Subscribe

30 November 2008

PAK KADUK DAN KONSEP KETUANAN MELAYU

Aduhai malang pak kaduk,
ayamnya menang kampung tergadai,
ada nasi dicurahkan
awak pulang kebuluran.


Aduhai apalah nasib bangsaku ini. Konsep ketuanan melayu yang selama ini dipertahankan dengan sepenuh jiwa dan raga nampaknya semakin dicurigai dan diperlekehkan oleh bangsa-bangsa luar. Apakah kita akan berakhir seperti dalam Seloka Pak Kaduk yang diceritakan di atas? Ayam menang, tetapi kampung tergadai. Kita mungkin boleh bersorak-sorai dengan bergema melaungkan itu dan ini. Tetapi tanpa sesuatu apa pun yang dilakukan dan mungkin dengan langkah yang sumbang, negara ini yang menjadi pusaka tinggalan nenek moyang kita bakal tergadai! Sedikit demi sedikit hak dan keistimewaan kita semakin dipersoalkan.

Memang saya teramat dukacita dengan kenyataan Timbalan Menteri MCA Datuk Chua Soi Lek dan kemudian disokong oleh Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun. Tentunya jiwa dan sanubari Melayu seluruh negara terguris dan terluka dengan kenyataan tersebut. Ya, mereka tidak memandang kepada sejarah silam, kepada asal dan usul. Bak kata orang Melayu, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung!

Sekarang ini konsep ketuanan melayu telah dipersoal. Kontrak sosial juga telah dicurigai. Selepas ini apa pula? Hak keistimewaan orang melayu? Kedudukan Islam? Apakah mereka sebenarnya faham akan soal konsep ketuanan melayu ini?

Ketuanan Melayu bukanlah suatu konsep antara "tuan" dan "hamba". Orang Melayu sama sekali tidak menganggap orang luar sebagai hamba. Tidak sama sekali. Tetapi ketahuilah orang Melayu sangat berat hatinya untuk memberi kerakyatan kepada orang luar sebagai rakyat dan warganegara ketika kemerdekaan Tanah Melayu pada tanggal 1957. Buktinya? Lihatlah kepada segala syarat-syarat yang harus diterima oleh orang-orang luar ini. Hak keistimewaan, agama Islam, raja-raja Melayu, bahasa Melayu.... semua ini menjelaskan bahawa orang Melayu sejak dahulu lagi tidak bersedia memberikan status kewarganegaraan secara total kepada orang bukan Melayu.

Tidak, saya tidak bersifat perkauman di sini. Saya sekadar ingin menganalisis kembali dan menyoroti apakah fakta dan peranan kita sama ada anda seorang Melayu atau bukan Melayu. Benar, walau bagaimanapun kita mencanangkan fakta sejarah, ia akan tetap tinggal menjadi sejarah dan ia sudah kita tinggalkan 50 tahun yang lepas, namun kesannya masih lagi terasa sampai sekarang.

Ketuanan Melayu harus tetap dipertahankan. Sebabnya? Mudah sahaja. Ketuanan Melayu adalah konsep yang menjadi tonggak kepada ciri-ciri tradisional dalam Perlembangaan Persekutuan. Seperti yang saya sebutkan tadi - hak keistimewaan, agama Islam, bahasa Melayu, dan raja-raja Melayu. Semua itu telah termaktub dalam perlembagaan kerana adanya ketuanan Melayu. Jika kita menolak konsep ketuanan Melayu, sudah pasti semua ciri-ciri ini akan secara perlahan-lahan terhakis daripada perlembagaan dan akhirnya ada kemungkinan akan dibuang terus. Kita tak mahu ini semua terjadi.

Saya percaya, rakyat bukan Melayu masih lagi menghormati hak-hak orang Melayu. Cuma dari segi Ketuanan Melayu ini, mereka takut dengan perkataan 'tuan' itu tadi. Ya, saya akui, frasa 'ketuanan melayu' itu memang boleh menimbulkan salah faham. Tetapi wajarlah konsepnya difahami dengan mendalam, kerana konsepnya itu yang penting dan diperjuangkan oleh orang-orang Melayu. Janganlah pula kita menjadi seperti Pak Kaduk:

Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh, awak menumpang!

Wallahu'alam.

Sumber foto : www.umno-reform.net

1 komentar:

Syamputra Razali berkata...

ayuh orang MELAYU..
biarpun kata hujung kita LAYU..
namun tidak bagi semangat bangsa kita yang berani mati demi mempertahankan ketuanan kita

wahai bangsa lain..
sedar lah asal usul..
syukur kami bagi kenikmatan berkongsi rezeki
kami sememangnya terlalu mulia memberi cagaran warganegara..

jangan biar kami
melihat sejarah dan mengubah dengan sekerasnya dan sekejamnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tapak Iklan