Subscribe
Memaparkan catatan dengan label Hostel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hostel. Papar semua catatan

30 April 2010

Bilik Baru & Teman Dari Afrika

28042010567

Hari ni mari kita jenguk-jenguk ke bilik asrama baru saya di UIA. Macam saya ceritakan sebelum ni, setiap tahun pelajar mesti berpindah ke bilik baru sebab polisi universiti berkehendakkan begitu. Iyalah, mungkin sebab nak bagi peluang kepada yang dapat bilik tak berapa nak best sangat tu, boleh la dapat bilik yang lebih baik.

Untuk semester pendek ni, saya pun dah tukar bilik. Tapi, saya memilih blok dan tingkat yang sama juga. Dah selesa dengan tempat yang sedia ada. Dekat dengan kulliyyah dan tingkat 1 pulak tu. Jiran-jiran pun dah kenal. Cuma sayangnya, dari bilik baru ni saya tak boleh perhatikan kereta saya macam saya boleh buat di bilik lama.

Saya pun mendaftarlah bilik hari Isnin lepas. Dari segi bilik, saya tak risau sangat sebab memang saya yang pilih. Cuma dari segi room-mate yang saya agak risau sikit.

To my surprise, saya dapat teman sebilik sekali dengan pelajar dari Afrika! Mula-mula saya buat cool saja. Tapi ada jugalah rasa risau, sebab saya ada sejarah buruk dengan room-mate budak international ni. Faham-fahamlah kan. Terutamanya dalam bab kebersihan dan keselamatan.

Masuk saja bilik, maka bertemulah saya dengan room-mate saya tu. Wah, lagi tinggi dari saya. Pandangan pertama, susuk tubuhnya agak menakutkan jugalah. Tapi, dia keluar dan terus salam saya dan memperkenalkan diri.

Namanya Abdul Rahman. Berasal dari Republik Chad. Beliau masih dalam program bridging dan bakal memasuki Kulliyyah Kejuruteraan selepas ini. Saya lupa pula nak tanya berapa umurnya.

Katanya, dia memang sengaja memilih room-mate Melayu sebab hendak bergaul dengan masyarakat tempatan. Jadi, bila dia tengok senarai bilik, memang dia cari nama yang ada “bin-bin” itu – merujuk kepada nama Melayu Malaysia yang memang akan ada “bin”.

Oklah tu. Saya harap dapatlah ada kami saling bertukar pandangan dan kebudayaan. Saya dapat seorang kawan untuk bercakap Bahasa Inggeris, dan dia pula mungkin boleh belajar Bahasa Melayu daripada saya!

Cukup itu.

Ini saya letakkan gambar-gambar bilik baru saya. Bilik ni saya baru cuci saja. Belum lagi saya punggah barang-barang saya yang banyak tu. Jadi, sebelum keadaan bilik saya menjadi lebih “memalukan”, baiklah saya ambil gambar untuk tatapan anda yang pasti ternanti-nantikan bagaimanalah keadaan bilik Azree Ariffin tu. :p

Bilik-bilik asrama di UIA lebih kurang begini lah. Dalam satu bilik ada 4 compartment.

  28042010568

Katil single. Di bawah tu ada 2 laci untuk letak barang.

28042010569

Ada kerusi, meja, rak buku, papan notis. Oh, kotak merah tu harta karun saya. :)

28042010570

Ini pula almari bajunya. Agak kecil sebenarnya untuk gantung kesemua baju-baju saya, tapi bagusnya sebab dapat letak banyak benda dan dikunci.

Sekian!

10 April 2010

Pindah Bilik Lagi

Keadaan di kampus sekarang sudah makin sunyi sepi. Saya anggarkan lebih kurang hampir 70% pelajar telah pulang ke kampung halaman masing-masing setelah berakhirnya examination period pada hari Khamis lepas. Yang tinggal kebanyakannya sekarang adalah pelajar-pelajar antarabangsa yang masih berlegar-legar di kawasan kolej kediaman.
.
Berakhirnya semester 2 setiap tahun, bermaknanya akan bermulalah sebuah proses yang amat saya tak suka - reshuffling. Ini ialah satu polisi yang diamalkan UIAM dalam pengurusan kolej kediaman di sini - yang kami panggil Mahallah. Setiap pelajar dikehendaki untuk mengosongkan bilik masing-masing melalui proses check-out, dan kemudian akan diberikan sebuah bilik baru pada semester kemudiannya.
.
Satu perkara yang amat leceh adalah untuk membungkus barang-barang dan berpindah bilik ke baru. Satu proses yang kadang-kadang saya rasa tak perlu pun dilakukan.
.
Ya, saya tahu. Ada pro dan kontranya. Bilik di Mahallah itu bukanlah milik mutlak pelajar untuk digunakan sesuka hati walaupun ketika waktu cuti semester. Ada ketikanya perlu juga digunakan kemudahan di Mahallah untuk menampung keperluan program-program yang memerlukan penginapan di dalam kampus. Saya faham.
.
Tetapi, proses untuk berpindah bilik semata-mata untuk mematuhi polisi tersebut kadang-kadang menyusahkan pelajar. Tak bolehkah kalau pelajar diberikan pilihan untuk menetap di bilik yang sama sepanjang tempoh pengajian? Hal ini pasti akan menyenangkan kerja banyak pihak. Kalau pelajar tersebut itu sendiri yang nak pindah bilik, biar dia sendiri yang memohon dan berpindah. Tak perlulah nak melibatkan kesemua sekali warga kampus. Saya pasti, tiap semester pasti ada pelajar yang akan menamatkan pengajian. Jadi, tentu ada bilik baru yang dikosongkan.
.
Malah, pre-registration mahallah yang baru dikuatkuasakan semester ini melalui sistem online juga banyak memberikan masalah kepada pelajar. Hasil daripada sistem baru ini, ramai pelajar mengadu tak dapat mendaftar dalam talian kerana masalah teknikal dan sebagainya. Hasilnya, bilik-bilik mereka telah direbut dan didaftarkan bawah nama orang lain. Melalui sistem ini juga, pelajar susah hendak menentukan siapa rakan sebilik mereka. Hal ini kerana, melalui sistem online - ia mengamalkan konsep "siapa cepat dia dapat". Pelajar sepatutnya ada hak untuk memilih rakan sebilik mereka - kerana ia akan mempengaruhi kesejahteraan hidup mereka di dalam kampus.
.
Oleh yang demikian, saya cadangkan saja kepada pihak yang sepatutnya - gunakanlah kembali sistem yang digunakan di Pusat Asasi dahulu. Caranya adalah pelajar akan memberikan senarai nama-nama rakan sebilik mereka, dan terpulanglah kepada pihak Mahallah untuk meletakkan mereka. Tak perlulah pelajar nak pening-pening kepala nak pilih bilik mana mereka mahu. Ia pasti akan menjimatkan masa dan melancarkan proses pendaftaran Mahallah setiap semester.
.
P/s : Belum angkut barang lagi bawa balik rumah. Esok akan bercuti bersama keluarga. Hari Ahad baru balik. InsyaAllah Isnin nanti akan teruskan proses pemunggahan. :)

07 April 2010

Peperiksaan Selesai

Selesai sudah kertas terakhir saya. Nak cakap lega, tidaklah lega sangat. Tadi sewaktu peperiksaan kertas Trust, kali pertama dalam sejarah hidup saya keluar dari dewan peperiksaan lebih awal dari waktu yang sepatutnya. Kebiasaannya, saya akan pastikan saya akan menggunakan waktu peperiksaan itu semaksima mungkin. Kalau 3 jam, 3 jam itulah saya akan duduk dalam dewan peperiksaan - walaupun sudah habis menjawab - atau pun kehabisan idea untuk menjawab. Hahah.

Ramai juga yang keluar awal tadi, kalau nak dibandingkan dengan kertas-kertas lain. Apa-pun, saya harapkan yang terbaik. What is past, is past. Tak boleh nak fikirkan apa yang berlalu. Kita doa saja, itu yang boleh dilakukan, setelah berusaha dengan jayanya.

Sekarang, perkara pertama yang perlu saya fikirkan adalah untuk mengemas barang untuk keluar dari bilik asrama. Ya, satu prosedur yang perlu saya hadapi setiap tahun. Dah lah barang-barang saya punyalah banyak. Memang macam nak pindah rumah rasanya. Maklumlah, dah rumah dekat, tiap kali balik dari rumah, mesti ada barang baru yang bawak ke kampus. Mana tak bilik penuh dengan barang. Jadi, perlu berehat sekarang sebab esok perlu berhempas pulas untuk mengangkut segala harta karun saya balik rumah.

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan