Subscribe
Memaparkan catatan dengan label Cameron Highlands. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cameron Highlands. Papar semua catatan

11 April 2010

Cameron Highlands 4 – Boh Tea Centre

Mari dipetik si daun teh,

Di tanah tinggi tumbuhnya subur;

Mari rehatkan badan yang letih,

Ayuhlah pergi bercuti dan libur.

1

Kalau anda ke Cameron Highlands, tak sah lawatan anda kalau tak ke Boh Tea Centre yang terletak di Brinchang. Saya sebenarnya dah beberapa kali ke sana, tapi masih tetap mahu untuk berkunjung ke ladang pokok teh tersebut sebab keindahan pemandangannya. Rasa kalau naik ke atas tu, tak lengkap pula percutian saya.


Kalau yang tak tahu tempat ni di mana, kalau anda pergi ke Brinchang dan melalui Hotel Equatorial, tak jauh lepas tu ada simpang ke kiri yang akan naik ke kawasan ladang Boh. Anda kena hati-hati sikit, sebab takut terlepas. Tapi, insyaAllah tak ada masalah. Ada papan tanda disediakan.

 11042010456

Pemandangan menuju ke Pusat Teh Boh sangatlah menakjubkan. Waktu pertama kali saya pergi ke sana beberapa tahun dahulu, tak terkelip mata melihat sungguh indahnya kehijauan pemandangan di situ. Jalannya agak sempit sedikit, jadi anda kena hati-hati bila nak memandu disebabkan kawasan jalannya agak curam. Kalau ada dua kereta bertembung, kena pandai-pandailah nak beri laluan.

Sepanjang perjalanan, anda akan disambut dengan pokok-pokok teh di kiri kanan anda. Kadang-kadang, anda akan nampak pekerja-pekerja memetik pucuk daun-daun teh itu. Anda boleh kalau nak berhenti dan mengambil gambar di sekitar ladang teh itu, tapi pastikan parkir di tempat yang sesuai. Kalau tak, takut mengganggu kereta hendak masuk-keluar.

 11042010457
Nampak rumah-rumah berwarna hijau itu? Itulah rumah-rumah pekerja ladang teh di sini. Majoritinya kaum India. Tapi saya lihat ada juga sebuah surau disediakan di situ. Tak lupa juga ada sebuah sekolah dibina. Kecil saja sekolahnya, untuk anak-anak para pekerja.

Ketika saya ke sana, waktu menunjukkan pukul 9 pagi. Tapi matahari dah mula memancar terik. Panas juga Cameron Highlands sekarang ni. Kalau waktu dulu saya pergi, saya ingat lagi saya menggigil-gigil juga bila keluar kereta. Tapi sekarang dah lain sikit. Mungkin musim lah agaknya ya?

11042010458  
Bila tiba ke Pusat Teh Boh, anda boleh menjamu selera dengan sebuah kafe yang disediakan di situ. Bolehlah sambil-sambil menikmati angin yang dingin, menjamah hidangan, dan menikmati suasana yang sungguh menenangkan. Makanan di atas tu harganya mahal lah sikit, tapi yang lebih mahal tentulah suasananya kan? Bayangkan menghirup teh segar yang panas sambil bayu sejuk menyapa muka dengan lembut. Oh, kalau nak bulan madu memang romantik.

11042010460

Bangunan kafe di atas sebenarnya tak ada masa saya kali terakhir ke sini. Kali terakhir tu, dalam 3-4 tahun lepas. Lama jugalah tu. Sebelum ni, kafenya kecil saja. Tapi sekarang dah besar dan cantik. Saya dan keluarga sempat juga menikmati minum pagi di sini sambil minum teh dan makan sandwitch dan scones. Hahaha. Terasa macam orang putih pulak. Feeling lah sikit.

11042010463

11042010464

Inilah pemandangan yang boleh anda lihat dari kafe Boh tersebut. Sebenar ada satu lagi ladang teh di Cameron ini iaitu Bharat Plantations yang terletak bawah sikit dari Brinchang. Tapi bezanya, kita tak dapat nak masuk ke dalam ladang teh itu sendiri. Tak seperti ladang Boh ini. Tapi itu seingat saya beberapa tahun dulu. Sekarang tak pasti. Tak perasan masa turun Cameron Highlands.

  11042010466

Selesai menjamu selera, bolehlah pergi ke bahagian pameran yang terletak bersebelahan. Di sini, anda akan dapat tahu lebih lanjut mengenai sejarah penubuhan syarikat Boh ini. Syarikat ini telah diusahakan oleh 4 generasi keluarga Russel yang datang ke Tanah Melayu dan ia masih diteruskan sehingga kini. Menariknya, mereka kini telah menjadi warganegara Malaysia.

Banyak maklumat yang boleh didapati. Malah, ada bilik tayangan video yang menayangkan dokumentari mengenai penanaman teh dan syarikat Boh itu sendiri.

11042010469

Apa yang menariknya di sini, adalah para pelawat dapat melihat sendiri bagaimana daun teh itu diproses daripada sehalai daun, sehinggalah menjadi serbuk-serbuk teh yang kemudiannya akan diuncangkan. Boh menyediakan lawatan ke kilang pemprosesannya di Bukit Palas untuk para pelawat.

