-undang yang professional.

Lagi pun, di universiti lah tempat untuk kita melatih diri untuk menyemai sifat professionalisme di dalam diri. Menjadi seorang yang professional bermakna berkemampuan untuk fokus kepada pekerjaan yang diberikan, dan berusaha kerasa untuk memberi yang terbaik, di samping bijak memisahkannya dengan emosi peribadi.

Dalam merealisasikan perkara tersebut, saya akan lakukan :

  • Pukul 9-5 setiap hari bukan sahaja harus diperuntukkan untuk menghadiri kuliah dan tutorial, tetapi juga sesi konsultasi, research, dan menyiapkan tugasan. Tak bermakna jika tiada kelas, petanda untuk bersuka ria. Ada banyak kerja harus dilangsaikan!
  • Waktu malam pula, adalah waktu untuk bertapa di perpustakaan. Ketika inilah boleh diadakan sesi diskusi dengan rakan-rakan berkaitan tugasan, atau sekadar mengulangkaji pelajaran yang telah dipelajari. Juga, menyusun nota-nota yang telah disiapkan pada siang harinya.
  • Tidur dan bangun awal. Ya, saya memang ada masalah hendak tidur awal. Tapi, harus paksa juga diri untuk merehatkan badan. Kalau seminggu sudah dibiasakan, InsyaAllah, pasti akan menjadi senang.
  • Isnin-Jumaat adalah waktu untuk fokus kepada belajar. Jika sepanjang 5 hari ini benar-benar konsisten, izinkan diri untuk berehat dan menikmati hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti yang disukai. Jadikan ia sebagai motivasi. Rancang aktiviti hujung minggu lebih awal supaya tahu apa yang akan tiba di hujung pekerjaan itu.

InsyaAllah, saya boleh lakukan!

01 April 2010

Pelajar Pandai vs Pelajar Rajin

Saya perhatikan, ada dua jenis kelompok pelajar yang kebiasaannya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Ia sama ada pelajar itu seorang yang benar-benar pandai, belajar apa pun akan cepat dapat tangkap, atau pun pelajar itu seorang yang rajin. Dalam keadaan-keadaan tertentu, ada juga yang memiliki kedua-duanya. Kalau begitu, memang itulah sebaik-baiknya.

Kemampuan manusia itu berbeza-beza. Ada yang cepat tangkap apa yang dipelajari, ada pula yang sangat lambat untuk memahami, apa lagi untuk mengingati apa yang dipelajari. Ada kawan-kawan saya - sekejap saja belajar dah faham dan ingat. Kadang-kadang kagum sungguh dengan kelebihan mereka ini. Alangkah bagusnya kalau dapat kelebihan seperti itu. Tentu banyak perkara yang boleh dilangsaikan kerana masa yang diperuntukkan untuk belajar akan berkurangan.

Macam saya pula, saya perlu ambil masa untuk mempelajari sesuatu. Ya, saya mengaku. Mungkin kerana saya agak cerewet sikit dari segi belajar. Saya nak semuanya sempurna - dari segi nota, sumber, dan segalanya. Bila ada benda yang tak kena sikit, dah mula tak ada semangat. Mungkin sebab itulah cara saya belajar agak renyah agaknya. Bukan hendak mengatakan ia sesuatu yang tak elok, tapi risau juga sebab nature diri saya yang aktif dalam kegiatan sampingan membuatkan saya perlu mengoptimumkan masa belajar.

Dari segi pembelajaran dalam bidang undang-undang, saya percaya faktor yang mempengaruhi keputusan peperiksaan antara pelajar bukan sahaja kepandaian; tetapi kerajinan dan kekuatan ingatan. Dalam undang-undang, legal research skill itu sangat penting. Dan ia menuntut kesabaran dan kerajinan yang tak berbelah bahagi. Maksudnya, apabila kita diberikan sebuah set masalah undang-undang, kita harus bersedia untuk mengharungi sumber-sumber otoriti undang-undang seperti statute, kes, treaties dan sebagainya, dan berusaha mencari hujah-hujah serta pembuktian untuk menyokong dapatan kita.

Dalam soal ini, kerajinan itu sangat penting. Sama juga dalam peperiksaan. Pelajar rajin mungkin akan ambil masa yang lebih sikit daripada pelajar pandai untuk menguasai sesuatu konsep, tetapi saya percaya ia akan berbaloi juga akhirnya.

Apa pula pendapat anda?
.
.
.

26 Mac 2010

1 Selesai, 4 Menunggu

Petang tadi, saya baru selesai menjawab 1 kertas : Public International Law 2. Habis sudah satu kertas, yang pertama untuk semester ni. Harapnya boleh la lepas. Agak mencabar jugak untuk menjawab soalan dalam subjek ini. Memahami itu satu benda lain, nak mengaplikasi dalam permasalahan juga satu cabaran. Nasib baiklah boleh bawak buku himpunan dokumen-dokumen asas dalam Undang-Undang Antarabangsa yang banyak membantu saya menjawab soalan.

Peperiksaan akhir kali ni, saya kurang yakin. Tak tahu kenapa. Saya rasa macam mengalami breakdown pula kadang-kadang. Bila dah terlalu tension, akhirnya badan ni tak tergerak untuk buat apa-apa. Saya harap sangat dapat lalui 4 lagi kertas akan datang dengan jayanya. Saya perlu lulus semua kertas sem ini untuk memastikan tak ada masalah untuk saya grad dengan jayanya tahun depan.

Masa untuk ulangkaji.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan