Belum sempat saya habis membungkus barang di UIAM, saya harus bergegas balik ke rumah pada malam semalam sebab keluarga saya telah merancang untuk pergi bercuti ke Cameron Highlands. Lama sungguh saya tak ke tanah tinggi itu. Walaupun dengan keadaan masih kalut lagi, saya pun turutkan jugalah. Kesian pula ayah dan ibu saya beria-ria dan bawa saya pergi bercuti. Yalah - saya ini susah sikit nak dibawa bercuti ke mana-mana disebabkan jadual kelas saya yang selalu bertindih dengan waktu cuti sekolah.
.
Malam sebelum bertolak, saya langsung tak boleh tidur. Jam biologi saya masih belum boleh sesuaikan diri lagi lantaran penangan peperiksaan akhir dulu yang telah membuatkan jadual tidur saya betul-betul berubah. Risau juga takut-takut tak larat paginya untuk kemas-kemas barang, sebab saya pun baru balik dari kampus. Pagi tu, saya capai saja apa yang terdaya dan peruk-perukkan di dalam beg. Nak pergi bercuti ni bukan untuk bergaya sangat pun, lebih kepada nak berehat. Lantaklah ye saya pakai apa ya. Dah penat nak fikir.
.
Dalam kereta, saya tidur sepanjang perjalanan. Kiranya top-up tidurlah malam sebelumnya. Adalah juga terjaga sikit-sikit masa melalui jalan yang bengkang-bengkok ke Cameron Highlands kerana merasa pening-pening lalat sikit. Tapi, tetap juga saya terus terbongkang dalam kereta. Sedar-sedar saja, dah sampai hotel.
.
.
Inilahh hotel yang menjadi tempat kami menginap - Iris House Hotel. Hotel biasa je sebenarnya. Tak besar sangat. Bolehlah kalau sekadar nak tidur dengan keluarga. Hotel ini terletak di Brinchang. Kalau dari tepi jalan, anda boleh nampak papan tanda ini :
Dari tingkap atau beranda bilik kami, inilah pemandangan yang boleh kita lihat.
Dari tingkap atau beranda bilik kami, inilah pemandangan yang boleh kita lihat.
Cameron Highlands sekarang tidaklah sebegitu sejuk seperti waktu dulu-dulu. Saya ingat lagi masa saya pertama kali ke sini sewaktu umur saya 3 tahun. Waktu itu, kami menginap di Heritage. Sungguh sejuk masa tu. Sampai nak keluar pun menggigil-gigil. Sempat juga saya dulu ambil gambar dengan kuda, sebab dulu ada orang yang bawa kuda tu jalan-jalan untuk pelancong naik dan ambil gambar.
.
.
.
0 komentar:
Catat Ulasan