Subscribe

13 Ogos 2010

Ramadan Datang Lagi!

Sudah masuk bulan Ramadan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya melaluinya dengan cukup sederhana. Tahun ini, tidak ada apa persiapan sangat yang saya buat. Lantaran kesibukan dengan Pesta Pantun MAKUM 2010 yang tarikhnya jatuh sejurus sebelum awal Ramadan, sedar-sedar saja sudah hendak mula puasa.

Biasanya, saya tak ada masalah sangat hendak memulakan puasa pada hari pertama. Malah, tarikh 1 Ramadan itu sebenarnya memang waktu kemuncak dalam memulakan azam untuk memperbanyakkan ibadah sepanjang waktu yang mulia ini. Moga-moga akan berkekalanlah azam tersebut.

Iftar pertama, memang sudah jadi tradisi untuk diadakan bersama keluarga tercinta. Itu sudah wajib. Juadahnya biasa-biasa sahaja, tidaklah ada apa yang berbeza, tetapi yang penting saat-saat bersama keluarga itu. Lagipun, rumah saya sangat dekat dengan kampus. Daripada berbuka seorang di mahallah, baiklah saya balik rumah menemani keluarga.

Setakat itu sahaja cerita awal Ramadan kali ini. Maafkan saya sebab meninggalkan blog ini sangat lama sebelum ini. Pertamanya, saya sangat sibuk dengan PPM’10 sehinggakan tak sempat hendak buat entri baru. Keduanya pula, ada sedikit masalah dengan sambungan internet di bilik kolej kediaman. Ini pun baru boleh sambung balik.

Baiklah, sehingga sini dulu. Mahu pergi ke Bazaar Ramadan membeli juadah berbuka.

Selamat berpuasa!

12 Ogos 2010

Dari Manchester Ke London

Kita sambung cerita Eropah. Tapi kali ini, biarlah gambar yang berkata-kata. Kali ini, rakaman perjalanan dari Manchester ke London. Tidak banyak yang hendak diperkatakan. Nikmatilah gambar-gambar ini.

image Di stesen bas Manchester. Canggih sistem di sini. Boleh tempah tiket melalui internet. Cara boarding pun macam nak naik pesawat!

image

Bergambar berdua antara Encik Rambut Serabut dan Encik Kembang Semangkuk. Muahaha!image

Lebuh raya sepanjang perjalanan.image

Sudah mula masuk sempadan kota London.image

Baru sampai London, di stesen bas. Ameer sedang berkira-kira nak beli peta atau tidak. Ini kali ke-tiga dia ke London.image

Ini muka orang baru pertama kali sampai ke London. image

 image

image

Sambil-sambil tunggu Ameer pergi beli tiket, saya pun ambillah gambar. Manusia jalan macam robot. Semua laju dan tak berhenti. Kalau di Malaysia, tak pernah pula teringin nak bergambar di stesen LRT. Hahah.image

Di dalam tube. Kebetulan, masa ambil gambar ni, mamat sebelah tu pun pandang kamera juga. Hah, takpelah. Sepanjang hayat saya akan ingat muka kamu. Huhu.image

Ya…Kami sudah sampai ke London! Nak pergi ke mana pula? Lepas ni sambung lagi!

Pesta Pantun MAKUM 2010 – Bingkisan Awal

39110_118850581496460_101007643280754_108875_7697919_n

Apa yang ditunggu telah pun berlalu. Segala jerih-perih yang dilalui selama hampir setengah tahun perancangan kini telah dinyatakan melalui kerjasama yang padu oleh para generasi baru pewaris budaya bangsa. Pesta Pantun MAKUM 2010 telah meninggalkan kenangan manis yang bukan sedikit kepada saya dan juga teman-teman seperjuangan.

Adalah menjadi impian saya untuk mengembalikan zaman kegemilangan budaya berpantun di kalangan para mahasiswa IPTA yang saya percaya semua punya minat yang mendalam terhadap warisan bangsa ini. Namun, mungkin kerana beberapa masalah teknikal, Pesta Pantun MAKUM yang telah diadakan seawal tahun 1997 tidak konsisten dari segi pelaksanaannya. Sekejap ada, sekejap tak ada.

Kerana itu, saya beria-ia untuk melaksanakan Pesta Pantun MAKUM 2010 di UIAM. Melihat kepada perkembangan terkini, tidak banyak IPTA yang sanggup untuk menganjurkan pertandingan ini lantaran kurang kepakaran dan kemahiran. Mungkin benar, bagai dikata.

Hendak menganjurkan pertandingan pantun tidaklah semudah menganjurkan sebuah pertandingan nyanyian atau pun tarian yang hanya memerlukan satu sesi persembahan sahaja, kemudian hakim membuat pengadilan dan setelah itu boleh tahu siapa pemenangnya.

Tidak, sama sekali tidak sedemikian. Pertandingan pantun ini, umpama sebuah perlawanan bola sepak yang menggunakan konsep liga, yang mana kalau ada sebarang perubahan dari segi bilangan peserta, pasti akan mempengaruhi format pertandingan, yakni dari segi kumpulan, peringkat, dan bilangan sesi pertandingan.

Oleh sebab kurang kefahaman mengenai format ini, maka selalulah berlaku salah faham ketika sesi taklimat pesta-pesta pantun terdahulu, tidak semestinya di bawah anjuran MAKUM. Yang lebih bahayanya, kadang-kadang salah faham ini boleh mengundang pergaduhan! Sangat sedih jika ia benar-benar berlaku, lantaran ia bukanlah sebahagian daripada semangat pantun hatta MAKUM sekali pun.

Atas sebab demikian, Pesta Pantun MAKUM 2010 telah saya rencanakan dengan tujuan utama untuk mengeratkan silaturahim antara pemantun-pemantun dari pelbagai universiti. Pertandingan itu sebenarnya letak duduknya adalah nombor dua. Yang pertama adalah persahabatan dan perjuangan untuk membudayakan seni warisan berpantun di kalangan generasi muda.

Antara pembaharuan yang saya lakukan adalah dengan memperkenalkan Bengkel Pemantapan Pantun yang mana di dalamnya terkandung pengisian yang berupa ilmu berguna berkenaan budaya berpantun. Malah, bengkel yang dikendalikan oleh Tuan Noorhisyam Razali ini juga telah menyelitkan unsur ice-breaking yang mana adalah sangat penting untuk para pemantun dari pelbagai universiti diberikan peluang untuk berkenalan.

Dalam situasi pertandingan pantun yang tegang dan penuh tekanan, saya kira adalah tanggungjawab penganjur untuk memikirkan cara untuk merapatkan hubungan antara peserta. Saya sendiri pernah menjadi pemantun, dan saya faham situasi pertandingan itu kadang-kadang membuatkan pemantun tidak memberikan tumpuan terhadap merapatkan hubungan dengan IPTA lain – sedangkan, inilah masa untuk meluaskan jaringan!

Keduanya, sesi perlawanan pantun persahabatan! Oh, saya suka sangat sesi ini. Dari dulu, saya mendengar cadangan untuk menyatukan pemantun dari pelbagai universiti dalam satu pasukan, tetapi belum lagi melihat ianya dilaksanakan.

Di Pesta Pantun MAKUM 2010, impian ini akhirnya tercapai apabila 6 pasukan yang tidak layak ke separuh akhir, diminta untuk menghantar seorang wakil untuk dipisahkan menjadi 2 kumpulan yang berbeza. Waktu inilah kita dapat melihat betapa pemantun-pemantun ini benar-benar bersatu! Saya sangat gembira melihat perkembangan ini.

Begitulah antara bingkisan-bingkisan awal berkenaan Pesta Pantun MAKUM 2010.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan