Subscribe

04 Februari 2010

Petang Penghayatan Sastera - Edisi 4 Feb 2010

Acara baca puisi "Poetry Slam" yang diadakan di Kafe HS, UIAM adalah antara program berskala yang dianjurkan oleh Kelab Puisi UIAM sebagai salah satu usaha untuk mendekatkan puisi kepada masyarakat. Dengan mengambil pendekatan yang agak santai, acara ini telah berlangsung dengan jayanya sehinggalah tiba musim ke-3 yang membuka tirainya khamis lepas.

Kali ini, nama acara ini telah diubahsuai sedikit menjadi "Petang Penghayatan Sastera", namun masih mengekalkan konsep baca puisi santai. AJK pelaksana hampir kesemuanya terdiri daripada ahli-ahli baru yang belum pernah terlibat dengan acara Poetry Slam sebelum ini, namun; saya melihat semuanya bersemangat.

Mula-mula, semua nampak agak malu-malu untuk tampil ke hadapan mendeklamasikan puisi. Namun, setelah beberapa orang deklamator jemputan selesai membaca puisi, barulah nampak para hadirin pun teruja untuk ke lantai persembahan.

Begitu juga dengan juruacara. Asalnya, Arif diberikan mandat untuk mengendalikan acara berkenaan, namun secara tiba-tiba ada selepas 20 minit acara berlangsung, juruacara berganti-ganti antara kami. Berbanding acara sebelum ini, saya boleh katakan sesi khamis lepas, sebagai acara yang paling santai dan spontan.

Saya telah mendeklamasikan sajak saya sendiri yang berjudul "Doa Yang Bungkam". Oh ya, tema kali ini adalah - kemanusiaan, masalah sosial, dan ketaqwaan. Bagaimanapun, para deklamatro telah mengambil pembagai tema berbeza dalam penyampaian mereka.

Saya juga sempat menjual pantun yang berbunyi :

"Burung tempua menerjah mega,
hinggap bertamu di atas batu;
tak cukup dua ditambah tiga,
mengapa dimadu isteri nan satu?"
Tanpa dijangka, rupanya ada juga yang membeli. Maka, bermulalah sesi menjual-beli pantun. Sayangnya, para pemantun UIA tidak hadir ketika itu. Kalau tidak, pasti meriah acara berbalas pantun ini. Ada juga seorang hadirin yang menjual pantun, yang kemudiannya telah dibeli oleh 4 orang hadirin yang lain. Siapa kata pelajar UIA tak boleh berpantun? :)

Keseluruhannya, acara kali ni memang best. Bagi anda yang terlepas, jangan lupa untuk menghadiri satu lagi sesi "Petang Penghayatan Sastera" - iaitu :

Tempat : HS Cafe, UIAM
Tarikh: 18 Februari 2010
Masa: 5-6 Petang


3 komentar:

Nor Azam berkata...

Salam.. just want to say hi to my little bro.. good luck and smile always...

azieazah berkata...

Wahhh seronoknya berpantun sambil berpuisi.. teringin nak tonton..

Salam kenal AZREE..

Azree Ariffin berkata...

Bro Azam; thank you for the lovely comment.

Azieazah; marilah sertai kami juga. Terima kasih sudi menjengah blog saya. datang-datanglah selalu. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan