Memandangkan terdapat sedikit kelapangan pada hari ini, saya dan teman attachment saya, Najlaa telah meminta izin daripada penyelia saya untuk ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi mengadakan suatu lawatan sambil belajar. Sepanjang saya menjadi mahasiswa perundangan, saya hanya pernah berkesempatan ke mahkamah sivil sahaja, dan tidak pernah ke mahkamah syariah.
Asalnya, memang tidak tahu di mana lokasi yang tepat, tetapi mujur telah diberitahu oleh Kak Liza bahawa Mahkamah Syariah KL terletak berhampiran dengan Bangunan Stesen Keretapi KTM. Tambahan pula, saya mengetahui bahawa destinasi kami letaknya berhampiran KL Sentral walaupun sedikit ingat-ingat lupa.
Tidak susah untuk mencari lokasi bangunan ini. Setibanya di sana, saya melihat sebuah bangunan yang begitu klasik rekaannya, gah berdiri. Namun, berbeza dengan Kompleks Mahkamah KL, bangunan ini saya lihat agak usang.
Kami memasuki bangunan tersebut, dan mendapat beberapa orang peguam syarie yang sedang berlegar di kawasan mahkamah. Saya dapati ada suasana yang cukup tenang sekali. Saya dan Najlaa mula mencari-cari bilik mahkamah yang sedang bersidang. Kami memasuki Bilik Bicara Mahkamah Rendah 3. Di dalamnya, saya dapati 9 orang sedang berdiri menghadap hakim untuk mendengar pertuduhan masing-masing.
Ada kes pernikahan tanpa kebenaran di luar negara, khalwat, dan juga nafkah. Saya mendengar khusyuk. Menarik juga perbicaraan di Mahkamah Syariah ini. Berbeza dengan kes sivil, yang kadangkala begitu rumit faktanya, kes di Mahkamah Syariah lebih dekat dengan diri saya.
Saya telah terserempak dengan beberapa orang teman dari UIAM yang juga sedang membuat program attachment di sana. Sempat berkongsi pengalaman masing-masing. Saya mendapat tahu bahawa mereka sebenarnya dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, tetapi telah ditempatkan di Mahkamah Syariah untuk beberapa minggu. Setiap minggu mereka akan ditempatkan di jabatan yang berbeza. Saya juga bertuah kerana teman saya telah sudi menunjukkan saya kamar hakim syariah, walaupun tidak dapat bertemu dengan hakimnya sendiri.
Keseluruhannya, pengalaman di mahkamah sebetulnya sangat berbeza dengan membuat attachment di firma guaman. Lebih-lebih lagi di mahkamah syariah, saya terasa-rasa aura ketenangan itu, mungkin sesuai dengan status sebagai penegak undang-undang syariah. Terfikir pula, ingin juga menjadi seorang peguam syarie. Semoga impian in terlaksana jua satu hari nanti.
Saya masih ingat akan pesan Kak Hani Salwah Yaakop kepada adik-adik MPR, sewaktu berkumpul di Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur yang saya anggap sebagai peringatan dan amanat sebelum menghadiri Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009. Beliau berpesan agar kami saling menjaga diri dan juga imej MPR sebagai sebuah keluarga yang dilahirkan oleh DBP.
Teman-teman juga turut bersetuju dengan pesanan Kak Hani tersebut. Kami mengingatkan diri masing-masing agar dapat memanfaatkan peluang ke PPMN dengan sebaiknya, supaya ilmu yang dipelajari dapat digunakan dalam perjuangan kami sebagai anak muda yang baru berjinak-jinak dalam arena sastera negara.
Bagi saya sendiri, saya mahu menjadikan PPMN sebagai pentas untuk mengembalikan semangat untuk menulis, bukan sahaja aktif dalam kegiatan sastera dan kebudayaan. Kadang-kadang, terasa tidak layak pula menggelarkan diri sebagai penulis, seandainya sangat jarang menulis di media massa.
Banyak yang saya belajar di PPMN, tidak kiralah dari segi sastera itu sendiri, mahu pun juga "sasterawan" itu juga. Saya mempelajari bahawa pejuang penulis muda itu bukanlah bersifat individualistik, seperti mana pekerjaan menulis itu yang individualitik. Penulis muda harus perpadu sebagai satu suara supaya sastera tidak lagi dipandang sebagai milik orang-orang berusia semata-mata.
Apakah itu perjuangan dalam sastera? Ia bukan sekadar berjuang untuk memartabatkan sastera per se, tetapi harus juga diingat kembali bahawa inti sastera itu adalah nilai kemanusiaan, maka haruslah kita berjuang untuk menegakkan nilai-nilai yang benar. Sebab itulah timbul kata sakti, mata pena itu lebih tajam dari mata pedang!
Saya juga mempelajari bahawa penulis-penulis ini ada begitu banyak sifat dan ragamnya. Teringat kembali pesan Kak Hani. Ada jenis manusia yang boleh didekati, ada juga yang tidak wajar didekati. Senior-senior kami telah berpesan, agar jaga diri masing-masing sewaktu berada di perhimpunan-perhimpunan penulis. Maka, kami bertindak untuk berada dalam kalangan kami, bukan kerana tidak mahu bergaul, tetapi mengingati pesan abang kakak kami.
Benar, saya dapati ada penulis yang wajar didekati, yang harus kita gaul dan berkongsi ilmunya. Tetapi ada juga yang memberi pengaruh negatif dan cuba untuk menjatuhkan kita. Manusia - biasalah, terdapat bermacam-macam ragam.
Tak sangka pula, sikap kami berkumpul ini menjadi isu di kalangan penulis-penulis lain sehingga ditimbulkan dalam pembentangan pemakalah. Ya, tentu sekali kami boleh menerima teguran. Tetapi teguran itu haruslah membina dan tidak menjatuhkan - juga tidak dicetuskan oleh pemerhatian yang rambang.
Satu perkara yang harus difahami - MPR bukan sekadar sebuah organisasi, tetapi juga adalah sebuah keluarga. Kami saling menjaga ahli keluarga kami, bukan untuk berkelompok, tetapi untuk merapatkan ukhwah antara kami. Tambahan pula, sudah lama tidak berkumpul. Apa yang saya tidak boleh terima, apabila tuduhan dilemparkan dengan hujah-hujah yang dangkal.
Satu lagi yang saya perhatikan kali ini, perwakilan penulis muda yang tidak begitu melambangkan sastera kebangsaan. Saya melihat ramai muka-muka yang sama juga yang kerap menghiasi majlis-majlis sastera, ditambah dengan hanya beberapa orang penulis lain. Saya melihat amat sedikit penulis-penulis berbilang bangsa, berbilang negeri, malah berbilang bidang penulisan dalam perhimpunan ini. Saya tidak tahu sama ada mereka ini dijemput atau tidak, tetapi saya berharap perhimpunan selepas ini akan menghimpunkan penulis-penulis muda yang lebih menyeluruh – sesuai dengan statusnya sebagai sebuah perhimpunan kebangsaan.
Isu PPSMI juga hangat diperkatakan. Ternyata dalam hal ini, penulis-penulis muda begitu berpadu dalam menyatakan bantahan terhadap dasar yang merugikan Bahasa Melayu ini. Semoga suara-suara penulis muda mampu bergema di ruang-ruang media sehingga bergegar bangunan Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan dasar tersebut.
Perhimpunan Penulis Muda Nasional begitu banyak memberi ilmu dan manfaat yang berguna buat saya dan para peserta. Kepada para pemakalah, tahniah dan halalkan segala ilmu yang telah dibentangkan. Buat penganjur – PENA, DBP, MPBM, dan ASWARA – syabas atas segala kerja keras anda dalam usaha menyatukan penulis muda tanah air.
Bak kata pepatah, dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Berkajang-kajang kertas sudah disedia, pena juga sudah berdakwat. Soalnya kini, hanya menunggu untuk kudrat fikiran beralih ke tangan, untuk menarikan pena di kertas kehidupan.
Semalam saya telah menghadiri mesyuarat Unit Kebudayaan dan Kesenian UIAM di antara Pegawai Kebudayaan, Kak Liza dari Student Development Division dan para mainboard kelab-kelab naungannya serta ahli-ahli. Terdapat 12 kelab yang bernaung di bawah payung unit tersebut. Antaranya Gamelan, Cak Lempung, Angklung, Teater, dan juga kelab yang saya terajui - Kelab Puisi UIAM.
Antara inti pati utama yang dibincangkan semalam adalah kerisauan pihak unit kebudayaan akan kurangnya semarak seni dan budaya di kampus UIAM sekarang ini, meski pun ada begitu banyak kelab kebudayaan di UIAM. Kerisauan ini terzahir kerana kebanyakkan kelab kebudayaan dikatakan lebih banyak membuat program syok sendiri dan tidak begitu menyumbang kepada memasyarakatkan seni di kalangan warga kampus.
Bagi saya, ada betulnya bahawa kegiatan kebudayaan di UIAM sekarang begitu banyak tertumpu kepada persembahan-persembahan kebudayaan sahaja. Kak Liza juga menambah bahawa kalau kita hanya sibuk membuat show-show sahaja, kita tidak akan menambah apa-apa kemahiran lain lagi yang diperlukan sebagai seorang Mahasiswa. Kemahiran-kemahiran seperti kepimpinan, pengurusan, dan disiplin adalah sangat penting dan perkara inilah yang harus dipelajari oleh setiap ahli kelab, bukan sekadar hanya sekadar suka-suka bermain alat muzik tidak sudah-sudah.
Saya juga telah mencelah, dan menyatakan pendapat saya, bahawa antara sebab berlakunya masalah baik dari segi pengurusan dan pengendalian program dalam Unit Kebudayaan ini, adalah betapa kurangnya kesedaran akan asas perjuangan mereka. Masih ramai lagi yang melihat Seni dan Budaya ini sebagai suatu perkara yang amat lekeh dan tidak mampu menjana perkembangan dan kemajuan negara. Malah, antara anak-anak seni pun masih ramai yang hanya ingin bersuka ria dan berpesta-pestaan dengan mengikuti kegiatan kesenian, tanpa mereka sedar bahawa seni lebih daripada itu.
Kita harus menanam dan menyedarkan masyarakat terutamanya sekali warga kampus bahawa seni budaya itu adalah bukan kerja main-main, ada intelektual dan pemikiran di dalamnya. Malah ia juga boleh menjadi satu cara untuk kita menjalankan dakwah, kerana betapa seni itu amat dekat dengan jiwa manusia.
Hanya dengan memahami seni dan budaya dalam erti kata yang sebenarnyalah, baharu pengurusan kelab-kelab ini akan lebih terarah dan fokus dalam menjalankan tanggungjawab dan perjuangan masing-masing. Bagi saya, passion ataupun minat dan semangat itu adalah yang paling utama. Kalau semangat itu ada, nescaya meski pun apa dugaan yang mendatang, kegiatan seni dan budaya akan terus bersemarak di bumi UIAM.
Tumbuh sejajar berpohon rapat, ditiup semilir datangnya mendung; jangan dikejar yang tidak dapat, takut tercicir apa dikendong.
Keputusan Barisan Nasional untuk tidak meletakkan calon di DUN Penanti saya sifatkan sebagai sebuah tindakan yang tepat. Ia adalah keputusan yang berani, walaupun pasti akan mendapat tentangan kecil sebahagian kecil penyokong BN. Walau bagaimana pun, sebagai sebuah parti politik, BN harus membuat keputusan yang kadang-kala tidak popular, demi mempertahankan hak rakyat.
Daripada membazirkan wang rakyat, adalah lebih baik kerajaan Barisan Nasional menumpukan kepada pembangunan negara yang lebih memerlukan perhatian para pemimpin kita. Tentu sekali kita sebagai rakyat berasa amat lelah sekali dengan pilihanraya kecil yang sekarang ini selalu sangat diadakan. Kalau ADUN di kawasan itu meninggal dunia, tidak mengapalah. Kita tidak boleh berbuat apa. Namun, kebelakangan ini banyak sangat pilihanraya diadakan atas alasan yang tidak sepatutnya.
Rakyat telah memilih anda, duhai pemimpin. Maka lunaskanlah segala tanggungjawab anda kepada mereka-mereka yang telah memberikan amanah dan kepercayaan tersebut. Usahlah terus-terusan bermain politik dan merebut kekuasaan dengan cara sebegini. Lakukan tugas anda sebaiknya, dan raih kepercayaan rakyat sepenuhnya, nescaya dari situ akan datang keberkatan.
Biarkanlah kata-kata yang menuduh bahawa pengunduran BN daripada pilihanraya kecil ini adalah kerana tidak yakin akan memenangi kerusi tersebut. Biarkan sahaja. BN sebagai pemegang tampuk pemerintahan pasti saja ada agenda yang lebih penting. Agenda untuk melaksanakan segala janji-janji kepada rakyat. Ya, ini adalah masa untuk kita bekerja. Bukan lagi untuk bersengketa di pentas politik. . . .
Penakik pisau seraut, Ambil galah batang lintabung, Seludang dijadikan nyiru; Setitik dijadikan laut, Sekepal dijadikan gunung, Alam terkembang dijadikan guru.
Pantun 6 kerat di atas merupakan sebahagian daripada perbilangan adat yang terdapat dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Saya begitu tertarik dengan pantun ini, terutamanya ayat akhirnya : Alam terkembang dijadikan guru. Betapa ayat ini mengajar kita untuk merenung seisi alam dan bumi, di mana pada setiap ciptaan tuhan itu, kita akan mendapat sesuatu yang bermanfaat untuk dipelajari.
Guru itu tidak semestinya seorang manusia, tetapi dalam erti kata yang lebih luas, setiap apa yang kita perhatikan di alam ini. Seperti kita melihat resminya padi, mengapa ia makin berisi, semakin pula ia tunduk? Tentunya kita dapat pelajari sesuatu daripada unsur alam ini.
Guru juga termasuklah semua yang telah memberi ilmu pengetahuan kepada kita, tidak seharusnya melalui pendidikan yang formal. Ibubapa adalah guru. Sahabat adalah guru. Sesiapa pun boleh menjadi guru. Pokoknya, terdapat perpindahan ilmu mahupun kemahiran yang diperturunkan.
Tidak hairanlah mengapa guru diibaratkan sebagai lilin - menerangi seluruh kehidupan kita. Setiap apa yang kita pelajari, sudah pasti ada orang yang mengajarnya. Kepada semua yang telah mendidik saya, sama ada ibubapa, keluarga; dan juga guru-guru sekolah rendah, menengah, matrikulasi, dan universiti, begitu juga dalam bidang sastera, budaya, undang-undang dan kehidupan - Terima Kasih atas jasa kalian semua. Semoga Allah jua yang membalas budi baik kalian, guru-guruku.
Angkat Budaya Iban di Pentas Keling
-
Sehingga kini, istilah “keling” masih disalah guna untuk tujuan menghina
sehingga makna sebenar yang positif sudah dilupakan. Dalam pada itu, Kamus
Dewan s...
Novel Alejandro Zambra: Ulang Tahun Kelahiran
-
*Petikan daripada novel Alejandro Zambra Multiple Choice. *
** * **
29 *Ulang Tahun Kelahiran*
1. Kau bangun awal, keluar berjalan, mencari sebuah kafe...
2024 : Membuka Tirai
-
*SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI)*
Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan
seterusnya menj...
Masihkah Kita Bersolidariti Tanpa Jemu?
-
Konflik yang berlaku di Palestin, khususnya di Gaza, sudah menghampiri tiga
bulan. Jumlah mangsa yang terkorban mencecah sekitar tiga puluh ribu orang.
Ini...
17 Tahun
-
Alhamdulillah domain azamrashid.com baru renew buat kali ke 17 kali yang
membawa maksud bahawa usia laman ini telah mencapai 17 tahun. Banyak suka
duka yan...
Farewell My Blog
-
I have retired from the blogging era since 2018/2019. But everyday people
keeps on coming and asking me bout my ‘retired life’. Do tell the world, I
have...
Aib sebagai Hiburan
-
Buka aib sebagai pengajaran atau hiburan?
Rancangan bual bicara seperti Jerry Springer dikenali dengan pendedahan
'berani mati'. Tetamu tanpa banyak sega...
last but not least..
-
Friday, 12.10pm.
last class wit em all. dat is, Sem 1 intake July 2022. it was nice teaching
em all. dat is like 160-ish somethg, of em all...
Wany Hasrita, Mohd Al Adib selamat bernikah
-
Petaling Jaya: Penyanyi popular Wany Hasrita, 30, selamat bernikah dengan
lelaki pilihannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, dengan dua kali lafaz, di
Gl...
-
Well touche, Raman. Yesterday was an extremely nasty personal attack which
I'm glad to see you have watered down today. (It upset me badly which was
of cou...
Bangkit, dan Berkarya
-
Pandemik yang merantai.
Begitu membelenggu semua diri dan hati.
Terkurung dan berkurung sejak setahun lalu dan dengan angka kematian yang
tinggi.
Begitu mem...
untied shoelaces
-
My shoelaces were untied last night and Fadza immediately bent down to tie
them. On the escalator. In public. Then he gave me a kiss on the head. I
remem...
KG Dah Turun, Tapi Macam Mana BF% Boleh Naik?
-
Bayangkan anda telah berdiet dan bersenam selama beberapa minggu. Semua ini
dibuat semata-mata untuk menurunkan berat badan. Namun, ketika menyemak
kemajua...
MENCATAT
-
BANYAK hal yang berlaku dalam hidup kita. Setiap hari, setiap masa, setiap
waktu; kita lalui dengan pelbagai perkara.
Sesetengahnya masih kekal dalam ing...
Bukan Wanita Biasa
-
KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa
Zainal Rashid Ahmadwartawan dan penulis sastera.
[image: Diterbitkan pada] Mei 11, 2020 09:00 +08 | Durasi: 10 minit, 38 sa...
A TRIP TO KUALA TERENGGANU (1956)
-
I can’t remember my actual age when I first followed my grandparents to
Kuala Terengganu but I can safely assume I was not even 7 years old because
I had n...
Amanah Baharu 2020
-
7 Mac 2020
Apabila Ketua Satu PEN sesi 2018/2019 mencalonkan nama saya sebagai Ketua
Satu yang baharu, kemudian dipersetujui pula sebulat suara oleh ahl...
Travelog Dromomania
-
Turut terbit bersama-sama Perempuan Pengembara dan Sajak-sajak Perjalanan
adalah buku Travelog Dromomania - sebuah buku yang mengumpulkan
catatan-catatan...
10 Rahsia Blog Denaihati Top Blogger
-
Denaihati. (DH)
Mula-mula kenal blog DH ingatkan penulisnya wanita. Rupanya seorang jejaka
sado yang punya jiwa nurani yang tulus murni.
.
.
Jika anda ba...
BEYBLADE AKA GASING MODEN JEPUN
-
INFO ASAS BEYBLADE @ GASING JEPUN
Ramai juga yg tak tahu dan ramai juga yg tahu benda ni. Tapi saya pasti
ramai yg tahu secara rinci berkaitan beyblade. Ba...
Hiking : Nak Mula Balik
-
Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman.
hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahh!
Sedar tak sedar, rupanya hampir dua tahun...
Selamat Datang MPR 2018!
-
MPR 2018 baru saja selesai. Kepada adik-adik, kami para kakak dan abang
anda dengan besar hati ingin mengucapkan selamat datang ke dalam keluarga
besar MPR.
Interview for “A Foreign Sight”
-
My friend and talented filmmaker Ricardo has been working on a project
called A Foreign Sight creating short story-telling videos about people he
encounter...
SALAM MAULID NABI SAW 1439H
-
SALAM MAULID NABI SAWBagaimana mahu dibilang cinta, andai setiap kali
datang maulidnya kau tak suka? Tak apalah, segala puji tetap bagi Allah
Ta'ala yang t...
Moreh Puisi Dinihari ke XI
-
9 Jun bertempat di Sanggar Damai Abadi, Kampung Bukit Kapar, Klang jam 10
malm insya Allah akan berlangsung Moreh Puisi Dinihari ke XI. Kali ini saya
diu...
WordPress Resources at SiteGround
-
WordPress is an award-winning web software, used by millions of webmasters
worldwide for building their website or blog. SiteGround is proud to host
this p...
So Cute!!
-
Hahahahaha... so cute both of them. Beriya2 dia ajak peluk last2 kena tolak
dgn that girl. Tak putus harapan tu. Cuba dan cuba lagi.. Hahaha
The stick(s)
-
*This post consists of pictures and some explanations which some of you
finds it inappropriate. Carry on skip this one. This is my story and
please, only g...
Of work travel, working from home and being a boss
-
Salam Ramadhan to all.....
It's been ages since I blog. Apart from time, I also have nothing much to
share. But of late, I have been doing a lot of thinkin...
Update on Pakcik
-
Dear children of Al Manar - past and present, blogger friends and regular
visitors.
On behalf of the family, with a heavy heart we wish to inform that Hj...
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016
-
BEBERAPA hari sahaja lagi! Acara tahunan yang ditunggu oleh para penulis
buku, penggemar buku, pembaca buku, pencinta buku, pengumpul buku dan
segala yang...
Ujian . . .
-
berat rasa hati untuk menulis entri ini...
keluarga kami sedang diuji.
ujian yang maha besar yang hampir membuat kami kecundang.
ya Allah,
maha beratnya uj...
The Hunger Games: Mockingjay - Part 2 (2015)
-
Watch Full The Hunger Games: Mockingjay - Part 2 in HD QualityNow you can see
The Hunger Games: Mockingjay - Part 2 in top quality with duration 136 Min
a...
Catatan Di Belakang Tirai Besi
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1. Ketika anda membaca catatan ini
saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan
selepas...
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
-
Oke hai. Berasa sangat terpanggil nak update belog pasal Toujours Advanced
Collagen Shots sebab TERLALU RAMAI yang terpengaruh dan cuba dan puas hati,
TAP...
KAMI HANYA PENGAGUM CIPTA-MU
-
Tuhan, Jadikan kami pengagum karya cipta-Mu. Pada warna alam-Mu nan
bercorak Terbias pada awan nan berombak Dari nur milik-Mu nan terserak Di
riak tasik na...
Kata Motivasi Islam Yang Menggugah Jiwa
-
Kata motivasi islam. Langsung aja kali ini penulis akan berbagi kumpulan
kata motivsi islam yang akan menggugah hati kita.
“Jangan memandang rendah dan rem...
Fetal Doppler Murah
-
Kami ada menawarkan fetal doppler atau alat pengesan jantung bayi paling
murah dan termurah di pasaran.
Like Fb page kami di Lil' People - Kedai Ibu & Bab...
10 Buku Berkesan di Jiwa
-
Apabila diminta menyenaraikan 10 judul buku yang paling memberi kesan pada
diri, saya termenung lama.Fikiran melayang ke rak buku di rumah dan
terbayan...
DALAM HATI ADA ALLAH
-
"Kak, saya pergi ke bilik kawan, ya,' kata Kimah [bukan nama sebenar]
sambil dia bersiap-siap untuk keluar.
"Ok," jawab saya sambil tersenyum.
Hmmm... nampa...
Kenangan Silam: Lempeng
-
Kenangan silam:
Hujan lebat dengan keadaan perut agak kosong membuka seleraku makan lewat
petang, kali ini hidangan lempeng dengan sambal sotong dan kuah d...
TAMAN MAKNAWI
-
*Taman Maknawi *(2013, ITBM)
Harga: RM15
Buku ini adalah kumpulan puisi saya yang ketiga selepas *Taman Percakapan*
(2006, DBP) dan *Tanah Nurani* (2010...
4 Tips Untuk Backpackers : Travel Tips Murah
-
Selama tiga tahun di London, aku sempat untuk travel ke puluhan destinasi
menarik di Eropah termasuklah Barcelona, Paris, Munich dan banyak lagi.
Walaupun...
Muslim terus leka, musuh terus bergembira
-
Dewasa ini sering kita melihat keadaan di mana perkataan Islam itu
disalahgunakan. Nama Islam itu seakan-akan begitu murah nilainya ibarat
dilelong di pasa...
dah tunjukkan
-
Aku dah duduk semula kat tempat dudukku. Tadi aku dah tunjukkan kat bos aku
tentang gambar mamat psiko yang nak mengaut keuntungan di dalam face book.
Bos ...
Download Lagu Raya Free / Percuma ( Repost )
-
[image: kad-raya-6]
SEMUA FILE TELAH DIUPLOAD SEMULA DI MEDIAFIRE DAN SEDIA UNTUK DI DOWNLOAD
Anda ingin *Download Lagu Raya* atau *Muat Turun Lagu Raya*?....
BDS-BLOOD DAN SALIVA…WELCOME TO MY WORLD
-
Dee, life was so hard. So chaos. So unpredictable. One second I smile,
another seconds, tears running down my cheek, flowing as water during rainy
season....
PERPINDAHAN KE BLOG BAHARU
-
Ini akan jadi entri terakhir dalam ujana saya di wordpress.com kerana saya
telah berpindah ke ujana yang baharu di blogspot.com. Jom, kunjungi saya di
UJAN...
MARCH... MARCHING THE ENTREPRENEURIAL SPIRIT
-
* Assalammualaikum & Good Day*
So farewell February and thank god that I’m still alive and prosper. I
also wanted to say thank to all readers for your ti...
hujan
-
sajak di bawah ini, sejujurnya dicipta setelah membaca sajak SN Muhamad
Haji Salleh. kemudian saya teringatkan sebuah cerpen Haruki Murakami, *On
Seeing Th...
Selamat Hari Raya
-
Salam aidil fitri, semoga semuanya menghargai kedatangan hari raya kali
ini, gunakan untuk memohon maaf sesama kenalan.. mungkin ini ialah hari
raya terakh...
Baca Teknologi
-
Michio Kaku, seorang *celebrity scientist* yang banyak mengacarakan program
dokumentari saintifik di Discovery Channel, juga merupakan seorang penulis
heba...
Ratna Pakaja
-
*RATNA PAKAJA*
yang menitik di ubun-ubun jauhari
adalah cinta. Selama kelopak mawar tak luntur
tekun ia menukangi manikam di daerah tempias pelangi
kelil...
Antara Design Latest
-
Antara Artwork Terkini
#draft
Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan
atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang...
Di Setiap Gambar Ada Lagu.
-
Hadiah graduation nanti! ;) Ayah dan Ma' tak cakap pun hadiah. Tapi tak ada
apa yang lebih menggembirakan dan membahagiakan dari ini!;)
Ini selepas ulangk...
Baju Sekolah 2012
-
Bismillahirrahmanirrahim.
Sekadar bingkisan buat semua.
Suatu ketika dulu, semasa zaman persekolahan hendak bermula, kita sibuk
meminta pakaian sekolah ba...
Salah Tarikh Lagi
-
Salam Hai Blog! Kemarin sudah mengingati diri berkali-kali hari ini pakcik
muda dua orang akan kahwin di Tuaran. Rasanya majlis di adakan di 'Dalit
Transi...
Virus
-
Salam Blogger... Salam 1 Malaysia... Salam Teratak Fikiran...
Sebelum saya mulakan coretan dan komentar saya pada kali ini, saya ingin
memohon maaf kerana ...
this is my 2cents
-
hello^^ ICU members...
1st time menapak kat sini, so saye dah bace sume posts. ermm senanye tak
tau nk tulis ape tapi nak jugak nyemak kat sini (mbahahahah...
Fuhh... i can blog again
-
As yall can see that, i have not update my blog in a while. This is because
i forgot my password, hehehehhe, now as i regain my power back and now i'm
in c...
MENJAWAB PERSOALAN SAL
-
Ewah-ewah... sambil cekak pinggang. Ko muskil tentang mana perginya duit
mak yer... ok lah.. aku nak senaraikan apa yang aku gunakan duit aku tuh..
Mentang...