Hari ni mari kita jenguk-jenguk ke bilik asrama baru saya di UIA. Macam saya ceritakan sebelum ni, setiap tahun pelajar mesti berpindah ke bilik baru sebab polisi universiti berkehendakkan begitu. Iyalah, mungkin sebab nak bagi peluang kepada yang dapat bilik tak berapa nak best sangat tu, boleh la dapat bilik yang lebih baik.
Untuk semester pendek ni, saya pun dah tukar bilik. Tapi, saya memilih blok dan tingkat yang sama juga. Dah selesa dengan tempat yang sedia ada. Dekat dengan kulliyyah dan tingkat 1 pulak tu. Jiran-jiran pun dah kenal. Cuma sayangnya, dari bilik baru ni saya tak boleh perhatikan kereta saya macam saya boleh buat di bilik lama.
Saya pun mendaftarlah bilik hari Isnin lepas. Dari segi bilik, saya tak risau sangat sebab memang saya yang pilih. Cuma dari segi room-mate yang saya agak risau sikit.
To my surprise, saya dapat teman sebilik sekali dengan pelajar dari Afrika! Mula-mula saya buat cool saja. Tapi ada jugalah rasa risau, sebab saya ada sejarah buruk dengan room-mate budak international ni. Faham-fahamlah kan. Terutamanya dalam bab kebersihan dan keselamatan.
Masuk saja bilik, maka bertemulah saya dengan room-mate saya tu. Wah, lagi tinggi dari saya. Pandangan pertama, susuk tubuhnya agak menakutkan jugalah. Tapi, dia keluar dan terus salam saya dan memperkenalkan diri.
Namanya Abdul Rahman. Berasal dari Republik Chad. Beliau masih dalam program bridging dan bakal memasuki Kulliyyah Kejuruteraan selepas ini. Saya lupa pula nak tanya berapa umurnya.
Katanya, dia memang sengaja memilih room-mate Melayu sebab hendak bergaul dengan masyarakat tempatan. Jadi, bila dia tengok senarai bilik, memang dia cari nama yang ada “bin-bin” itu – merujuk kepada nama Melayu Malaysia yang memang akan ada “bin”.
Oklah tu. Saya harap dapatlah ada kami saling bertukar pandangan dan kebudayaan. Saya dapat seorang kawan untuk bercakap Bahasa Inggeris, dan dia pula mungkin boleh belajar Bahasa Melayu daripada saya!
Cukup itu.
Ini saya letakkan gambar-gambar bilik baru saya. Bilik ni saya baru cuci saja. Belum lagi saya punggah barang-barang saya yang banyak tu. Jadi, sebelum keadaan bilik saya menjadi lebih “memalukan”, baiklah saya ambil gambar untuk tatapan anda yang pasti ternanti-nantikan bagaimanalah keadaan bilik Azree Ariffin tu. :p
Bilik-bilik asrama di UIA lebih kurang begini lah. Dalam satu bilik ada 4 compartment.
Katil single. Di bawah tu ada 2 laci untuk letak barang.
Ada kerusi, meja, rak buku, papan notis. Oh, kotak merah tu harta karun saya. :)
Ini pula almari bajunya. Agak kecil sebenarnya untuk gantung kesemua baju-baju saya, tapi bagusnya sebab dapat letak banyak benda dan dikunci.
Sekian!
3 komentar:
Salam....
takpelah azree... nnti lama2 oklah tuh ngn roomate tuh.. maklumlah student2 international ni berbeza ngn student msia.. cara pergaulan pun tak sama..
hope nnti ok yer...
azree,sape yang dok bilik lama ko ek??hehehe...klakar kan??
Nape ada peta pd bantal tu... ha ha ha...
Catat Ulasan