 11042010470 11042010471  11042010475

Saya ada ambil gambar penerangan mengenai proses-prosesnya. Jadi kalau anda berminat nak tahu, boleh lah tekan gambar di bawah untuk melihat dengan lebih besar. Antara proses-proses yang terlibat adalah :

1. Melayukan Daun

11042010482

2. Menggelek Daun

11042010477

3. Fermentasi / Pengoksidaan

11042010478

4. Pengoksidaan

11042010479

5. Pengasingan

11042010481

Begitulah kisah saya di Cameron Highlands. It was an enjoyable experience and retreat. Lama tak bercuti bersama keluarga, menyebabkan saya benar-benar menghargai masa ini. InsyaAllah, Cameron Higlands, akan kujejaki lagi tanahmu yang dingin itu, jika punya kesempatan lagi. Ada lagi beberapa cerita di sana, tapi biarlah saja. Nanti penat pula anda nak baca. Lepas ni saya tulis benda lain pula lah ya.

11042010486

Wassalam!

10 April 2010

Cameron Highlands 3





















Cameron Highlands 2

Selepas berehat sekejap di dalam bilik, kami pun pergilah jalan-jalan sebentar di kawasan Tanah Rata. Ayah saya telah membawa kami ke sebuah restoran Cina - Restoran Ferm Nyonya untuk makan tengahari. Restoran ni di kawasan Tanah Rata di bawah sekolah convent tu. Jadi, kami pun makan-makanlah di sana...


Jejaka-jejaka bergambar. Hahah.


Saya memilih untuk makan nasi goreng nenas dan air coklat panas. Nasi goreng dia biasa-biasa sajalah. Tapi air coklat itu sangat sedap. Dapat pulak minum waktu sejuk-sejuk tu. Tapi yang peliknya, saya sorang saja yang pesan air panas. Yang lain semua pesan air sejuk... Cokelah... apalah... pelik betul saya.



Lepas tu, pergi mencari Aiskrim goreng di kawasan berdekatan. Dah lama juga saya tak makan aiskrim goreng. Mengidam nak makan bukan sangat sebab suka tapi dah lupa rasanya macam mana. Gambar atas ini, Farah sedang memesan aiskrim goreng. Tapi yang tak bestnya, perisa aiskrimnya pelik-pelik. Aiskrim mint dan keladi. Hahaha. Telan sajalah. Tengok Aiskrim goreng ni. Sedap kan?

.
.
.

Cameron Highlands 1

Belum sempat saya habis membungkus barang di UIAM, saya harus bergegas balik ke rumah pada malam semalam sebab keluarga saya telah merancang untuk pergi bercuti ke Cameron Highlands. Lama sungguh saya tak ke tanah tinggi itu. Walaupun dengan keadaan masih kalut lagi, saya pun turutkan jugalah. Kesian pula ayah dan ibu saya beria-ria dan bawa saya pergi bercuti. Yalah - saya ini susah sikit nak dibawa bercuti ke mana-mana disebabkan jadual kelas saya yang selalu bertindih dengan waktu cuti sekolah.
.
Malam sebelum bertolak, saya langsung tak boleh tidur. Jam biologi saya masih belum boleh sesuaikan diri lagi lantaran penangan peperiksaan akhir dulu yang telah membuatkan jadual tidur saya betul-betul berubah. Risau juga takut-takut tak larat paginya untuk kemas-kemas barang, sebab saya pun baru balik dari kampus. Pagi tu, saya capai saja apa yang terdaya dan peruk-perukkan di dalam beg. Nak pergi bercuti ni bukan untuk bergaya sangat pun, lebih kepada nak berehat. Lantaklah ye saya pakai apa ya. Dah penat nak fikir.
.
Dalam kereta, saya tidur sepanjang perjalanan. Kiranya top-up tidurlah malam sebelumnya. Adalah juga terjaga sikit-sikit masa melalui jalan yang bengkang-bengkok ke Cameron Highlands kerana merasa pening-pening lalat sikit. Tapi, tetap juga saya terus terbongkang dalam kereta. Sedar-sedar saja, dah sampai hotel.
.
.
Inilahh hotel yang menjadi tempat kami menginap - Iris House Hotel. Hotel biasa je sebenarnya. Tak besar sangat. Bolehlah kalau sekadar nak tidur dengan keluarga. Hotel ini terletak di Brinchang. Kalau dari tepi jalan, anda boleh nampak papan tanda ini :


Dari tingkap atau beranda bilik kami, inilah pemandangan yang boleh kita lihat.


Cameron Highlands sekarang tidaklah sebegitu sejuk seperti waktu dulu-dulu. Saya ingat lagi masa saya pertama kali ke sini sewaktu umur saya 3 tahun. Waktu itu, kami menginap di Heritage. Sungguh sejuk masa tu. Sampai nak keluar pun menggigil-gigil. Sempat juga saya dulu ambil gambar dengan kuda, sebab dulu ada orang yang bawa kuda tu jalan-jalan untuk pelancong naik dan ambil gambar.
.
.
.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan