Kepada yang baharu mengetahui, saya kini telah tepat 2 bulan berada di tanah Inggeris. Lebih spesifik di Birmingham. Alhamdulillah, niat untuk berkelana menuntut ilmu di tanah orang akhirnya termakbul jua pada tahun ini.
Sepanjang berada di perantauan, saya pasti berhajat untuk kongsikan pelbagai pengalaman yang dirasai di blog ini buat tatapan semua dan dokumentasi peribadi. Sepatutnya, catatan ini dikongsikan lebih awal, namun 2 bulan pertama ini saya ralit menyesuaikan diri di tempat orang. Alhamdulillah, kini saya telah settle down, dan sedia untuk berkongsi cerita.
Ramai yang bertanya kepada saya, mengapa Birmingham?
Saya pun sukar menjawab dengan tepat persoalan ini. Harus saya kembali kepada kunjungan sebanyak dua kali sebelum ini ke Manchester pada tahun 2010 dan 2011. Jemput baca entri - "Kujejaki Tanah Ratu Di Manchester" dan "Kembali Ke Manchester". Mungkin, niat untuk menyambung pengajian telah mula terbenih sewaktu kunjungan tersebut lagi.
Sepatutnya, saya berangkat sambung pengajian pada 2 tahun lepas, iaitu sebaik sahaja menamatkan Latihan Dalam Kamar (Chambering). Saya menerima 6 tawaran ketika itu dari pelbagai universiti sekitar United Kingdom. Sewaktu itu, saya masih tak pasti samada hendak meneruskan pelajaran dalam bidang undang-undang, atau beralih ke arah perniagaan antarabangsa.
Namun, beberapa hal berlaku ketika itu, yang menyebabkan saya terpaksa menunda hasrat untuk menyambung pengajian. Justeru, saya teruskan langkah di dalam kerjaya selama dua tahun sebelum saat yang sesuai tiba juga, iaitu pada tahun 2015 ini.
Saya sebenarnya telah buat beberapa research dan bacaan berkaitan tempat-tempat untuk menyambung pelajaran. Namun, setiap kali itu pasti saya akan kembali ke laman web Birmingham City University. Hal yang sama juga saya lakukan sewaktu memasang hajat untuk ke Universiti Islam Antarabangsa, ketika pasca SPM lebih kurang 10 tahun lepas.
Ayahanda pernah berseloroh, mungkin hati saya berkenan kepada Birmingham kerana saya pernah nyaris ditinggalkan bas di Birmingham! Ketika kunjungan 2011, saya dan keluarga pernah menaiki bas dari Manchester ke London. Dan salah satu tempat singgahan di pertengahan jalan adalah Birmingham. Yang lucunya, sepanjang jalan memang saya tak tahan hendak ke tandas, sehinggakan bila berhenti di sebuah hentian, saya memecut ke tandas, sampai hampir ditinggalkan bas! (Baca entri penuh di sini)
Berbalik kepada soalan mengapa Birmingham? sebelum ini, mungkin saya dapat simpulan sebabnya seperti berikut :
- Saya dibesarkan dalam persekitaran bandar, oleh itu mungkin saya lebih selesa untuk memilih sebuah bandar juga untuk menjadi tempat bermukim. Birmingham terkenal dengan reputasinya sebagai bandar kedua United Kingdom, selepas London. Berada hampir di setiap kemudahan kotaraya merupakan antara faktor utama.
- Tak mahu Manchester! Haha, anda sendiri tahu bahawa adik saya dahulu belajar di Manchester. Oleh itu, pastinya saya tak mahu menyambung pengajian di tempat sama. Satu pengalaman yang berbeza saya mahukan. Lagi pun, Manchester ada ramai sangat orang Malaysia! :)
- Populasi Muslim di Birmingham sangat ramai. Boleh dikatakan hampir 1/4 daripada keseluruhan populasi di sini adalah orang Islam. Anda boleh lihat masjid berdiri di mana-mana, dan muslimah bertudung juga kelihatan di sana-sini. Dari segi itu, tidak ada masalah untuk mengamalkan Islam di sini. Tidak ada masalah juga untuk mencari makanan halal di sini.
- Birmingham adalah bandar yang aman. Walaupun ia adalah bandar kedua Britain, namun saya mendapati tidak ramai pelancong yang datang ke Birmingham. Pusat bandarnya tidak seriuh London yang padat dengan manusia yang kebanyakannya adalah pelancong asing. Hal ini disebabkan Birmingham tidak mempunyai tarikan yang benar-benar signifikan berbanding tempat-tempat lain di United Kingdom. Populasi Birmingham ramainya adalah penduduk tetap atau pelajar asing. Anda dapat rasai ketenangan di sini.
- Birmingham mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsanya sendiri. Saya tidak perlu turun di Lapangan Terbang Heathrow, London, dan kemudian menaiki bas pula selama 3 jam ke Birmingham. Mudah juga untuk saya menjemput keluarga yang mungkin akan datang bertandang ke sini, selain saya juga boleh naik pesawat terus di Birmingham untuk ke mana-mana.
Sehingga catatan seterusnya!
3 komentar:
Assalamualaikum saudara ku Azree. Setuju dengan pilihan tu. Antara asbab juga saya pilih Wolverhampton sbb dekat dgn Birmingham. Tapi sedikit kecil bandarnya berbanding Birm dan lebih rendah dari segi kos kehidupan.
Rindu pulak suasana sana... Birmingham memang best. Syok jenjalan juga hehee.
Semoga segalanya selamat, lancar dan sukses... aamiin.
All the best!!!... :)
Cool that you chose Birmingham, ok tu sana
Silahkan di kunjungi WWW.MGMCASH88.COM ya kawan-kawan 100% Memuaskan
> Hoki anda ada di sini <
1 USER ID UNTUK SEMUA GAME
Kami memberi bukti bukan Janji
Daftar sekarang juga dan dapatkan bonus menarik dari kami :
-Bonus Depo Bola 50% (New Member)
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Cashback Casino 5%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Depo Tangkas 5%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
PROMO BONUS 5% LIVE CASINO
-SBOBET CASINO
-ION CASINO
-855 CASINO
Info lengkap hubungi live support custumer service 24 jam di :
PIN BBM : 7B2EC260
PIN BBM : D8796C4C
WHATSAAP : +66615620266
LINE : mgmcash88
Catat Ulasan