Subscribe

Perkhidmatan Pengacaraan Majlis Perkahwinan

30 Julai 2009

Perlawanan Pantun : Azree vs Ika


Azree:
Manisnya muka senyum terukir,
Hiasan wajah puteri kenyalang,
Pertandingan akhir semakin hampir,
Yakinkah tuan, bolehkah menang?

Ika:
Gadis minang manis disanding,
Mempelai dibawa ke tengah laman,
Kalah dan menang adat bertanding,
Cuma pengalaman jadi idaman.

Ika:
Pergi berjalan ke rumah Nyonya,
Jalannya jauh melalui titi,
Hajat di hati dah lama nak Tanya,
Siapa gerangan pemilik hati?

Azree:
Pergi berjalan ke rumah nyonya,
Sambil berjalan nampak kedidi,
Hamba di sini belum berpunya,
Adik di sana, apakah sudi?

Ika:
Pergi ke kebun mencari keladi,
Keladi dibungkus dengan kain,
Bukannya adinda tiada sudi,
Hati dimilik orang yang lain.

Azree:
Turun ke laman memakai kain,
Berkain batik melenggang tari,
Siapa gerangan orang yang lain,
Bawa ke sini, tunjukkan diri!


[Hakcipta Azree Ariffin & Nur Syafiqah Mohd Gawus]

HS Café, UIAM
30 Julai 2009

7 komentar:

Ahada Aihara berkata...

azree,
ni pantun nk menyunting bunga di taman ke?
or sudah pun berjaya menyunting bunga itu...
=)

Azree Ariffin berkata...

kak ahada, takdelah saja bermain pantun-pantun dengan ika. Ika tu rakan seperjuangan saya dalam team pantun UIA. :)

CarutPelbagaiKaedah berkata...

Azree:
Turun ke laman memakai kain,
Berkain batik melenggang tari,
Siapa gerangan orang yang lain,
Bawa ke sini, tunjukkan diri!

jawab den:
santak petang anak berlari
dari gurun kehujung padang
sudah datang hamba kemari
(ayoh!)bawalah turun keris pedang

Ika:
Pergi ke kebun mencari keladi,
Keladi dibungkus dengan kain,
Bukannya adinda tiada sudi,
Hati dimilik orang yang lain.'

jawab den:
cantik melati hiasan berkarang
ole ole dari mentua
sungguhpun hati dimilik orang
kasih boleh dikongsi dua

CarutPelbagaiKaedah berkata...

chop: ada pertandingan ker?

fami berkata...

Azree:
Turun ke laman memakai kain,
Berkain batik melenggang tari,
Siapa gerangan orang yang lain,
Bawa ke sini, tunjukkan diri!

jawab:

turun ke laman memakai kain,
kain datang dari Kenya,
andai gerangan orang yang lain,
mustahil nian hamba orangnya~

Ika:
Pergi ke kebun mencari keladi,
Keladi dibungkus dengan kain,
Bukannya adinda tiada sudi,
Hati dimilik orang yang lain.'

jawab:
Keladi dibungkus dengan kain,
dibilas dulu si garam bukit,
hati dimilik orang yang lain,
maaf dihulur andai hatimu sakit.

:P

p/s: skill pantun beginner, so, takleh nak pantun hebat sgt. :D

Regards, Fahmi

PENA CELORENG berkata...

Azree, ini bukan lawan pantun. Ini kes serius. Lawan mengusik. Saya pun masa sekolah masuk juga tim pantun tapi selepas format diubah, saya jadi hilang minat. Dulu, kita kena buat pantun secara spontan tapi sekarang dengan format baru soalan pantun dari tim lawan di bagi lebih awal. Kita cuma berlakun yang lebihh. Pantun kat UIA cam tu juga ke?

Azree Ariffin berkata...

Tuan Radzi,

Ini memang bukan lawan pantun. Saja saya tulis tajuk begitu. Kalau Pesta Pantun sekarang ini, formatnya pantun jual akan disediakan terlebih dahulu, manakala pantun beli akan dicipta secara spontan. Tema akan diberi terlebih awal oleh pihak penganjur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan