Subscribe

29 Mei 2009

Sajak Daripada Abang

SAJAK DARIPADA ABANG
(Buat adik-adikku)

Kejutkan abang, dik
masuklah ke dalam mimpiku,
tarik abang ke ruang yang teguh
sebelum abang tak mampu kembali.

Adik, bukan tak pernah
abang hadir menjengah jiwa kalian
kunjunganku semakin lama
tidak kau terima.

Biarlah di sini
abang cairkan kekerasan hati
dituangkan ke cangkir kasih kita.

Azree Ariffin
The Place, Damansara Perdana
29 Mei 2009

3 komentar:

D'Rimba berkata...

Bersajak nampak abang? Huhuhu........

PeNaMeLaYu berkata...

salam... nk mntak komen awk dari sajak ni leh?
LIHATLAH....

Guruku,
mengapa kau pergi tanpa sempatku pohon ampun?
mengapa kau pergi tanpa sebarang kata?
mengapa kau tinggalkan aku sendiri??
mengapa? mengapa? mengapa?

guruku,
aku kesal.. aku kesal.. aku kesal!
walau beribu kali ku sakitimu,
walau beribu kali air matamu kutitiskan,
walau beribu kali hatimu kuguriskan
namun,
segala kesakitan dan kepedihan itu kau telan den penuh tabah,
kau luah dengan senyuman.
guruku,
lihat saja rakan-rakanku
ada yang menjadi samseng jalanan,
ada yg mnjadi penagih, perompak dan segala durjana
jika bukan kerana kau menahan aku tika ku melompat tembok,
jikan bukan kerana kau menjaminku tika ku ditahan polis,
jika bukan kerana kau membangkitkan aku tika ku tersungkur..
tidak mungkin aku menggenggam ijazah ini..
tidak mungkin penuh ilmu di dada ini
guruku,
lihatlah aku..lihatlah aku.. lihatlah aku!
anak muridmu ini yang telah kau kutip,
lantas kau bentuk menjadi manusia,
kini aku dah berjaya,
dah berjaya!
lihatlah!..lihatlah!

by Siti Suhaila,
education student(math), UKM

PeNaMeLaYu berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan