Subscribe

30 November 2010

Jurusan Undang-Undang Selepas SPM (Bahagian 2)

Baiklah, kita sambung berbicara. Kalau sebelum ini saya telah terangkan mengenai subjek-subjek yang harus ditumpukan untuk SPM, kini saya akan bercerita tentang peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM dalam bidang undang-undang di peringkat Pra-Universiti di IPTA.

PRA-UNIVERSITI DI IPTA

Berikut adalah beberapa pilihan yang ada :

1. Asasi Undang-Undang UIAM

iium cfs

Disebabkan saya sendiri dari UIAM, maka tentulah saya akan letakkannya dulu. Program Asasi Undang-Undang UIAM ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dengan pusat pengajiannya di Kampus Nilai, Negeri Sembilan. Tetapi kampus Nilai ini hanya sementara sebelum ia dipindahkan ke kampus baru di Gambang, Pahang.

Ia berdurasi antara 1-2 tahun, bergantung kepada tahap penguasaan bahasa seseorang. Apabila anda mendaftar masuk, anda akan diwajibkan untuk menduduki English Placement Test dan Arabic Placement Test. Ini untuk membolehkan anda ditempatkan di level yang bersesuaian dengan tahap penguasaan bahasa masing-masing.

Jika anda ingin meneruskan pengajian dalam ijazah berkembar undang-undang dan Syari’ah, anda harus menamatkan kesemua 4 tahap Bahasa Arab. Pelajar dari aliran agama digalakkan untuk menyambung pengajian dalam bidang Syari’ah dan peluang ini juga terbuka kepada pelajar aliran lain.

Selain subjek-subjek undang-undang, anda diwajibkan untuk mengambil subjek-subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Pengajian Islam, Halaqah/Fardhu Ain, dan Komputer.

Kelebihan program ini adalah anda akan mendapat tempat secara automatik di UIAM untuk program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, tanpa perlu risau kemungkinan anda tidak berjaya mendapat tawaran. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan yang terkini.

Maklumat lanjut : http://www.iiu.edu.my/asasi/

2. Asasi Undang-Undang KPTM

Kursus ini dikendalikan di UiTM Shah Alam, dengan jangka masa selama 1 tahun. Meskipun tempatnya di UiTM, tetapi para pelajar tidak semestinya akan mendapat tempat secara automatik di UiTM, atau dalam bidang undang-undang sekali pun. Konsepnya sama seperti di Matrikulasi  KPM kerana apabila tamat pengajian, anda harus memohon sekali lagi untuk mendapat tempat di IPTA.

Lulusan Asasi Undang-Undang KPTM berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di kesemua IPTA (kecuali UIAM) yakni : UM, UiTM, UKM dan UUM. Bagaimanapun, tidak ada jaminan untuk mereka mendapat kursus Undang-Undang juga. Melalui pengalaman saya, ada rakan-rakan saya yang mendapat kursus seperti Perhubungan Antarabangsa dan Komunikasi Massa selesai mengikuti program ini.

Maklumat lanjut : http://law.uitm.edu.my/programmes/pre-degree/49-asasi-programmes/50-pi007-asasi-law-programme-mohe.html

3. Asasi Undang-Undang UiTM

Seperti mana program Asasi Undang-Undang KPTM, keduanya ada sedikit persamaan kerana dikendalikan di UiTM. Secara umumnya, program ini dikendalikan di UiTM Merbok, Kedah – untuk jangkamasa selama 1 1/2 tahun. Bagaimanapun, bagi pelajar yang cemerlang, ada kemungkinan mereka ditawarkan program fast-track di Shah Alam yang berdurasi 1 tahun – bergantung kepada tempat dan kekosongan.

Untuk terus melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang, pelajar harus mendapatkan sekurang-kurang CGPA 3.0. Jika tidak, mereka harus memohon sekali lagi untuk menyertai kursus-kursus di fakulti lain – dan risikonya, mereka harus bersaing dengan pelajar dari peringkat STPM dan Matrikulasi.

Maklumat lanjut : http://law.uitm.edu.my/programmes/pre-degree/49-asasi-programmes/49-pi005-asasi-law-programme-uitm.html

********

Di bahagian ke-3, saya akan sambung pula dengan peluang di peringkat Pra-Universiti di IPTS dan di lain-lain tempat. Jika ada soalan, cadangan, dan komen, ayuh jangan segan silu untuk kemukakannya di ruangan komen.

Wassalam.

23 komentar:

student berkata...

Kepada yang meminat bidang undang-undang, entry ini pasti besar manfaatnya..:)

P/s: Salam... Tuan Azree anda di-Tag.Dengan segala hormatnya dipersilakan ke http://www.cetusan-student.com/2010/12/dari-berjalan-kepada-berlarian.html

Zaid Rahman berkata...

Salam.
I must say most of your post are interesting to read. No kidding. I just keep on reading, reading, and reading. Hehe. Owh, what a coincidence, i also from smkbu. im your junior btw. ((:

Azree Ariffin berkata...

Student; terima kasih banyak-banyak. Maaf saya belum berkesempatan membalas kunjungan. Akan saya susuli segera.

Zaid; Oh thank you very much. It's great to have readers from my ex-school. What year did you graduated?

Nazrin Zakaria berkata...

Saya nak tanya....masa belajar bahasa arab kat asasi undang-undang UIAM susah tak? Atau hanya belajar basic?

Azree Ariffin berkata...

Nazrin; Berbeza dengan tanggapan umum, belajar Bahasa Arab di Pusat Asasi tidaklah susah. Tahapnya bergantung kepada jurusan kamu. Umumnya, apa yang kamu belajar itu basic sahaja. Kecuali jika kamu dalam bidang Pengajian Islam, Bahasa Arab, atau Undang-Undang Syariah.

Nanti saya akan tulis entri yang lebih detail tentang perkara ini.


Wassalam!

Airil Aisyah berkata...

nak tnyer la..pening pale...Sy STPM 3.33(sejarah and Geo A)spm(sejarah and Geo A)..muet 3..lau mntak undg2 dapt x???

Tanpa Nama berkata...

awak pelajar undang2?
hmm, boleh saya tanyakan sesuatu,
kalau tingkatan 6 masih berpeluang melanjutkan perlajaran dalam bidang perundangan kan, awak tahu tak subjek apa yang menjerumus ke arah tu,
maksud saya kena ambil geografi juga ke?
kerana sekarang saya ambil sejarah ,dan perniagaan , dan juga bahasa melayu,
tapi saya tak minat perniagaan, saya nak drop dan ambil geografi, awak rasa subjek2 ni boleh ke ke jurusan perundangan?
harap awak reply di email saya
datindba@yahoo.com
saya tunggu ye

Azree Ariffin berkata...

Airil Aisyah;

Saya tak pasti berkenaan itu. Tapi untung sabut, insyaAllah timbul....

Adibah Mazlan;

Ya, STPM juga salah satu jalan untuk masuk jurusan perundangan. Dari segi subjek, semua subjek itu tak ada masalah. Saya ada kawan ambil geografi semasa STPM, dan dapat buat undang-undang di UIA. :)

KhairZahir berkata...

saya calon spm 2011,saya bdk science
tapi saya minat law,adakah saya perlu mendapat A+ utk sbjk spt BM,BI dan Sej ataupun sekadar kredit?klaw saya dpt sej A+ dan bm,bi kredit dan sbjk add math,fizik dan kimia saya failed adakah saya masih boleh apply law?dan adakah saya akan sukar dipilih kerana saya bdk science?minx pendapat,Tq

akhry_1225 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
yana berkata...

salam abang, saya cuma nak tanya adakah untuk melanjutkan pengajian ke ijazah sarjana muda melalui asasi uaim memerlukan band4 dalam muet sepertimana yang telah disyaratkan oleh uni2 yang lain??

Unknown berkata...

salam. saya berasal dari aliran sains. tapi saya tidak yakin jika saya cuma tumpukan aliran sains, akan membawa kepada subjek yang menjadi tumpuan undang-undang akan mendapat A/A+. sekarang, kalau saya drop aliran sains, saya cuma menambah subjek sains, pendidikan seni visual dan tasawwur.masih layakkah saya untuk mengambil jurusan undang-undang walaupun perdangan/ ekonomi asas saya tidak ambil? sekarang tgh pening sgt. minat yang mendalam dengan undang-undang, takut tersalah pilih jalan masa spm akan bawa kpd kesusahan. harap penjelasan dari encik :)

asya berkata...

salam.
saya nak tanya pendapat encik.undang2 di uitm ok tak?undang2 di uitm dalam bahasa inggeris ke?adakah skop pmbelajaran undang2 susah?

Unknown berkata...

Assalamualaikum ... Saya Syafira, Tahun Nie (2014) Saya Akan Hadapi Peperiksaan SPM .. Saya Minat Jurusan Perundangan, Tapi Saya Aliran Kelas Perdagangan & Pend.Seni Visual .. Boleh Ke Saya Masuk Jurusan Perundangan, Kalau Saya Aliran Kelas Perdagangan .. ??


P/S: Tolong Reply Di Email Google Saya --> leekwangmin97@gmail.com ..

Unknown berkata...

Salam..saya nak tanye dlm kos law nie adekah dye pntingkan bi ? Adekah bi kena A dlm spm ?

Unknown berkata...

Assalamulaikum. Untuk makluman saya baru sahaja menamatkan pengajian ijazah sarjana muda syariah di sebuah ipts. Setelah sekian lama saya belajar dalam bidang syariah, baru datang minat saya untuk menceburi bidang perundangan. Saya ingin meminta pandangan dan pendapat saudara admin, adakah patut jika saya meneruskan pengajian dalam undang2 sivil (LLB selama 9 bln shaja) pula bagi melayakkan bekerja dalam sektor perundangan (bekerja di mahkamah atau firma guaman) atau ijazah sarjana muda syariah yang ada sudah memadai tanpa perlu mengambil LLB?

Unknown berkata...

salam....sya mendapat bm at bi a- sjat piat bioa- m3b fzkc kmic addmathe....jd sya layak x utk asasi udg2 di uia please reply...ineed your help

Dzul berkata...

Assalamualaikum... nak tanya bro... ok tak ijazah jurisprudence kat UM ni? Ptptn taja tak pinjaman utk kos ni? Ble explain skit pasal jurisprudence UM ni? Harap bro dapat reply sy kat email. Abbuubaida16@gmail.com

Dzul berkata...

Assalamualaikum... nak tanya bro... ok tak ijazah jurisprudence kat UM ni? Ptptn taja tak pinjaman utk kos ni? Ble explain skit pasal jurisprudence UM ni? Harap bro dapat reply sy kat email. Abbuubaida16@gmail.com

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Salam. Saya calon spm tahun ni. Saya nak ambil undang2 syariah tapi saya lemah arab.kalau nak ambil undang2 syariah arab dia basic je atau pembelajaran tu arab sepenuhnya?

Unknown berkata...

Doakan saya masuk asasi undang undang next year

min79 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan