Subscribe

19 Mei 2010

Terima Kasih Daun Keladi!

anak

Kenapa pula saya nak ucapkan terima kasih kepada daun keladi ye? Sepatutnya kepada Encik Ben Ashaari lah yang telah sudi menerjah blog saya di sini. Terkejut juga bila tiba-tiba ramai yang meninggalkan jejak di shoutbox saya dan mengatakan mereka dari blog Encik Ben. Sejak blog saya diterjah, ramai juga kawan-kawan baru yang datang berkunjung. Tapi, saya masih menunggu 24 jam dahulu untuk melihat sejauh mana trafik ke blog saya ini naik.

Encik Ben juga telah meletakkan pautan blog saya di blog beliau. Dalam kategori baru – iaitu “Helang”. Wah, menarik tu, sebab saya diasingkan dengan kategori lain iaitu “Merak” dan “Murai”. Apa agaknya maksudnya ya? Dah lah saya seorang saja dalam kategori tu, setakat ini. Nampaknya makin bersemangat saya nak menulis entri di blog lepas ini. Terima kasih, Ben Ashaari!

Juga, terima kasih kepada semua yang telah meninggalkan jejak di shoutbox mahupun di ruangan komen. InsyaAllah saya akan balas kunjungan anda dalam masa terdekat ini.

Wassalam!

4 komentar:

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

tahniah, semoga terus blogging dan berkongsi info..salam dari blogger cahaya kewanitaan

apeez berkata...

nampaknya saudara giat bersama makum.
mungkin ada sesuatu yang boleh kita kongsikan bersama. saya merupakan entiti kecil dalam madum namun masih aktif sehingga hari ini. mungkin bidang kita berbeza tapi kita punya suara yang sama.

Azree Ariffin berkata...

Hawa;
terima kasih. Moga kita sama-sama berblog ke jalan kebenaran...

Apeez;
Saya juga bergiat secara kecil-kecilan sahaja. Tentu sahaja saya amat berminat untuk berkongsi pandangan dengan kamu.

Meskipun saya bergerak di bawah MAKUM, tapi saya megkhusus kepada kegiatan seni bahasa seperti pantun dan deklamasi puisi. Maka, rasa tentu ada sangkut paut juga dengan debat.

Moga boleh berkenalan dengan lebih erat. :)

Syamputra Razali berkata...

suara dalam jiwa yang sama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan