Subscribe

20 Mei 2010

Bercakap Dalam Bahasa Inggeris, Berfikir Dalam Bahasa Melayu

Baru tadi saya selesai membuat pembentangan lisan untuk subjek ‘English for Academic Purposes’. Masa yang diberikan sekitar 10 minit. Saya merupakan pembentang ke 10. Kami dikehendaki untuk membentangkan tajuk term paper kami yang akan dihantar hujung semester ini sekitar dalam 2500 patah perkataan. Sebelum saya membuat pembentangan, saya dapati ada 3 orang rakan sekelas saya yang membuat topik yang hampir sama dengan tajuk saya iaitu berkenaan warisan – tapak warisan, bangunan warisan, dan warisan semulajadi.

Terkejut sungguh saya. Popular juga tajuk ini. Saya sangka tak akan ada yang akan ambil tajuk itu sebagai topik penulisan. Tapi, berbeza dengan mereka, saya menulis berkenaan warisan kebudayaan dari sudut pandang perlindungan undang-undang. Nanti bila berkelapangan, InsyaAllah saya akan menulis berkenaan tajuk ini dengan lebih lanjut.

Melalui pemerhatian saya, setiap kali membuat pembentangan – terutamanya dalam Bahasa Inggeris, ada pelbagai tahap kemampuan berbahasa pelajar-pelajar terutamanya dari kalangan anak Melayu. Kalau yang bagus, akan nampak mereka sangat berkeyakinan dan punya pengisian yang baik. Tetapi bagi mereka yang kurang bagus, kita akan nampak betapa kurang keyakinan diri mereka dan sekaligus akan mempengaruhi pengisian pembentangan mereka.

Apabila bercakap dalam Bahasa Inggeris, tak kiralah sama ada dalam pembentangan atau pun percakapan harian, masalah yang selalu dihadapi oleh orang-orang kita ni adalah masalah mencari perkataan yang sesuai dengan apa yang kita maksudkan. Selalunya, kita akan berfikir dalam Bahasa Melayu dan kemudian akan melalui proses penterjemahan dan kemudian barulah kita akan bercakap menggunakan bahasa Inggeris. Di sini, kita lihat ada 2 proses berlaku iaitu berfikir dan menterjemah.

Sebab itu saya perhatikan ada orang apabila mereka bercakap dalam Bahasa Inggeris, akan mula rasa penat disebabkan minda mereka berfikir dua kali ganda untuk berkomunikasi. Perkara ini boleh terjadi kepada semua, termasuk orang yang fasih berbahasa Inggeris. Saya pun ada kalanya rasa penat dan letih bila perlu gunakan Bahasa Inggeris dalam tempoh yang panjang. Ini bukanlah salah kita. Ini masalah biasa bagi mereka yang menutur bahasa kedua.

Itu apa yang saya nampak masa pembentangan tadi. Ada pembentang yang wajahnya kelihatan sangat ketara mencari terjemahan Bahasa Inggeris untuk apa yang difikirkan. Kasihan saya melihatnya, sebab isi sudah bagus.

Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu melatih diri untuk berfikir dalam Bahasa Inggeris. Saya yakin, dengan latihan yang cukup, semua orang pasti boleh. Antara caranya adalah dengan membaca banyak bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris. Bila membaca, pastikan hati kita juga membaca. Biasakan hati kita dengan Bahasa Inggeris supaya ia tak terkejut bila kita bercakap Bahasa Inggeris.

Kedua, selalu-selalulah membelek kamus dwibahasa.  Saya berpendapat, kita semua mesti melengkapkan diri dengan kemahiran menterjemah kerana kita menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan bahasa pertama. Latih diri untuk menterjemah ungkapan-ungkapan yang selalu kita gunakan supaya semasa bercakap, proses terjemahan itu dapat dipercepatkan.

Malah, lebih bagus kalau anda juga merujuk Kamus Inggeris-Inggeris seperti Kamus Oxford untuk mendapatkan pendefinisian secara lebih tepat. Ia membantu kita untuk terus berfikir dalam Bahasa Inggeris dan memperkayakan kosa kata. [Tambahan oleh Saudara Hafizan Hassan]

Ketiga, bertenang. Apabila bercakap bahasa asing, tak kiralah Bahasa Inggeris atau bahasa apa pun, sentiasalah bertenang, sebab kalau kita kelam kabut, kita tak dapat berfikir dengan betul, dan akhirnya akan jadi huru-hara. Bahasa Inggeris ke mana, Bahasa Melayu juga entah ke mana-mana.

Begitulah lebih kurang cara yang saya fikir untuk mengelakkan masalah ini. Kalau anda ada tambahan, sudilah menulis di ruangan komen. Kalau ada soalan juga, boleh kemukakan. Mungkin kita boleh sama-sama berkongsi pandangan.

Oh, berkenaan pembentangan saya tadi, syukur saya dapat markah penuh! Alhamdullillah. :)

Wassalam!

P/S : Esok saya ada ujian pertengahan semester EAP. Doakan kejayaan saya ya!

9 komentar:

najihah berkata...

saya pelajar undang-undang di IIUM juga..

baru asasi..mengambil CIVIL dan SHARIAH i.Allah.

saya akui saya kurang fasih berbahasa inggeris tapi saya percaya dengan usaha,kita boleh berjaya..

sekarang ni tengah cuba fasihkan bahasa arab saya yg lintang pukang..

:)

Azree Ariffin berkata...

Wahai Tukang Kata,

Semoga maju jaya dalam pelajaran anda. Berkenaan Bahasa Inggeris, tak mengapa. Masih banyak masa untuk pertingkatkan. Kalau ada apa-apa nak ditanya, saya sudi membantu.

Terima kasih sudi berkunjung. :)

Amir Izzat berkata...

Salam..menarik jugak.

Saya seorang pelajar. i can read in english but i can't speak very well. Gugup..when i speak english..its sound like Kelantan stail..in english. You know right? <--cuba-cuba speaking sat.

Apa-apapun,saya akan ikut nasihat Encik Azree..Terima kasih..

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

persekitaran juga mainkan peranan, kalu duk ngan kawan2 yang speaking Alhamdulillah dapat juga speaking english...tapi mentaliti pun mainkan peranan jugak kan...nak speaking kena gelak

Azree Ariffin berkata...

Kepada Amir Izzat,

Jangan risau. Apa yang kamu perlu adalah latihan dan latihan. Abaikan slang tu dulu. Yang penting kamu bina keyakinan berbahasa Inggeris. Lepas tu, kamu betulkan sebutan kamu sikit demi sikit.

Kepada Hawa,

Betul tu. Kita perlu cari kawan untuk berbahasa Inggeris. Baru boleh kita latih kemahiran berbahasa. :)

apeez berkata...

mind to give me some space to share from my point of view.

u did mentioned "selalu-selalulah membelek kamus dwibahasa"

i am strongly recommend to use oxford dictionary. learn how to pronounce from it as well. get the explanation for any uncertain word directly from english-english dictionary.

the same concept apply in bahasa melayu. we are using kamus dewan.

speak and think in english aren't difficult as long as we do have a right attitude and strong will power.

doesn't matter how bad your english is, keep talking in english. initially "manglish" still can be accepted. sooner or later, we will get use of it.

i might be wrong but this is from my own experience.

- apeez -

Azree Ariffin berkata...

Apeez,

Thank you for reminding me. I totally missed out on that point. I'll edit the above post.

Yes, it is important to use English-English Dictionary. It helps you to think further in the language. I am also using Oxford Dictionary for certain words that I'm having trouble with.

However, there is also a need to use bilingual dictionary, as some of the Bahasa Melayu words are hard to be self-translated. Using both would be an excellent combination. Again, I am saying this in the context of the situation illustrated in the blog entry.

Thank you for your comment. I really appreciate it. :)

apeez berkata...

huhuhu... tetiba jadik femes kat blog kamu ini sbb kamu wat link ke blog saya. huhuhuhu

Azree Ariffin berkata...

@���鞙 Apeez, marilah kita sama-sama berfemes-femesan. hahah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan