…Wo hen hao!
Wah mesti ada yang pelik ni kenapa saya tiba-tiba beria-ria cakap Mandarin ni. Sebenarnya, saya baru mula kelas bahasa Mandarin di UIA pada minggu ni. Sebenarnya, dah lama berniat nak belajar bahasa Mandarin ni sebab saya pun tinggal di tempat yang majoritinya komuniti Cina.
Di UIA, tiap semester ada ditawarkan kelas bahasa asing, tetapi bukan bawah UIA. Ia dikendalikan oleh pusat bahasa dari luar yang beroperasi di UIA – khas untuk pelajar-pelajar. Ada banyak juga kelas bahasa yang ditawarkan seperti, Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Perancis, Korea, dan beberapa lagi.
Alang-alang saya tak ada kerja sangat semasa semester pendek ni, saya pun tak berfikir panjang terus sahaja daftar untuk kelas ni. Lepas ni bolehlah saya bertutur bahasa Mandarin dengan kawan-kawan Cina saya kan? Kan kata 1Malaysia? Huhu.
Dalam seminggu ada 2 kali kelas. Saya memilih kelas pada hari Isnin dan Rabu pada pukul 8.15-10malam. Kelas lagi satu pada hari Selasa dan Khamis. Cikgunya ialah seorang Cina Muslim dari negara China yang bernama Ma Jian Jun.
Masa kelas pertama, kami diajar sebutan asas huruf-huruf bahasa Cina dan nombor-nombor. Tersembur-sembur juga air liur pada awalnya sebab tak biasa dengan sebutannya. Tapi lama-lama jadi seronok. Cuma, mungkin akan jadi sedikit mencabar rasanya sebab ini pertama kali saya belajar bahasa tanpa apa-apa pengetahuan asas. Sekurang-kurangnya semasa saya belajar Bahasa Arab dulu, dah familiar dengan tulisan dan sebutannya.
Erm, apa bye-bye dalam Bahasa Mandarin ye?
Oh, zaijian!
7 komentar:
lepas ni boleh ajar kak lyn plak.
hehehe
yg aku tau "bo liao" aje...
Kak Lyn, boleh... no prob!
Tg shaaban, hahah bo liao tuh apa ye?
salam,
macamana kalau saya nak masuk kelas tu...who to contact?
nisa M, setiap semester akan ada gerai dibuka pada minggu pertama dan kedua di HS square untuk pendaftaran kelas ini.:)
Salam 1 Malaysia
Seringkali kita jumpa BUKU ABC sebagai persediaan kanak- kanak untuk mula mengenal huruf. Tp, bagaimana pula halnya dengan persediaan kanak- kanak berbangsa Cina untuk belajar bahasa mereka? [persoalan ini hadir tatkala saya berusaha untuk mendapatkan buku ASAS BAHASA MANDARIN]
Carik buku Han Yu Pin Yin untuk tadika. Juga beli kamus2 bergambar bahasa melayu - bahasa mandarin. akan byk membantu. insyaAllah
Catat Ulasan