Subscribe

05 September 2010

The National Gallery, London

 image

Yaaa. Setelah kita berjalan-jalan keliling kota London, sekarang tibalah ke perhentian pertama kita iaitu The National Gallery! Sebenarnya, bila saya fikir balik, kenapalah saya turun di tempat ni, kami bukan peminat lukisan pun, tetapi tak apalah, buat syarat dan boleh bergambar!

Keadaan pagi itu sudah semakin panas. Cuba perhatikan, saya seorang sahaja yang beria pakai jaket. Orang lain pakai nipis-nipis sahaja. Mentang-mentang baru pertama kali, jadi ingatkan sejuk benarlah London tu. Padahal makin tengahari, semakin panas.

Marilah kita saksikan sejauh mana manusia di atas ini mampu bertahan ya pakai baju tebal-tebal di bawah terik mentari! :D

image

Bercakap mengenai National Gallery ini, ia lebih kurang Balai Seni Lukis Negara di Malaysia. Di sanalah mereka menempatkan segala lukisan-lukisan terkenal dari zaman dahulu, yang memaparkan imej-imej gambaran masa lampau. Begitu mereka merekodkan sejarah. Sesungguhnya seni dan sejarah memang tak dapat dipisahkan.

Kemasukan ke dalam National Gallery ini adalah percuma. Ada beberapa buah muzium awam di London ini yang memang dibuka secara percuma kepada orang awam dengan tujuan bahawa warisan bersejarah yang terpamer di dalamnya adalah hak semua untuk menikmatinya.

image

Sementara manusia di atas sibuk bergambar di hadapan bangunan ini, mari saya ceritakan sedikit mengenai tempat ini. The National Gallery dibuka pada tahun 1824 dan menempatkan hampir 2300 lukisan yang usianya ada yang menjangkau ratusan tahun.

Bagi saya yang jarang melihat lukisan, di dalamnya memang ada lukisan yang sangat-sangat cantik yang saya tak pernah lihat sebelum ini. Memang terpesona dengan kehalusan kerja tangan mereka melukis dan mewarnai sebuah lukisan sehingga kelihatan seperti yang benar.

Saya tak dapat nak ambil gambar di dalam, kerana dilarang mengambil gambar di dalam galeri. Di dalamnya, memang ada lukisan memanjang. Tapi, kami hanya melihat-lihat di tingkat satu sahaja, sebagai melengkap syarat kami sudah ke sini. Cantik, memang cantik. Tapi banyak lagi tempat kami mahu pergi.

Kalau anda minat seni, bolehlah pergi sini. Tapi, kalau tidak, datang sekadar bergambar dan anda boleh teruskan perjalanan anda. Apa-pun, alang-alang dan percuma, masuklah sekejap. Tak perlu bayar pun. :)

image

0 komentar:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan