Subscribe

03 Januari 2009

CATATAN YANG PERLU DITULIS

Entri ini saya perlu tulis walau macam mana pun. Saya perlu juga memperuntukkan sedikit masa untuk mengukir perkataan di blog yang semakin bersawang ini dek kesibukan yang menghimpit. Melihat kepada penglibatan saya yang semakin aktif di dalam aktiviti MPR, Poetry Club, dan sering juga "menyibuk" di beberapa kegiatan sastera, saya menjadi semakin resah dan gelisah.
Saya melihat semakin ramai adik-adik yang makin ralit mengasah pena masing-masing sehingga ada yang saya nampak begitu tajam dan bertinta penuh pesona. Alhamdullillah, saya kagum melihat mereka. Ditambah pula, dengan kawan-kawan segenerasi dengan MPR yang kini semakin menempa nama dalam bidang kesusasteraan. Mereka menulis, menulis, menulis! Ya, saya risau kerana pena yang saya genggam ini, tintanya semakin kering dan kuku pula saya memegangnya.
Tidak dinafikan, saya amat menyayangi dunia persuratan ini. Namun, dengan hanya menyumbang sebagai penggerak aktiviti sahaja saya tidak begitu merasai kepuasan. Saya perlu kembali menyengat dalam berkarya. Benar kata Abang Shamsuddin Othman, tidak perlu terlalu banyak berkarya dan tersiar di sana-sini, tetapi pastikan setiap karya tersebut membawa kesan dan impak yang besar kepada penulis.
Saya kini berada dalam dua dunia. Perundangan. Penulisan. Perundangan. Penulisan. Terkadang terasa begitu risau apakah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran? Doakan tidak! Semester ini saya mengambil agak banyak subjek berbanding sebelumnya. Semester ini juga saya sibuk dengan program-program yaang dirancang sama ada untuk Kelab Alumni MPR dan IIUM Poetry Club. Banyak kerja dan tanggungjawab. Itu semua menuntut banyak pengorbanan. Untuk berjaya memang kena banyak berkorban. Tapi berkorban apa? Berkorban pelajaran? Oh tidak sama sekali. Itu adalah masa depan.
Merenung kembali perjalanan yang saya pilih ini, hidup harus terus kuat. Semangan untuk sentiasa melangkah ke depan itu harus ada. Saya perlu yakin bahawa saya ada kekuatan tersebut.
.
.
.

1 komentar:

Ahada Aihara berkata...

Azree,
Knowing for the past years inysaAllah you can done all the task...
Don't worry so much because every good deeds will get the rewards...
Lama tak sembang dengan Azree...
Good luck untuk semua Law Papers ya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan