Subscribe

26 Jun 2010

Mencari Romantismu, Paris

IMG_1673

Saya putuskan untuk tangguhkan dulu menulis entri yang terperinci untuk Kembara Eropah 2010. Menulis entri yang panjang dan terperinci dengan gambar-gambar yang harus disusun dengan teliti telah mengambil banyak masa yang sepatutnya digunakan untuk merehatkan diri sebelum memulakan penjelajahan.

Jadi, segala entri yang lengkap akan hanya saya buat apabila tiba di Malaysia. Sehingga itu, saya akan letak satu gambar dahulu dengan tulisan yang ringkas untuk menceritakan ringkasan pengalaman – sementara ia masih segar dalam ingatan.

Kini saya telah tiba di Paris, Perancis. Perjalanan dari London ke Paris menaiki keretapi laju Eurostar hanya mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam. Sangat sekejap sebenarnya andai hendak dilihat jauhnya kedua-dua tempat.

Keretapi tersebut masuk ke dalam perut lautan untuk melintasi ke seberang menuju bumi Perancis. Tersangatlah laju, sampaikan saya tak perasan yang kami sebenarnya dah melepasi laluan bawah laut. Sedar-sedar saja, saya dapat SMS menyatakan pakej roaming di Perancis.

Di Paris, situasinya berbeza dengan di London. Kali ini, cabarannya adalah bahasa perantaraan iaitu Bahasa Perancis. Malah, kebanyakan nama tempat di sini agak  sukar untuk saya dengan yakin menyebutnya, sebab takut tersalah sebut! Tapi, alhamdullillah masalah itu tidaklah besar sangat sebab ramai juga di sini yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Sewaktu tiba, kami sampai terlebih awal dari waktu yang dijangka, dan masih belum  boleh mendaftar masuk di hotel. Jadi, kami putuskan untuk membeli tiket bas Hop On Hop Off dahulu yang mana hentiannya ada berdekatan Menara Eiffel. Alang-alang, boleh terus melihat keajaiban dunia itu!

Di Paris ini, saya mencari di mana romantisnya yang menyebabkan ia telah diberi gelaran sedemikian rupa. Apakah pada senibinanya, atau orang-orangnya yang memang romantik? Apa sebenarnya rahsia yang menjadikan kota ini sebegitu masyhur?

Paris, tunjukkan aku di mana romantismu, mungkinkah akan terbuka kembali sebuah jiwa nan puitis?

Kau adalah saksinya.

25 Jun 2010

Bertemu Bintang Di Madame Tussauds ( Bahagian 1 )

IMG_1001Di London, antara tempat yang sangat terkenal di kalangan pelancong sudah pastilah Madame Tussauds. Muzium ini menempatkan patung-patung lilin yang menyerupai selebriti-selebriti terkenal dari seluruh dunia. Di sini, kita dapat bertentang mata dengan para pemimpin dunia, beramah mesra dengan artis-artis hollywood, dan berkenalan dengan jaguh sukan peringkat dunia.

Entri ini akan jadi panjang, sebab dipenuhi dengan gambar-gambar rentetan pertemuan tersebut. Jadi, ayuh kita mulakan temujanji kita, ya?          IMG_1016

Harus beli tiket dahulu sebelum masuk.

IMG_1017

Masuk saja, kita akan disambut oleh para jurugambar, bagaikan berada di atas permaidani merah!

IMG_1020

Hentian pertama, ayuh kita ke parti selebriti A-list!

IMG_1025

Mula-mula jumpa dengan Morgan Freeman.

IMG_1026

Giliran untuk Mel Gibson. Oh tinggi juga dia. Atau saya yang rendah? Haha.

IMG_1034

Justin Timberlake.

IMG_1043

David & Victoria Beckham.

IMG_1049

Brad Pit. Siapa lebih kacak? Haha.

IMG_1052

Hah yang ini jangan cemburu. Dengan Julia Roberts!

IMG_1060

Tom Cruise.

IMG_1066

Nicole Kidman.

IMG_1071

Lagi gambar. Dalam ni, cuma kenal Will Smith. Yang Mat Salleh sebelah tu tak ingat pula. Cuba teka?

[Bermula dari sini, saya akan tampal gambar dulu. Komentar akan dibuat kemudian.]

IMG_1072

IMG_1073

IMG_1089

IMG_1092

IMG_1097

IMG_1102

IMG_1106

IMG_1109

IMG_1112

IMG_1116

IMG_1119

IMG_1120

 IMG_1123

IMG_1130

IMG_1133

IMG_1137

IMG_1144

Baiklah, sampai di sini dulu perkhabaran saya. Entri ini sebenarnya belum siap. Sekadar saya muatnaikkan gambar-gambar dahulu, sebelum saya tulis komentarnya dengan lebih terperinci.

Oh, ini cuma bahagian I. Ada lagi sambungannya. :)

24 Jun 2010

Kujejaki Tanah Ratu Di Manchester

Manchester – bumi yang pertama kali saya injak di tanah ratu ini. Alhamdullillah, perjalanan menaiki pesawat Qatar Airways selama hampir 17 jam dari Kuala Lumpur ke Doha, dan kemudiannya terus ke Manchester berjalan lancar tanpa sebarang halangan yang menduga. KIsah-kisah perjalanan dalam pesawat itu saya undurkan dulu ke belakang ya. Nanti nak balik Malaysia juga akan naik pesawat yang sama, jadi baik saya dahulukan cerita di tanah ratu ini.IMG_0324

Sampai di Manchester lebih kurang tengahari waktu tempatan. Cuaca agak elok, dari tingkap pesawat, saya menjatuhkan pandangan pertama saya ke dada kota ini. Sampai juga akhirnya ke United Kingdom ini, bisik hati sendirian. Saya melihat tidak banyak bangunan-bangunan tinggi. Terlihat warna-warnanya hampir sama antara satu dengan yang lain. Buatan bangunan daripada batu-bata. Dari atas awan saya sudah dapat mengesaninya.  IMG_0326Di lapangan terbang Manchester, adik saya – Ameer dah sedia menunggu. Wah, dah lama sungguh tak jumpa dia. Hampir setengah tahun. Bagi yang tak tahu, adik saya seorang ini sedang melanjutkan pelajaran di University of Salford, yang letaknya di tengah bandar Manchester. Dia ambil bidang Jurukur Bahan, sama macam Papa.

Bersatulah kembali kami tiga beranak, sebelum memulakan pengembaraan ini. Mula-mula saya ingatkan akan mengalami sedikit kejutan budaya, sebab pertama kali dikelilingi oleh mat-mat salleh. Kali terakhir saya pergi negeri mat salleh pun masa saya kecil. Waktu itu ke negeri bawah angin, Australia. Suasana tentu sudah berubah sekarang. Tak ada masalah sangat pun. Mereka pun manusia macam kita juga, kan?

IMG_0330Kami pun mengekorlah ke mana yang Ameer nak bawa kami. Dia tengah tak ada rumah sekarang ini, sebab dalam proses mencari rumah baru dan tempoh tinggal di asrama sudah habis. Jadi, sedang menumpang di kediaman kawannya buat sementara waktu dia mendapatkan rumah baru. Tak sempat lah kami nak menjenguk ke tempat dia, macam tu.

Apa-pun, mengekorlah saya, menjadi pengikut yang setia. Kesibukan sebelum pemergian membuatkan hampir semua tentatif perjalanan diatur oleh Ameer. Research pun tak dapat nak buat sangat. Mana taknya, saya ada periksa sehari sebelum bertolak ke Eropah. Sungguh kelam kabut.

IMG_0335Oh sekejap. Sebelum keluar dari lapangan terbang perlu ambil gambar dulu. Haa itulah kerjanya kalau pergi jauh-jauh macam ni. Saja nak ambil gambar dengan perkataan “Manchester” tu. Ada-lah bukti dah sampai destinasi dalam keadaan segar-bugar keluar dari perut pesawat Qatar Airlines tu.

IMG_0337Dari lapangan terbang, kami naik bas untuk ke hotel. Kata Ameer, di sini pengangkutan awamnya sangat bagus dan saya dapat lihat sebabnya. Dia cuma naik bas sahaja dari Salford untuk ke lapangan terbang. Alang-alang, saya dan Papa ambil kesempatan untuk merasai udara dan nyawa kota itu.

Dari lapangan terbang ke tengah bandar Manchester, mengambil masa hampir 1 jam. Tapi tak terasa sangat sebab mata dok melilau-lilau mencari pandangan di tempat baru. Syukur diberi kesempatan untuk melihat tempat dan negeri yang jauh. Moga-moga dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Perkara pertama yang saya perasan di Manchester ini adalah bangunannya yang hampir kesemuanya dibuat daripada batu-bata dan tidak dicat di bahagian luarnya. Konsep yang seragam ini menyebabkan suasana bandarnya berubah menjadi satu pandangan yang harmoni. Tak kira rumah, sekolah, pejabat, atau apa pun, hampir semuanya guna bricks  sebagai bahan utamanya, seperti yang telah saya perasan dari dalam pesawat lagi.

Malah, pagar rumah di sini pun rendah; ada juga yang tidak berpagar. Terasa damai di sini tatkala melintasi kawasan perumahan dan melihat kelibat manusianya menjalankan aktiviti seharian.   IMG_0342Sampai di pusat bandar Manchester, manusia kelihat lalu lalang di sana sini. Tak banyak kereta peribadi yang saya nampak. Ramai yang lebih gemar menggunakan pengangkutan awam. Ameer cakap, kalau beli kereta di sini, rasa macam rugi sangat sebab pengangkutan awan lebih cepat dan selesa.

Sambil mengangkut beg-beg kami, menjelajah lah kami di perut bumi Manchester dalam perjalanan menuju ke tempat penginapan. Manusia semua kelihatan asing, persekitaran juga sudah lain. Tapi saya tahu, itulah petanda saya sudah tiba di tanah ratu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan